hai assalalammualaikum

Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Kutip Dana Untuk Program ‘Kembali ke Sekolah’ & Majlis Penyampaian Cek Geran Perubatan - RMHC Malaysia yang telah ditubuhkan sejak Februari 1990 sentiasa komited dalam membantu meringankan beban kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. Baru-baru ini Ronald McDonald House Charities (RMHC) Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Golf Amal 2022 di Tropicana Golf and Country Resort bagi mengumpul dana untuk program 'Kembali ke Sekolah'. 

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan satu program amal komuniti tahunan bertujuan untuk membantu persediaan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk kembali ke sekolah

Kejohanan Golf Amal ini telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak dalam menjayakan program yang bermanfaat bagi menyokong aktiviti-aktiviti amal kearah kesejahteraan masyarakat.

Pada hari itu juga RMHC Malaysia menyampaikan geran perubatan kepada empat dana kebajikan di hospital terpilih.



Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia Kutip Dana Untuk Program ‘Kembali ke Sekolah’ & Majlis Penyampaian Cek Geran Perubatan



Acara Kejohanan Golf Amal 2022 telah berlangsung dengan jayanya dan berjaya meraih kutipan hampir RM500,000 untuk program 'Kembali ke Sekolah'. Ini merupakan merupakan jumlah tertinggi pernah dikumpul sejak kejohanan golf bermula. 

Dengan dana yang dikumpul akan menjadi sebahagian daripada keperluan sekolah bernilai RM1.5 juta untuk diagihkan kepada  kanak-kanak sekolah rendah daripada keluarga B40 dan kanak-kanak kurang bernasib baik di seluruh Malaysia. 


Kejohanan golf tahunan, yang kini dalam edisi ke-29,  memberi tumpuan kepada mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak dan keluarga mereka yang memerlukan. 

Sumbangan ini bagi menyediakan 25,000 kanak-kanak sekolah rendah miskin bandar di seluruh Malaysia dengan pek sekolah yang diisi dengan alat tulis.

Dengan agihan barangan keperluan sekolah ini sekurang-kurangkan dapat meringankan beban kewangan keluarga tersebut dan memberi kegembiraan pada kanak-kanak ketika memulakan pembelajaran pada pembukaan penggal baharu persekolahan. Sumbangan itu diharapkan dapat membantu mempertingkatkan minat murid untuk hadir semula ke sekolah serta pembakar semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.

“Kami berharap pengagihan pek sekolah itu dapat meringankan beban kewangan keluarga kanak-kanak, ketika permulaan tahun persekolahan baharu bermula. Kanak-kanak ini layak memulakan tahun persekolahan baharu dengan kegembiraan, keterujaan, dan motivasi,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia) merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

“RMHC Malaysia percaya bahawa pendidikan adalah hak asasi setiap kanak-kanak. Dengan bantuan kewangan dalam bentuk pek sekolah ini, anak-anak dapat menumpukan perhatian kepada pendidikan dan terus mengasah kreativiti dan pengetahuan mereka, untuk mencapai potensi sepenuhnya,” tambah Dato’ Azmir Jaafar.

Sehingga tahun lepas, hampir RM10 juta telah dikumpul untuk program ‘Kembali ke Sekolah’, yang telah memberi impak positif kepada kehidupan lebih 100,000 kanak-kanak di seluruh negara.

RMHC Malaysia sentiasa berusaha untuk membantu ramai lagi keluarga yang kurang berkemampuan dan  berhasrat untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik, sejajar dengan teras teras Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan. 

RMHC Malaysia mengendalikan empat program utama iaitu Rumah Ronald McDonald, Bilik Sensori Ronald McDonald, Hadiah Senyuman dan program 'Kembali ke Sekolah'. 


Selain program 'Kembali ke Sekolah', majlis tahun ini lebih istimewa dengan penyampaian geran perubatan kepada empat tabung kebajikan di hospital terpilih iaitu 
1)Yayasan Institut Jantung Negara (IJN), 
2) Hospital Tabung Pesakit Universiti Sains Malaysia (HUSM), 
3) Hospital Tabung Pesakit Tunku Azizah (HTA) 
4) Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM. 

Geran ini akan diberikan kepada kanak-kanak berumur dari 1 hingga 18 tahun, yang memerlukan bantuan kewangan untuk menjalani rawatan perubatan, atau untuk membeli peralatan perubatan atau ubat-ubatan.

“Kehidupan setiap kanak-kanak adalah penting dan RMHC Malaysia berusaha untuk membantu seramai mungkin keluarga yang kurang bernasib baik dalam meningkatkan kesihatan anak-anak mereka. Kami berharap dana itu dapat meringankan beban kewangan keluarga di samping memenuhi keperluan perubatan mereka,” kata Dato’ Azmir.

RMHC Malaysia telah menyediakan geran perubatan kepada dana kebajikan kanak-kanak sejak 2018, berjumlah kira-kira RM470,000 setakat ini.


Dana untuk program dikumpul melalui kemurahan hati penderma individu melalui kotak syiling yang terletak di Restoran McDonald's dan daripada tajaan dan sumbangan korporat. Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Tahniah RMHC . Terimakasihhh buat kebaikan untuk semua

    ReplyDelete
  2. Bagusnya RMHC anjurkan program amal macam ni

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2