hai assalammualaikum

Emas Chiang Heng, Harga Emas Terendah Di Seluruh Malaysia- Sesekali reward diri sendiri dengan beli emas bagus juga. Emas ni pun, aset yang sangat bernilai, jadi nak beli banyak-banyak pun takpa. Kebetulan kawan beritahu tentang Emas Chiang Heng ni, katanya harga emas ni terendah di seluruh Malaysia. Kedai Emas Chiang Heng menawarkan pelbagai jenis barang kemas dan reka bentuk yang bergaya memenuhi citarasa semua orang.

Setiap tahun mesti target satu barang berharga untuk diri sendiri. Jadi, tahun ni, dapatla  pearl anting-anting dari Kedai Emas Chiang Heng. Perempuan ni tak kisah emas ke tak, kalau dapat emas tu bonus, dapat silver pearl pun dah gembira. Asalkan ada perhiasan dekat badannya. 



Emas Chiang Heng, Harga Emas Terendah Di Seluruh Malaysia


Lama dah tak pakai anting-anting, nasib baik lubang telinga ni masih ada, dapatla pakai pearl anting-anting dari Emas Chiang Heng ni dekat telinga. Banyak lagi barang kemas Chiang Heng yang buat nad terpegun dan jatuh cinta. Secara jujurnya ni pertama kali nad pakai anting-anting silver pearl dan nad suka dengan anting-anting ni, sebab minimalis dan seperti mutiara. 



Ditubuhkan pada tahun 1986, Chiang Heng Jewellery telah mendapat beberapa anugerah seperti  Jawatankuasa Jenama TOP Excellence Asia Pasifik ,Anugerah PKS Cemerlang oleh Anugerah Golden Bull dan lain-lain. Mereka terkenal dengan harga emas yang kompetitif, bernilai tinggi dan pakar dalam semua jenis barang kemas emas.




Nad bukan sahaja terpegun dengan barang kemasnya malah nad terkejut dengan harga emas dekat sini.
Kalau korang nak tau, Emas Chiang Heng merupakan emas yang mampu milik, yang semua orang boleh beli. Emas Chiang Heng terkenal dengan "Harga Emas Terendah di seluruh Malaysia" menjual pelbagai jenis barang kemas dan rekabentuk yang menarik dan bergaya. 

Selain harga terendah, kedai Emas Chiang Heng juga memberi pelbagai ganjaran dan tawaran istimewa kepada pelanggannya. Setiap bulan, promosi akan dibuat di 19 cawangannya di seluruh Malaysia dengan misi "Semua orang mampu memiliki emas”.



Kalau korang nak tau, harga Emas Chiang Heng ni murah disebabkan mereka takda ambil kira kos pemasaran seperti kos sewa di pusat membeli-belah, kos iklan fizikal , billboard dan sebagainya. Bukan itu sahaja tau, mereka juga menghasilkan emas rekaan sendiri, jadi mereka tidak perlu keluarkan kos pengedaran borong. Ini membolehkan Emas Chiang Heng mengawal sepenuhnya kos pembuatan dari caj harga upah hingga harga emas.

Bagi mereka, kos-kos itu dapat dijimatkan dalam bentuk  memberikan pulangan terus kepada pelanggan dengan menawarkan harga emas yang berpatutan. Bagus dengan apa yang mereka buat, bagi mereka, keistimewaan pelanggan lebih utama.

Jualan Semula Emas Dengan Harga Paling Tinggi


Dekat sini juga, pelanggan boleh menjual emas atau menukar emas lama dengan yang baru. Emas Chiang Heng menawarkan harga jualan semula emas paling tinggi dengan proses pemulangan emas yang jelas dan telus tanpa sebarang kos sembunyi, tidak kira sama ada barang kemas emas anda sudah lama, rosak, pecah, kemek, perhiasan emas yang telah terbakar, atau tanpa sijil. Chiang Heng Jewellery adalah syarikat emas yang paling kos efektif dalam industri atau pasaran kitar semula emas. Memang mudah kan bila kita nak menjual emas bila tiada syarat.

Pemulangan dan Pertukaran 7 Hari


Satu lagi yang nad suka dengan Barang Kemas Chiang Heng ialah polisi Pemulangan dan Pertukaran 7 Hari mereka. Pelanggan boleh memulangkan atau menukar saiz emas tersebut (tanpa kerosakan) kepada Chiang Heng Jewellery dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pembelian. Nad rasa ni salah satu kedai emas yang ada tawaran seperti ini. Mereka memastikan pelanggan mereka berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan mereka. 

Perkhidmatan Memperbaiki dan Mencuci Barang Kemas 


Jika korang nak baiki barang kemas korang, bolehla hantar ke Emas Chiang Heng. Mereka menyediakan perkhidmatan membaiki emas dengan percuma dalam tempoh 30 hari, kecuali dalam kes kehilangan perhiasan emas yang mengakibatkan keperluan untuk penggantian emas. Syarikat ini juga membuat servis pembersihan barang kemas percuma seumur hidup. Menariknya lagi, pelanggan boleh membuat rekaan emas menggunakan laser secara percuma. 

Pecah Rekod Dalam The Malaysia Book of Recods


Emas Chiang Heng telah bertapak selama 37 tahun dan menerima pelbagai anugerah. Tahun lepas,  syarikat itu menerima pengiktirafan dianugerahkan dengan Anugerah Disyorkan Pengguna Malaysia 2022.

Pada 2020, Chiang Heng Jewellery telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records kerana mempunyai rekod jualan siaran langsung 117 dalam satu hari. Dengan usaha dan sokong daripada pelanggan setianya, Emas ChiangHeng kini telah membuka cawangan ke-19, simbol platform yang mempunyai kredibiliti dan keterjaminan.

Hebat kan Emas Chiang Heng ni, dahla harga emas terendah diseluruh Malaysia, banyak perkhidmatan yang ditawarkan dan mementingkan serta mengutamakan pelanggan mereka.


Mungkin ini kali pertama korang tau berkenaan kedai emas Chiang Heng ni lepas baca blog nad..hehee. Dah tau ni, bolehla labur duit beli emas dekat Kedai Emas Chiang Heng ni, berbaloi tau.

Korang boleh tengok laman media sosial mereka, banyak berkongsi tips tentang emas.
Nak tau Tips untu Pelabur, boleh tonton https://vt.tiktok.com/ZSLrhAdPH 
Macam mana nak jual emas kat Chiang Heng klik  https://vt.tiktok.com/ZSLrhrEwv/

Beli Emas Chiang Heng di Outlet atau Online


Nak beli emas Chiang Heng di online boleh ke platform Shopee mereka shopee.com.my/chianghengjewellery


Outlet Chiang Heng Jewellery di seluruh Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai emas Chiang Heng boleh layari
Tiktok: @emaschiangheng @ChiangHengJewellery
RED App:4134819312


#ChiangHengJewellery #EmasChiangHeng #ChiangHeng #EmasAsli #Emas916 #Emas999 #HargaEmasPalingRendah #TheMalaysiaBookOfRecords #BangKemasEmas #PajakGadaiEmas #pelaburan   

SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2