Argentina Juara Final World Cup Qatar 2022 - Nad ni bukanla peminat bola, tapi suami yang gila bola. Sepanjang perlawanan, memang dia tak pernah tinggal tengok, dari awal sampaila separuh akhir. Tapi, untuk Final World Cup 2022 ni dia lambat pulak tu, dah separuh masa pertama, baru dapat tengok, gara-gara nad tak ambik tau bila Final World Cup 2022.

Sebab lambat tengok, nad dah booking tiket wayang cerita Mechamato untuk anak-anak. Disebabkan anak-anak nak tengok sangat, dan ini kali pertama diaorang tengok wayang, nad pun booking la 18 December 2022 jam 9.35 malam. Pilih tarikh ni sebab seharian Ahad tu kitaorang keluar, dari cari sofa, pergi Putrajaya, lelas tu tengok wayang. Suami pun setuju sebab dia fikir, esok-esok takyah keluar dah.

Tapi rupanya, suami pun lupa 18 December tu Final World Cup. Dia gelabah juga tapi buat relaks je.. Huhu. Yela, taknak hilangkan mood anak-anak yang tengah seronok nak tengok wayang. Jadi layan dulu movie Mechamato. Tak sangka ye, movie tu habis pukul 12 malam, ada la lebih-lebih tu.

Argentina Juara Final World Cup Qatar 2022 


Habis movie Mechamato, terus bergegas ke parking sebab nak tengok Final World Cup Qatar 2022 pulak. Final pasukan yang berlawan ialah Argentina dan France.. Pasukan suami semestinya Argentina. Nad ni dah Final baru layan.. Hahaha. Sebelum-sebelum ni layan juga tapi yang best jela.


Masa dalam kereta suami terus buka astro splrt dalam phone. Tengok-tengok dah 2 gol untuk Argentina.. Huhu. Takpe, okla. Mujur Mytown dan rumah dekat, 20 minit sampai rumah terus buka TV astro. 

Dapatla tengok perlawanan dan bersorak sakan. Puas sumai tahan dalam wayang tu.. Hahaha. Okla sempat tengok sampai habis. Tak boleh blah masa kitaorang tengok France dapat 2 gol. Dekat situ dah masing-masing debar. 

Perlawanan sengit ye guys. Bila dah 2-2, lepas tu 3-3 hah, menjerit laki kita. 
Masa sorang-sorang nak gol kan tu, debar habis. Mujur Argentina dapat gol semua. Akhirnya Argentina Juara untuk Fifa World Cup Qatar 2022. 







Tahniah Argentina. Suka suami ku. Huhuhu

SHARE 1 comment

Add your comment

  1. Tahniah..saya support France..tapi Argentina mmg hebat tuuu

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS