Semburan Penyegar Fabrik & Pewangi Kereta SCENTIFY Dari Enchanteur - Siapa tak kenal denagn produk Enchanteur, dari pewangi badan, deodorant dan bedak badan. Nad sendiri guna pewangi badan Enchanteur. Suka bauannya yang sangat lembut dan wangi. Terbaru, Enchanteur telah mengeluarkan produk baharu SCENTIFY, semburan penyegar fabrik dan pewangi kereta. 

Seronok kan bila kediaman sentiasa berbau harum dan menenangkan. Balik rumah penat-penat, buka pintu rumah je, satu ruang bau yang mewah, nyaman dan santai. Selain aspek-aspek seperti keselesaan, kebersihan dan persekitaran, bauan juga turut berperanan besar dalam mentransformasi sesebuah kediaman menjadi sebuah syurga yang dilimpahi dengan keselesaan, menjadikan suasana kediaman lebih nyaman. Selain rumah, kenderaan pun nak berbau wangi. Jadi bila memandu tu, takdala bau yang pelik-pelik. Penyelamatnya Semburan Penyegar Fabrik & Pewangi Kereta SCENTIFY Dari Enchanteur.

Semburan Penyegar Fabrik & Pewangi Kereta SCENTIFY Dari Enchanteur


Enchanteur telah berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam penghasilan haruman mewah. Enchanteur telah mengorak langkah dengan melebarkan sayap rangkaian produknya menerusi penghasilan rangkaian semburan penyegar fabrik dan pewangi kenderaan SCENTIFY yang diserikan dengan beraneka haruman premium yang turut digunakan dalam penghasilan wangian mewah.

Teknologi OdorForce™


Dengan paduan kecanggihan teknologi penyahbauan OdorForce™ yang telah diuji dan terbukti keberkesanannya bersama adunan haruman dan minyak pati seperti Lavender, Kayu Cedar, Kasturi, Pic dan Raspberry, rangkaian semburan penyegar fabrik dan pewangi kenderaan SCENTIFY menyegarkan persekitaran ruangan peribadi anda, disamping memberikan keharuman dengan dua kali ketahanan berjangkamasa panjang. 


Selain itu, rangkaian semburan penyegar fabrik dan penyegar kereta SCENTIFY juga diformulasikan agar bersesuaian dengan keperluan serta gaya hidup para pengguna di Malaysia. 

“Bauan yang menyegarkan merupakan sebuah tanda aras terbaik dalam menentukan tahap kebersihan dan ketelitian persembahan. Di negara beriklim tropika yang panas dan lembap seperti Malaysia, bauan yang kurang enak sudah menjadi satu permasalahan biasa — terutama sekali bagi kediaman yang mempunyai haiwan peliharaan,” jelas Krishnamurthy Sriram, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Wipro Unza Malaysia. 

“Walaupun kebanyakan penyegar fabrik berupaya menyahbau dan pada satu tahap, membasmi bakteria, acapkali kesegaran itu tidak berpanjangan. Kadang kala, ada sesetengah semburan penyegar fabrik yang turut meninggalkan kesan nyata pada permukaan fabrik, walaupun cairan penyegar itu telah tersejat ke udara sepenuhnya. Dengan mengambilkira permasalahan-permasalahan tersebut, ditambah dengan kepakaran dalam menghasilkan wangian mewah bermutu selama lebih dari 30 tahun, para pengadun wangian Enchanteur telah mengadun pelbagai bauan premium lalu menciptakan beberapa haruman unik dan bekerjasama bersama para saintis Wipro Unza untuk memformulasikan rangkaian  semburan penyegar fabrik dan penyegar kenderaan berharuman premium yang berkesan untuk menyahbau bauan yang kurang enak disamping mengharumkan ruangan peribadi dan kenderaan anda dengan keharuman wangian mewah yang dapat bertahan lebih lama.”

Rangkaian terbaru SCENTIFY mempunyai dua jenis iaitu Eau de Fabric dan Eau de Car.

Eau de Fabric SCENTIFY


Eau de Fabric SCENTIFY dalam bentuk botol penyembur sangat mudah untuk digunakan. Semburan penyegar fabrik ini amat sesuai untuk digunakan pada fabrik yang susah untuk dibersihkan seperti perabot, langsir, tilam, serta pelbagai jenis permukaan yang lain. Di samping itu, ia dilengkapi dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berupaya menyahbau serta membasmi 99.99% kuman dan bakteria. 

1) SCENTIFY Eau de Fabric Sparkling Fruité 370ml


Memberikan keharuman yang menyamankan pada ruangan peribadi anda, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Sparkling Fruité ini di adun dengan bau-bauan yang diperoleh daripada kesegaran buah-buahan seperti Pic, Raspberry dan kehalusan bunga-bungaan putih. 
Harga : RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak) 

2) SCENTIFY Eau de Fabric Magical Clouds 370ml, 


Di adun untuk mewujudkan suasana persekitaran yang mendamaikan, semburan penyegar fabrik SCENTIFY Magical Clouds menjadikan suasana di persekitaran serta deria anda lebih tenang dan nyaman dengan paduan magis bau-bauan yang menggoda deria bau anda seperti Lily of the Valley, Kasturi and Kayu Gaharu.
Harga :  RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak) 

3) SCENTIFY Eau de Fabric Floral Symphony 370ml, 


Menampilkan gabungan haruman Lavender bersama bau-bauan ringan, Semburan Penyegar Fabrik SCENTIFY Floral Symphony, seindah dan sesegar namanya, dicipta untuk mewujudkan sensasi seolah-olah anda sedang berada di sebuah taman bunga yang indah di saat bermulanya musim bunga dengan paduan haruman klasik Lavender, Melur dan Kasturi. 
Harga :  RM9.50 (Sem. Malaysia) / RM10.00 (Sabah/Sarawak) 



Korang tau tak, dengan semburan ni boleh kekalkan wangian pada pakaian..hehe. Caranya korang sembur pada pakaian sebelum basuh baju atau sembur sebelum nak gosok. Hah, nad dah buat, memang wangi tau.

Eau de Car SCENTIFY 


Eau de Car – SCENTIFY memberikan kediaman serta kenderaan dengan haruman pada tahap yang lebih tinggi menerusi adunan bauan mewah yang menyengat, kaya dengan bau-bauan yang terbit dari buah-buahan, kayu-kayuan dan Kasturi — semuanya di adun secara eksklusif oleh pakar penghasilan wangian Enchanteur.  


Kadang kereta ni berbau disebabkan asap rokok, kepam, bau makanan dan macam-macam lagi. Tapi dengan adanya Eau de Car SCENTIFY, kenderaan korang akan lebih wangi dan nyaman serta tiada lagi bau yang kurang enak.



Dengan tiga variasi wangian yang tersendiri, anda boleh menggunakan penyegar kenderaan ini dengan dua cara: Hanya klipkan pada penghawa dingin kenderaan anda atau gantungkannya pada cermin pandang belakang. Rangkaian penyegar kenderaan ini juga turut diperkuatkan dengan kecanggihan teknologi OdorForce™ yang berkesan dalam membasmi bauan yang kurang enak seperti bau peluh dan asap tembakau. 

1) SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby 14ml,  


Semewah namanya, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Scarlet Ruby mengharumkan kenderaan anda dengan wangian penuh aroma, menggabungkan wangian berunsurkan buah-buahan segar dan bungaan seperti Bergamot, Strawberi, Raspberry, Melur dan Kasturi.
Harga : RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak)

2) SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet 14ml, 


Mengetengahkan wangian berunsur sitrus yang dapat membangkitkan deria yang lesu, penyegar kenderaan SCENTIFY Eau de Car Yuzu-licious Bouquet ini menampilkan bauan yang menyegarkan seperti Bergamot, Lemon, Teh Hijau, haruman bungaan dan Kayu Cedar.
Harga :  RM9.90 (Sem.  Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) 

3) SCENTIFY Eau de Car Aquatic Symphony 14ml, 


Dengan haruman yang akan membawa anda mengimbau kenangan semasa bercuti di persisir pantai, penyegar kereta SCENTIFY Eau de Car Aquattic Symphony membawa anda menelusuri sebuah perjalanan ke dasar laut menerusi paduan bauan yang diilhamkan oleh lautan dan bungaan, diikuti dengan adunan bauan dari Amber serta kayu-kayuan. 
Harga : RM9.90 (Sem. Malaysia) / RM10.40 (Sabah/Sarawak) 

Ayuh harumkan kediaman dan kenderaan anda dengan rangkaian semburan penyegar fabrik dan pewangi kereta SCENTIFY dari Enchanteur hari ini dan wujudkan lebih banyak memori bersama dan perjalanan yang bermakna, sama ada di ruangan peribadi anda mahupun dalam kenderaan. Rangkaian SCENTIFY Eau de Fabric dan SCENTIFY Eau de Car kini boleh didapati di semua peruncit, pasaraya dan pasar hyper di seluruh negara.
SHARE 4 comments

Add your comment

  1. Memamg pakai Scentify ni sebab bagus dapat basmi kuman 100% .. lagi sejak ada cucu ni

    ReplyDelete
  2. Wangi..mmg suka brand Enchanteur

    ReplyDelete
  3. Seriussss wangi...mmg Enchanteur semua best, fav Sally yg Yuzu-licious Bouquet tu utk kereta!!

    ReplyDelete
  4. Chat ve Sohbet topluluğumuz size yeni arkadaşlar edinme ve diğer insanlarla güzel anları paylaşma fırsatı verir.https://www.gevezeyeri.com/
    Sohbet
    Mobil sohbet
    Sohbet odaları
    Chat

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2