hai assalamualaikum

Pemenang Kempen Sushi King 1 Milliom Happy Members - Tahniah kepada pemenang hadiah utama Kempen Sushi King 1 Million Happy Members, Vyvian Elvy Jefry from Sabah, seorang surirumah, yang memenangi hadiah percutian untuk 2 orang ke Jepun. Memang bertuah ye dapat ke Jepun. Majlis penyampaian hadiah yang diadakan dengan gilang-gemilang telah diadakan di Sushi King Sunway Pyramid.

Kempen 1 Million Happy Members yang berlangsung sepanjang bulan Mei telah berjaya menerima lebih dari 50,000 penyertaan dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM1,000,000. Ahli program kesetiaan Sushi King yang menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk gajet terkini, Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan! 



Pemenang Kempen Kempen Sushi King 1 Milliom Happy Members


Ia tidak dapat dinafikan bahawa kempen 1 Million Happy Members telah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada semua ahli Sushi King yang telah memenangi hadiah-hadiah hebat ini: Peranti Oppo, jam tangan Apple, kad hadiah Uniqlo, tawaran makan dan 600,000 Smile Points. Apatah lagi, ahli kesejuta, Mohd Shahrin Samian, telah menerima ganjaran makan percuma di Sushi King selama setahun! Antara yang paling bertuah ialah Vyvian Elvy Jefry, seorang suri rumah warga Sabah, yang telah memenangi hadiah utama percutian ke Jepun ketika menjamu selera di Sushi King ITCC Penampang. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara tersebut.

Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd. berkata, "Kami amat bersyukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan kami yang tidak berbelah bahagi. Mereka telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan luar biasa 1 juta Happy Members. Kami terharu dengan penghargaan mereka terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun. Melalui kempen ini, kami dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli kami dimana mereka akan mendapat ganjaran sambil menikmati hidangan Sushi King kegemaran mereka.”

"Kami bertekad untuk menjadikan Sushi King sebagai Your Happy Sushi Place di mana pelanggan kami dapat merasai kenikmatan dan keistimewaan budaya makanan Jepun melalui hidangan yang menyelerakan," tambah Encik Mori. 
Sushi King bakal memperkenalkan pelbagai inisiatif yang inovatif untuk menarik lebih ramai pelanggan seperti promosi dan penawaran menu baru termasuk Japonica Unagi gred premium dan Ramen Jepun yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Penambahan baru ini adalah bukti komitmen Sushi King untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang baik kepada semua pelanggan mereka.


Nad dah cuba dulu menu baru ni. Korang kene sabar dahulu ya, menu ni belum keluar lagi. Nanti dah ada korang boleh cuba.


Sushi King mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyertai program kesetiaan mereka yang semakin berkembang dan mengambil bahagian dalam pelbagai kempen-kempen mereka yang menarik di masa akan datang. 

Jangan lupa muat turun aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Sushi King hari ini dan menikmati pelbagai promosi dan kempen.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi Sushi King dan banyak lagi, sila layari 
SHARE 1 comment

Add your comment

  1. bestnyaaaa dapat gi jepun free2 je...rezeki dia ...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2