VIVO lancar V29 5G dengan fungsi potret Aura-Light 2.0 pada harga serendah RM1,899 - Vivo secara rasminya telah melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka iaitu vivo V29 5G dengan ciri utama, potret Aura Light 2.0.

Model terbaru ini didatangi dengan warna yang menawan iaitu Starry Purple dan Noble Black, diinspirasikan oleh langit malam yang disinari bintang.


VIVO lancar V29 5G dengan fungsi potret Aura-Light 2.0 pada harga serendah RM1,899



Dilengkapi dengan ciri kamera 50MP beserta ultra-sensor, 512GB stor penyimpanan, paparan skrin 120Hz 1.5K AMOLED, 80W pengecasan dan banyak lagi ciri yang hebat pada telefon pintar keluaran terbaru vivo, iaitu vivo V29 5G.

Manakala potret Aura Light 2.0 dan pengubahsuaian suhu warna pintar (smart colour Temperature Adjustment), rekabentuk yang menarik dan ciri telefon yang canggih, vivo V29 5G adalah sebuah telefon pintar yang sesuai bagi penggemar teknologi dan pengamal gaya hidup moden.


Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu berkata, menuju ke masa hadapan, jenama itu tetap akan konsisten dalam komitmennya untuk terus berada dalam inovasi telefon pintar bagi sentiasa memastikan pengguna menikmati pengalaman yang unggul.

Perkayakan Kehidupan Seharian Dengan Potret Aura Light 2.0


Ciri Aura Light 2.0 yang bersaiz diameter 16.5 mm pada vivo V29 5G mendorong kepada kepentingan cahaya dalam hasil fotografi, ciri kamera dan Aura Light merupakan ciri utama pada siri V keluaran vivo.

Menciptakan tiga dimensi kesan cahaya, menghapuskan bayang bayang dan memberikan pengalaman seperti di dalam studio.

Model ini juga menambah 36 peratus peningkatan pada tahap pencerahan berbanding dengan model yang sebelumnya dan memastikan shot yang lebih fokus.

Selain itu, vivo V29 5G boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran dan keadaan warna yang berbeza.


Dengan hanya satu sentuhan, ia boleh menyerlahkan subjek walaupun dalam keadaan lampu yang malap. Menghasilkan karya yang terang, jelas, potret yang indah dan keadaan alam sekitar yang menawan dalam setiap shot yang diambil melalui vivo V29 5G.

Kamera hadapan yang mempunyai 50 MP dan fokus secara automatik membolehkan pengguna untuk mengambil gambar selfie, dengan kecanggihan kamera beserta 92° sudut luas mampu mengimbangi dan mengelakkan distorsi pada gambar samada secara berkumpulan atau berseorangan.

Inovasi ini adalah bukti usaha dari vivo untuk memastikan pengguna vivo sentiasa berpuas hati semasa menggunakan vivo V29 5G.

vivo V29 5G juga menitikberatkan tentang pengambilan foto dan video pada waktu malam. Dengan vivo V29 5G, ia bakal mempersonakan penggunanya dengan kebolehan merakam momen indah pada waktu gelap terutamanya pada waktu malam.


Ciri Video Ultra Stabil yang disokong oleh OIS dan EIS, memastikan pergerakan yang minimal dan shot yang jelas, dengan lebih 1,000 kestabilan dan 10,000 kestabilan dalam pergerakan untuk setiap saat.

Selain itu, ciri Super Night Video disokong oleh algoritma adegan malam yang cemerlang dan keupayaan penstabilan yang kuat, semuanya dapat menyelesaikan masalah ketika merakam video dalam keadaan cahaya rendah.

Dengan kata lain, vivo V29 5G membolehkan gambar malam bersinar cerah dan menangkap butiran yang luar biasa dengan kecantikan yang tiada tandingannya.

Paparan Skrin yang Hebat Dalam Sejarah Siri V


Siri vivo V29 5G menampilkan paparan AMOLED 1.5K 120 Hz dan skrin melengkung 3D 6.78 inci, memberikan visual yang memukau kepada pengguna.

Dengan resolusi 1.5K yang mengagumkan dan ketumpatan piksel tinggi sebanyak 452 PPI, setiap butiran menjadi seperti di alam realiti dengan ketepatan yang mengagumkan.


Pengguna akan terpukau pada pengalaman visual yang menakjubkan kerana vivo V29 5G mempamerkan 1.07 bilion warna dan DCI-P3.

Selain itu, vivo V29 5G memberi keutamaan kepada kesihatan mata dan telah menerima tiga pensijilan perlindungan mata peringkat profesional SGS, menegaskan komitmen vivo terhadap kesihatan para pengguna.

Memberikan Prestasi dan Ciri Telefon yang Mengagumkan


vivo V29 5G direka untuk memberikan pengalaman pengguna yang lancar dan berkuasa dengan menampilkan platform mudah alih Qualcomm Snapdragon® 778G, memastikan prestasi yang baik dan sambungan 5G yang lancar.

Dengan Memori 12 GB RAM + 8 GB RAM Tambahan, vivo V29 5G menawarkan penyimpanan yang mencukupi dan sokongan kukuh untuk sistem operasi.


Pelakon, Anna Jobling dilantik sebagai pelakon bintang untuk Vivo.

vivo V29 5G juga dilengkapi dengan Sistem Penyejukkan Bionik VC Ultra Besar, yang membolehkan telefon pintar melepaskan prestasi optimum dalam pelbagai senario, memberikan pengalaman yang menakjubkan.

Selain itu, pengecasan pantas 80W yang dikemaskini dan bateri 4600 mAh membolehkan telefon pintar dicas laju dan selamat, telefon dicaj dari 1% ke 50% hanya dalam masa 18 minit dan menjamin penggunaan yang tahan lama.

Selain itu, vivo V29 5G juga mempunyai ciri tahan habuk IP54 dan tahan air. Sama ada berada dalam hujan atau berseronok di tepi kolam renang, vivo V29 5G menyediakan rintangan percikan air dan tahan habuk di bawah penggunaan normal.

Harga, Ketersediaan, dan Rakan Kongsi vivo V29 5G‘


Bermula 20 September, vivo V29 5G akan berada di dalam pasaran Malaysia dengan harga RM1,899 untuk pilihan 12+256GB dan RM2,099 untuk 12+512GB.

Pengguna yang berminat untuk mendapatkan vivo V29 5G boleh menempah awal bermula pada 21 September 2023 dan banyak promosi hebat menanti.

Tempahan awal yang dibuat di kedai konsep vivo yang terpilih akan menerima naik taraf stor penyimpanan secara percuma.

Ikuti perkembangan terkini,  promosi dan spesifikasi produk terbaru vivo di halaman facebook vivo Malaysia dan laman web rasmi vivo Malaysia.
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2