hai assalammualaikum

Ayam Goreng MamakStyle, Guna Rempah Ketagih Ni Je, Fuh Marbeles! - Korang mesti suka dengan ayam goreng dekat kedai mamak kan, macam tu juga dengan nad. Ayam goreng yang warna kemerahan, kulitny ayang rangup, ayam di masak dengan sempurna, bau rempah dan kari yang menusuk kalbu. Nad kalau makan dekat kedai mamak, kadang cukup ambik nasi, ayam goreng dan kuah kari je. Tu pun dah sedap sebab ayam gorengnya tu. Rasanya tak susah nak buat ayam goreng mamak style ni, tapi memang banyak rempah yang diguna tu. Sekarang mudah je, nad guna Rempah Ketagih Mamakstyle ni, memang marbeles guys.

Rempah Ketagih Mamakstyle ni nad beli dengan kawan nad. Selalu tengok dia post dekat whatsup story, lama-lama kita pun nak cubala masak ayam goreng mamak style ni. Terus order dengan kawan ni. Mula nak beli satu je, sekali terus terbeli 2 pek. Bolehla sebungkus lagi nanti bawak balik kampung.


Rempah Ketagih Mamakstyle

Ayam Goreng MamakStyle, Guna Rempah Ketagih Ni Je, Fuh Marbeles!


Lepas order dan buat pembayaran terus dia post kan. Dalam 2 hari dah sampai Rempah Ketagih Mamakstyle by Liezarich Empire ni. Bagus ye, laju penghantaran. Patutla ramai yang beli dengan dia, servis bagus, layanan bagus, eh semua bagusla.

AYAM GORENG MAMAKSTYLE, GUNA REMPAH KETAGIH NI JE , FUH MARBELES!!

Pembungkusan Rempah Ketagih Mamakstyle ni bagus sangat tau. Rempah tu dimasukkan dalam plastik dan diklip, kemudian baru dimasukkan dalam pek aluminium tu. pek aluminium tu pulak ada ziplock. Jadi, rasa selamat la sikit, berbeza dengan masukkan terus dalam pek aluminium tu. Bila tak habis guna boleh masukkan semula dan ziplock dan simpan. 

Dekat pembungkusannya pun ada tulis bahan dan cara memasak menggunakan Rempah Ketagih Mamakstyle ni.


Senang je nak buatnya. Ni antara bahan-bahan lain yang perlu sitambah untuk menyedapkan lagi ayam goreng mamakstyla kita ni.

Bahan-bahan
- 1 ekor ayam
- Rempah Ketagih
- 1 biji telur
- Halia 40 gram (kisar/tumbuk)
- Bawang putih 40 gram (Kisar/tumbuk)

Cara memasak
- Satukan bahan kisar bersama ayam, kemudian gaul rata
- Masukkan semua rempah perapan, rempah ketagih ni dan 1 biji telur
- Perap selama 1 jam @lebih
- Panaskan minyak dan sedia digoreng
- Masukkan daun kari untuk penmabah aroma

Senang je kan nak masak, cuma gaul, perap dan goreng.

Macam nad buat sebab nak cepat, jadi nad tak letak bawang putih, halia  dengan tak perap pun. Nad masukkan terus rempah perapan ketagih ni. Sedap juga..hehee. Tapi kalau tambah bahan-bahan di atas tu mesti lagi sedap dengan bau aroma daun kari tu.

AYAM GORENG MAMAKSTYLE, GUNA REMPAH KETAGIH NI JE , FUH MARBELES!!

AYAM GORENG MAMAKSTYLE, GUNA REMPAH KETAGIH NI JE , FUH MARBELES!!

Nad cuma masukkan rempah dan 1 biji telur, campur dalam tu semua kemudian goreng. 

AYAM GORENG MAMAKSTYLE, GUNA REMPAH KETAGIH NI JE , FUH MARBELES!!

Ni la hasilnya. Walah!!, bolehla ada rupa sikit ayam goreng mamakstyle..hahaa. Takpe ada lebihan rempah lagi, boleh buat lagi nanti..hehehe.

Bau sedap, kulit pun rangup je. 

Rempah Ketagih Mamak style ni bukan setakat boleh digunakan untuk goreng ayam, tapi boleh juga guna untuk sotong, ketam, cendawan dan lain-lain. Satu pek rempah Ketagih ni berat 170g.

Harga murah sahaja, RM8 tak termasuk postage.

Korang kalau nak bolehla beli dengan kawan nad ni, Liezarich Empire, contact number 0142553688
SHARE 3 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2