hai assalammualaikum

AEON X RAJA VIRAL : 12 Pempengaruh Tiktok Bersaing Merebut Gelaran Raja Viral Dan Hadiah Bernilai RM80000 - Boleh dikatakan aplikasi video TikTok adalah antara platform media sosial yang popular masa kini. Selari dengan perubahan masa, pengguna lebih bijak dan kreatif dalam menghasilkan content untuk mereka dikenali. AEON mendapat idea menganjurkan siri Raja Viral, 

Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia, AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi dengan selebriti kredibel, Datuk Aznil Nawawi berserta aplikasi media sosial tersohor, TikTok untuk menerbit siri kandungan digital interaktif yang berjudul Raja Viral. 



AEON X RAJA VIRAL : 12 Pempengaruh Tiktok Bersaing Merebut Gelaran Raja Viral Dan Hadiah Bernilai RM80000


Datuk Aznil seorang pengacara dan pelakon popular, selaku pencipta bersama siri Raja Viral  yang akan memulakan siarannya di saluran TikTok AEON Retail Malaysia dan YouTube AEON Malaysia bermula 2 Disember ini.


Raja Viral akan menyaksikan seramai 12 pempengaruh TikTok berusaha menyiapkan tugasan diberikan selama 8 minggu untuk berebut hadiah wang tunai RM80,000.

Menariknya, sebahagian besar peserta mula berjinak dalam dunia TikTok sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksana di seluruh negara dengan menghasilkan kandungan video kreatif sehingga tular. 


Sepanjang pertandingan, peserta dikehendaki mencipta kandungan video baru mengikut tema berbeza setiap minggu seperti mengedit, ulasan makanan, resepi inspirasi dan juga parodi. 

Mereka akan dibimbing oleh Datuk Aznil yang juga mentor dan juri utama Raja Viral untuk menjadi duta jenama yang lebih baik. Selain itu, AEON akan menyediakan 3 sesi bengkel yang dikendalikan TikTok Creative Lab untuk semua peserta. 


Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, 
“menerusi Raja Viral, AEON menyasarkan pendekatan untuk merapati konsumer di kalangan generasi muda yang amat aktif di atas talian untuk memperolehi sumber hiburan dan informasi. 

Selain itu, AEON juga berazam untuk mengembangkan komuniti pencipta digital yang boleh mengubah impak tular kepada positif terhadap orang ramai.”


12 pempengaruh TikTok yang menyertai siri Raja Viral ini adalah:
1. Daing Iskandar Mohd Tahir - https://www.tiktok.com/@daing.ellando
2. Ahmad Safwan Abdul Malek - https://www.tiktok.com/@apanmalek
3. Mohd Daud Suhaimi - https://www.tiktok.com/@daudreny46
4. Nur Fatihah Kamal - https://www.tiktok.com/@tiyakamal2
5. Mohammad Shohaimi @ Mr Wong - https://www.tiktok.com/@tokmiewong
6. Rusydi Sayuti Rosli - https://www.tiktok.com/@rusydi.official
7. Tunku Zarizah Tunku Zahrin - https://www.tiktok.com/@kuzamieza
8. Izzat Haikal Abdul Hakim - https://www.tiktok.com/@_ijathaikal
9. Fazza Syahir Mohd Zulkifli - https://www.tiktok.com/@fazza.ellando
10. Nur Salynata Salim - https://www.tiktok.com/@salynata
11. Muniswaran Harirama - https://www.tiktok.com/@muniswaranharirama
12. Muhammad Khuzaimie Lemat - https://www.tiktok.com/@abang_panda4.0

Antara 12 tiktokers ni nad selalu tengok video Rusydi (abang AEON), Tiya dengan Daud ( Abang melatah). Walaupun nad jarang tengok yang lain, tapi nad tau, semua tiktokers ni berkebolehan untuk membuat video yang diberi. Semoga berjaya semua.

Nantikan siri Raja Viral setiap Jumaat di YouTube AEON Malaysia dan TikTok AEON Retail Malaysia mulai 2 Disember ini. Episod Finale yang mengumumkan pemenang Raja Viral akan disiarkan secara langsung di TikTok di bulan Februari 2023. Raja Viral dijayakan dengan sokongan Birds of Paradise dan Carrie Junior selaku penaja utama.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
• Facebook: AEON Retail Malaysia
• Instagram: AEON Retail Malaysia
• Twitter: AEON Retail Malaysia
• LinkedIn: AEON Group Malaysia
• Laman Web: www.aeongroupmalaysia.com
SHARE 5 comments

Add your comment

  1. Saingan sengit sebab semua hebat hebat.

    ReplyDelete
  2. Best kan! kita pun tak sabar nak start watching this challenge

    ReplyDelete
  3. All the best buat semua peserta !

    ReplyDelete
  4. Siapa lah yang bakal jadi juara tu.

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt jumpa Aznil, nti blhlah tgk Raja viral

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS