hai assalammualaikum 

Minuman The Indulgence Series Coolblog Kembali - Ingat dulu, nak minum air boba mesti cari Coolblog, sebab masa tu satu-satunya air boba yang ada. Setiap kali Coolblog keluarkan minuman baru mesti nad pergi beli. Nak tau tak minuman The Indulgence Coolblog yang disukai ramai sebelum ni dah kembali tau dan ada perisa baru dalam The Indulgence series. 

Coolblog jenama pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kiosk perintis Malaysia mencipta pelbagai perisa dan sentiasa berinovasi supaya dapat memenuhi pilihan citarasa yang berbeza pelanggan. Bermula 13 April 2023 korang boleh dapatkan minuman The Indulgence yang popular dengan empat perisa.




Minuman The Indulgence Series Coolblog Kembali


Minuman The Indulgence series dengan 4 perisa iaitu Lattecino Indulgence, Choctiramisu Indulgence, Triple Coffee Indulgence dan yang terbaru Cookies & Cream Indulgence. Korang boleh nikmati minuman ini dengan topping caramel sauce, cheese mousse, and Lotus Biscoff crumbs. 




Minuman The Indulgence popular sebab rasanya yang sedap dan creamy, sebab tu ramai yang jatuh cinta dengan air ni. Nad sendiri dah beli ke empat-empat perisa, setiap perisa mempunyai rasa yang unik. 


Nad suka dengan perisa baru iaitu Cookies dan Cream Indulgence, rasanya manis dengan topping yang sedap.



Selain itu, Coolblog juga mengeluarkan menu Caramelicious Combo. Korang boleh nikmati minuman kegemaran korang dengan Waffle disaluti dengan Salted Caramel. Bukan sahaja Waffle Salted Caramel, tapi akan ada tambahan Caramel Popcorn.

Korang boleh dapatkan minuman The Indulgence series dengan harga   
1) Lattecino Indulgence (500ml) : RM9.90
2) Choctiramisu Indugence RM10.90 (500ml) dan RM11.90 (700ml)
3) Triple Coffee Indulgence RM10.90 (700ml)
4) Cream & Cookies Indulgence RM10.90 (500ml) dan RM11.90 (700ml)

Untuk Salted Caramel Waffle pula berharga RM7.90

Sedap ya dapat minum minuman The Indulgence ni. Ada kopi, coklat, cream, yang boleh korang pilih dan ikut citarasa korang. Dapat minum panas-panas ni memang nyaman tekak..hahahha. Untuk puasa ni, boleh je beli untuk minum waktu berbuka puasa atau moreh. Bolehla minum bersama tersayang.



Hah, apa lagi dapatkan minum kegemaran korang The Indulgence series di Coolblog berhampiran.

Untuk info lebih lanjut boleh layari:
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2