hai assalammualaikum

Potatoes USA Sertai Duatlon Powerman Malaysia 2022 Sebagai Penaja - Semua orang suka makan kentang. Macam-macam jenis resepi boleh buat dengan kentang. Macam nad, suka makan kentang U.S. Potatoes sebab banyak khasiat dan nutrisi yang bagus untuk tubuh badan. Baru-baru ini Potatoes USA  menaja acara PowerMan World Series pusingan Malaysia, yang telah diadakan di Putrajaya pada hujung minggu lalu. 

Acara ini mendapat sambutan ramai dan disertai pelbagai ahli sukan. Acara yang sudah pun diadakan selama 16 tahun ini telah diiktiraf sebagai Kejohanan Asia bagi duatlon. Tahniah!!



Potatoes USA Sertai Duatlon Powerman Malaysia 2022 Sebagai Penaja


Dalam pertandingan atau sukan kompetitif, terdapat unsur yang tidak kurang penting, malah mungkin lebih penting daripada kemahiran, iaitu kekuatan minda atau strategi. Dalam pada itu, penggiat kecergasan, pelari maraton dan ahli sukan tahu bahawa soal pemakanan juga perlu diambil kira untuk membantu mereka meningkatkan prestasi dan mencapai kejayaan. 

Kajian mendapati bahawa kentang A.S., yang penuh dengan tenaga, serat, kalium dan Vitamin C, merupakan makanan berkhasiat yang boleh digunakan untuk membekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi sukan, sambil menggalakkan gaya hidup aktif. 



Potatoes USA  telah menaja acara PowerMan World Series pusingan Malaysia, yang telah diadakan di Putrajaya pada hujung minggu lalu.



Di acara tersebut, Potatoes USA telah menghidangkan produk kentang A.S. kepada lebih 4,000 ahli sukan lelaki dan wanita di reruainya. Peserta telah dibekalkan dengan kentang lenyek A.S. yang membantu pelari mengembalikan tenaga dan nutrien yang diperlukan selepas acara. 



Bukan itu sahaja, pada haritu, diedarkan tentang manfaat khasiat pemakanan kentang untuk meningkatkan prestasi. Bagus kan, sekurangnya orang ramai tau bahawa kentang ni sebenarnya banyak kebaikannya. 


Potatoes USA diwakili oleh dua ahli sukan dan pempengaruh Cik Ann Pow dan Cik Yen Chia, yang kedua-duanya sangat popular dalam arena lumba lari & berbasikal. Mereka telah menambah kentang A.S. dalam pemakanan mereka sebagai sumber bekalan karbohidrat dalam persediaan untuk menyertai kategori PowerMan Classic yang meliputi larian 10km – berbasikal 60km – larian 10km.


Ann Pow memenangi tempat ke-2 dalam kategori PowerMan Classic. Ann yang berusia 26 tahun merupakan peserta Sukan SEA ke-31 yang diadakan di Hanoi pada bulan Mei tahun ini, dan juga acara Garmin Malaysia Marathon 2022 yang diadakan baru-baru ini. Beliau juga seorang jurulatih peribadi dan menggemari sukan lumba lari dan basikal kompetitif dan sering turut serta dalam acara-acara maraton.  

“Aktiviti sukan yang memerlukan daya tahan seperti PowerMan banyak menggunakan simpanan glikogen otot. Saya biasanya mula menambah pengambilan karbohidrat dalam sesi latihan sehari atau dua hari sebelum perlumbaan. Sumber karbohidrat kompleks diperlukan dan kentang A.S. memberikan rasa kenyang serta perisa dan bahan boleh ditambah atau dikurangkan  bergantung kepada persediaan dan kaedah memasak,” jelas beliau. 


Seorang lagi atlet wanita yang mewakili Potatoes USA, Yen Chia, berjaya mendapat tempat ke-4 dalam kategori PowerMan Classic. Atlet berusia 32 tahun itu berkata “Kentang A.S. menjimatkan kos dan kaya dengan nutrien yang diperlukan untuk menyertai perlumbaan yang sangat kompetitif. 

Kentang yang bebas gluten merupakan sumber karbohidrat yang baik untuk memastikan saya terus mendapat bekalan tenaga dan mengurangkan rasa lapar semasa perlumbaan yang sengit dan panjang. Saya mengambil kentang A.S. untuk latihan, proses pemulihan dan juga pada hari perlumbaan!”.  Tambahan lagi, kentang A.S. lazat, mudah dimasak dan boleh disediakan dengan pelbagai cara,” ujar Yen.



Pelbagai kajian yang dijalankan sepanjang tempoh 40-50 tahun lepas juga menunjukkan bahawa karbohidrat ialah makronutrien utama bagi mengekalkan dan menambah baik prestasi sukan.

Menurut Nutrition Today, sebuah jurnal A.S., didapati bahawa diet yang seimbang dengan makanan semula jadi berkualiti seperti kentang yang padat dengan nutrien mungkin paling sesuai untuk meningkatkan prestasi fizikal atlet elit dalam acara yang memerlukan daya tahan. 


Sejak nad tau banyak kebaikan tentang U.S.Potatoes, setiap resepi kentang nad menggunakan U.S. Potatoes. Nad suka sangat dengan U.S. Potatoes, bukan sahaja boleh dibuat pelbagai resepi, tapi rasanya yang sedap dan bagi tenaga dan mengenyangkan.

Fakta penting tentang kuasa kentang:

26 gram karbohidrat – Kentang ialah karbohidrat berkualiti yang penuh dengan nutrien, penting untuk mencapai prestasi fizikal dan mental yang optimum, sebagai sumber tenaga utama bagi otak dan otot. Oleh kerana bekalan karbohidrat badan kita adalah terhad dan mungkin kehabisan – walaupun dengan hanya satu sesi senaman berat dan/atau berpanjangan – amat penting untuk menggantikan karbohidrat yang telah digunakan.

620 Milligram Kalium – Kentang saiz sederhana (148g) berserta kulit membekalkan lebih banyak kalium berbanding pisang, dan tidak mengandungi lemak, garam dan kolesterol. Kentang ialah makanan terbaik untuk membantu fungsi otot, kardiovaskular dan sistem saraf dalam acara yang memerlukan daya tahan tinggi.

26 gram Karbohidrat - Kentang ialah karbohidrat berkualiti padat nutrien, penting untuk prestasi fizikal dan mental yang optimum sebagai bahan api utama untuk otak dan sumber tenaga utama untuk otot.

30% nilai Vitamin C harian – Kentang merupakan sumber Vitamin C yang baik, untuk membantu menguatkan sistem imun dan menghasilkan kolagen (sejenis tisu otot yang penting). 

3 gram protein berasaskan tumbuhan – Protein ialah komponen otot dan nutrien penting bagi meningkatkan prestasi.

2 gram serat (7% nilai harian) – Serat membantu mengawal glukosa darah dan meningkatkan kepuasan (rasa kenyang), iaitu kita rasa kenyang lebih lama.

110 Kalori untuk Tenaga – Lebih mudah dihadamkan dan lebih padat dengan tenaga berbanding sayur popular lain, kentang adalah pilihan yang baik untuk membekalkan tenaga dalam acara maraton. 

Bagus kan, banyak kebaikan U.S. Potatoes ni. Tengok pada nutrisi facts yang terkandung dalam kentang, itu sebab la ia menjadi pilihan atlet sukan dalam rutin pemakanan mereka. Mereka yang amalkan hidup sihat pun amalkan makan kentang ni.

Untuk lebih lanjut boleh layari
Website ; https://uspotatogoodness.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MYpotatoesUSA
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Comelnya bergambar dengan potato. Hehehe

    ReplyDelete
  2. waaa..masih aktif lagi..ramai blogger lama2 tak aktif dah..banyak info d blog pn..teruskan 👍💪

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS