Order Nasi Ganja Secara Online, Mudah Dan Senang - Pernah dulu bercuti ke Ipoh, list utama nak makan Nasi Ganja, tapi tak kesampaian sebab masa nak balik tu, anak buat perangai sampai lupa pasal Nasi Ganja. Kali kedua bercuti ke Ipoh dengan kawan-kawan pun tak sempat nak makan sebab masa tak mengizinkan. Biasalah, banyak tempat nak terjahnya. 

Orang cakap Nasi Ganja paling sedap dekat Ipoh, betul ke? Ke ada tempat lain? Lepas tu haritu kawan mr mafia datang rumah, dan dia bawa Nasi Ganja tapi bukan dari Ipoh, beli dengan kawannya. Nad rasa, sedap juga, kuah pun pekat dan banyak, senang la beli Nasi Ganja online je lepas ni.

Order Nasi Ganja Secara Online, Mudah Dan Senang 

ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE

Rupa Nasi Ganja ni nampak sama seperti Nasi Kandar. Nasi yang dicampur dengan pelbagai lauk pauk dan kuah yang banyak. Tapi mungkin ada rasa sedikit beza. Orang suka sangat dengan makanan Nasi Ganja ni, walaupun harganya agak keras. Sekarang nak cari Nasi Ganja mudah sahaja, ada banyak tempat di setiap negeri dan ada di kedai mamak..hahaha. Cuma bezanya adalah pada harganya..faham-faham sahajala..hehehe. Tapi Nasi Ganja yang kawan mr mafia beli ni takdalah banyak lauknya seperti di restoran. Untuk merasa dan teringin bolehla beli. 

Beza Nasi Ganja Dan Nasi Kandar


Nasi Kandar


Nasi kandar bukanlah menu yang asing lagi di Malaysia. Jika dahulu nasi kandar lebih terkenal dan mudah didapati di Pulau Pinang, kini menu ini sudah mula dijual di serata Malaysia dengan keunikan yang tersendiri.

Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil 'banjir' (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.

Tercipta Nasi Kandar, apabila peniaga makanan akan membawa makanan kepada pekerja pelabuhan dengan menggunakan kayu penggandar yang diisi dengan nasi dan lauk-pauk suatu masa dahulu.  

Nasi Ganja


Nasi Ganja mendapat namanya dari kekuatan rasanya yang "berbekas" seperti ganja.
Sambal yang digunakan dalam Nasi Ganja dikatakan lebih pedas dan kuat rasa berbanding dengan Nasi Kandar. Ini membuatkan Nasi Ganja dikenali dengan cita rasa yang unik dan berani.

Asal nama Nasi Ganja ialah apabila tibanya bulan puasa, ianya dijual seperti menjual dadah kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa. Ia dijual seperti drive-through di lorong sebelah kanan kedai tersebut dan Nasi Ganja yang siap dibungkus dengan suratkhabar dan plastik dibungkus pula ke dalam plastik jinjing berwarna hitam.

Ramai orang luar Ipoh kerap mencari kedai menjual Nasi Ganja di Ipoh. Mereka menemuinya di Jalan Yang Kalsom. Bila ditanya mengapa nasi tersebut dipanggil Nasi Ganja, penjualnya berbohong dengan mengatakan keenakan nasinya boleh membuatkan orang ketagih.

Di Ipoh, umat Melayu terdahulu menyebutnya Nasi Ganja. Umat Melayu terkemudian menyebutnya Nasi Wonggey yang berasal dari perkataan Tamil ' Vanggey' yang bermaksud 'mari'. 

Ini kerana penjual Nasi Ganja ini sepanjang tahunnya memanggil orang supaya singgah di kedainya dengan laungan 'vanggey, vanggey, vanggey' . Maka bersepahlah pula cawangan Nasi Vanggey di Ipoh kemudiannya

Nasi Ganja Cheq, Nak Boleh Order Online 


Bagi yang teringin nak makan Nasi Ganja, korang boleh beli dan order Nasi Ganja Cheq ni. Semua pembelian boleh order secara whatsup. Lepas dah order, tunggu sahaja makanan tiba depan rumah. Nasi Ganja Cheq ni hanya membuat penghantaran sekitar Kuala Lumpur.

ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE

Nasi Ganja Cheq ni ada jual dua jenis sahaja, Nasi Ganja Ayam dan Nasi Ganja Daging. Kalau korang nak combo pun boleh. Lepas tu nak kuah asing atau campur terus. Macam nad, kuah asing, yela, kalau campur takut berterabur pulak bila buka. Kalau asing boleh kita tuang sendiri dan tak berterabur.

ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE

Ni rupa dia bila asingkan semua. Ada ayam, kuah, sambal, bendi, telur dan cili hijau.

ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE

Bila dah tuang semua sekalikan dalam satu, hah ni la rupa dia. Kuah pun banyak, bila tuang tu surr penuh melimpah..puas hati la.

Bagi nad, Nasi Kanda Cheq ni sedap. Kuah pedas dan memang kena dengan tekak. Cili tu takda pedas mana..syok juga kunyah dengan rangup dia..hehee.

ORDER NASI GANJA SECARA ONLINE

Korang kalau nak, boleh order melalui whatsup di nombor yang tertera di gambar ini.

Pada hari ini, Nasi Ganja sudah menjadi menu kegemaran ramai dengan campuran lauk-pauk yang mahal dan berbeza. begitu juga dengan Nasi Kandar. Kalau pandai, nak buat sendiri pun boleh.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2