hai assalammualaikum

RMHC Malaysia Raikan Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim Di Masjid Al-Qurtubi Sri Segambut Kuala Lumpur - Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Majlis Agama Islam wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan Majlis Iftar bersama lebih 100 anak yatim di Masjid Al-Qurtubi Sri Segambut Kuala Lumpur.

Nad berkesempatan menghadiri majlis ini dan turut sama meraikan Ramadan dengan anak-anak yatim ini. Sayu hati nad tengok anak-anak yatim ni semua. Dari raut wajah mereka tiada siapa yang tahu apa yang terbuku di hati. Alhamdulillah, majlis seperti ni, sedikit sebanyak dapat mengembirakan mereka.


RMHC Malaysia Raikan Ramadan Bersama Anak-Anak Yatim Di Masjid Al-Qurtubi Sri Segambut Kuala Lumpur


Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, meraikan anak-anak yatim dengan majlis berbuka puasa dan sumbangan untuk persiapan Aidilfitri sudah menjadi tradisi Persatuan Kebajikan Ronald McDonald daripada tahun ke tahun, Ini adalah salah stau cara capaian RMHC Malaysia mendekati lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. 


Pada majlis itu, penyampaian sumbangan wang tunai telah diberikan kepada tiga rumah kebajikan anak yatim terpilih di Lembah Klang iaitu:
1) Pertubuhan Nur Kasih Bestari
2) Rumah Permata Hatiku
3) Rumah Anak Yatim Al-Sagoff

Setiap rumah kebajikan anak yatim menerima sumbangan wang tunai bernilai RM5000 bagi meringankan beban pengurusan terutamanya bagi tujuan persiapan menjelang Aidilfitri.


Pada haritu, YB Dato Sri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dijemput dan memberi tazkirah sedikit di Bukan Ramadan ini.


Happy meal untuk tetamu yang hadir.


Selepas itu pemberian duit raya kepada anak-anak yatim ini. Seronok tengok raut wajah mereka ceria bila dapat duit raya berjumlah RM100 setiap seorang yang diberikan McDonald's Malaysia daripada dana wakalah zakat MAIWP. 

"Kedatangan Ramadan amat ditunggu-tunggu untuk kita semua memperbanyakkan amal jariah dan sumbangan kepada mereka yang memerlukan. Besar harapan kami agar majlis berbuka puasa hari ini dan sumbangan yang disampaikan kepada anak-anak yatim yang hadir memberi keceriaan kepada mereka" tambah Dato' Azmir Jaafar, Presiden Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia, merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Alhamdulillah dan tahniah kepada RMHC dan McDonald's Malaysia untuk majlis seperti ini. Semoga anak-anak ini berjaya di dunia dan akhirat.


RMHC Malaysia merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menumpukan segenap usahanya ke arah kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. 


Sebagai badan kebajikan pilihan McDonald's Malaysia, sejumlah besar dana RMHC Malaysia datang daripada McDonald's Malaysia. Kita sendiri merupaka penyumbang terbesar dalam RMHC Malaysia tau. Setiap kali kita membeli di McDonald's, jangan lupa untuk masukkan sedikit sumbangan di tabung yang disediakan di setiap kaunter bayaran dan Kiosk Pesanan Layan Diri di semua cawangan restoran McDonald's. Setiap sumbangan yang diberikan akan dimasukkan terus ke RMHC dan digunakan untuk membantu mereka yang memerlukan.

RMHC Malaysia turut menerima dana daripada syarikat-syarikat korporat dan individu-individu prihatin bagi pelaksanaan program-program utamanya yang berteraskan Kebajikan, Kesihatan dan Pendidikan. 

Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC Malaysia boleh layari https://rmhc-malaysia.my/
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2