Kesedaran Diabetes Mengenai Pengurusan Kendiri Diabetes Menggunakan Aplikasi Pengurusan Diabetes Digital - Korang tau tak, diabetes atau kencing manis boleh menjejaskan warga emas, kanak-kanak, dewasa muda dan ibu mengandung bergantung kepada faktor risiko diabetes individu. Antara faktor risiko termasuk sejarah keluarga yang menghidap diabetes, berat badan berlebihan, mengamalkan diet tidak sihat, pemakanan yang tidak baik, kurang aktiviti fizikal.

Kita tak tau paras gula kita tinggi ke rendah selagi kita tak buat check up kesihatan kita. Perempuan yang mengandung pun boleh dapat diabetes. Kalau tak kawal pemakanan dan hidup sihat, diabetes ni akan menjadi lebih teruk. Sebab tu, kita ni perlu ada pendidikan dan kesedaran tentang diabetes. Jadi, haritu nad join event yang dianjurkan Roche tentang pendidikan dan kesedaran diabetes serta memperkenalkan pengurusan diabetes yang boleh dimanfaatkan.

Diabetes merupakan masalah kesihatan paling cepat berkembang dalam abad 21 ini. 

Kesedaran Diabetes Mengenai Pengurusan Kendiri Diabetes Menggunakan Aplikasi Pengurusan Diabetes Digital


Bagus topik kesihatan macam ni kan. Sekurang-kurangnya, nad dapat banyak ilmu dan info tentang diabetes. Selama ni nad tak ambil serius pun tentang masalah diabetes, tapi bila mengandung ni baru nak ambil tahu dengan lebih mendalam


Sebelum itu, nad nak ucapkan tahniah kepada Roche Diagnostics Malaysia (Roche) dapat menjalin kerjasama dengan pakar kesihatan untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran diabetes mengenai pengurusan kendiri diabetes menggunakan aplikasi pengurusan diabetes digital yang berkesan untuk individu yang menghidap diabetes (PwD).

Diabetes adalah penyakit yang dicirikan oleh ketidakupayaan badan untuk menghasilkan insulin atau menggunakan insulin dengan betul, dan dengan tahap glukosa darah yang tinggi, seperti insulin "kunci" yang membuka kunci "pintu" ke sel dan membenarkan glukosa masuk. Insulin adalah hormon yang mengawal gula darah, jika insulin hilang, glukosa kekal dalam darah dan bukannya membekalkan sel dengan tenaga. Hiperglisemia atau peningkatan gula dalam darah, adalah kesan biasa diabetes yang tidak terkawal dan lebih masa membawa kepada kerosakan yang serius kepada banyak sistem badan, terutamanya saraf dan saluran darah.

Pada hari itu, perbincangan berkenaan memberi tumpuan kepada aspek asas yang penting iaitu pengurusan harian diabetes - pemantauan glukosa darah berstruktur di mana pesakit dan penjaga menggunakan meter glukosa darah (BGM). Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengklasifikasikan BGM sebagai 'intervensi bukan pembedahan yang utama' dengan meter glukosa darah mudah alih sebagai 'alat perubatan utama' untuk penghidap diabetes.

Pengurusan Diabetes Peribadi Bersepadu (iPDM)

Bagi memudahkan pengurusan diabetes dan memperkasakan penghidap diabetes untuk meningkatkan kualiti hidup mereka, Roche membangunkan satu pendekatan iaitu Pengurusan Diabetes Peribadi Bersepadu (iPDM), di mana ia bertujuan individu diabetes melalui pemantauan glukosa darah berstruktur untuk pengurusan kendiri diabetes.


Panel jemputan pada hari itu ialah (dari kanan), Bryan Koh, Ketua Kluster Pasaran Matang Asia Pasifik, Penjagaan Diabetes Roche, Dr. Lim Lee Ling, Profesor Madya Perubatan dan Ketua Unit Penjagaan Diabetes, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Jururawat Yong Lai Mee, Presiden Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES), Jururawat Kanan Pendidik Diabetes dan Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Diabetes, di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC).

Pendekatan Berorientasikan Pesakit dan Kolaborasi Berasaskan Data 

Bryan Koh, Ketua Kluster Pasaran Matang Asia Pasifik, Penjagaan Diabetes Roche, berkata,


"Roche berdedikasi untuk memajukan penjagaan diabetes yang boleh diakses dan menggalakkan penjagaan kesihatan berstruktur yang mampan dengan rakan- rakan sealiran bagi mengurangkan wabak diabetes. Kami hadir untuk menyediakan solusi berorientasikan pesakit bagi memperkasakan setiap orang untuk menguruskan keadaan mereka sendiri, merasai kelegaan sebenar, dan menjalani kehidupan normal, yang lebih sihat."

"Pengurusan diabetes ini rumit dan bersifat peribadi bagi setiap pesakit. Melalui gabungan teknologi dan pemahaman mendalam berkaitan cabaran yang dihadapi oleh penghidap diabetes, kami berusaha untuk membolehkan mereka mengendalikan kerumitan harian dalam pengurusan diabetes dengan yakin. Masa hadapan untuk penjagaan diabetes terletak pada penyesuaian pengurusan mengikut keperluan (personalisasi), keterhubungan, dan kerjasama demi mencapai kemampanan penjagaan kesihatan," katanya.

Perkara penting untuk penghidap diabetes dan penjaga ialah menggunakan meter glukosa untuk pemantauan kendiri glukosa dalam darah. Dari situ kita boleh tau, sama ada tinggi atau kurang gula dalam badan kita. Pemantauan menggunakan meter glukosa menjadi ciri asas dalam strategi iPDM Roche. la menawarkan pendekatan holistik yang menyokong penjagaan berterusan jangka panjang yang mampan untuk individu yang menghidap diabetes (PwD)

iPDM memainkan peranannya apabila meter glukosa darah disambungkan kepada aplikasi pengurusan diabetes, maklumat terapi yang relevan untuk perhatian anggota penjagaan kesihatan dan penjaga pesakit akan tersedia di satu tempat, yang membolehkan mereka menyokong penghidap diabetes dalam perjalanan pengurusan diabetes melalui pelarasan atau penyesuaian terapi yang tepat pada masanya.

Menghubungkan data pemantauan glukosa darah yang penting ini boleh membawa kepada tahap kesihatan dan kualiti hidup yang lebih baik. Bahkan, penghidap diabetes juga akan berasa lega apabila mengetahui tindakan proaktif mereka mempunyai kesan langsung dalam mengelakkan komplikasi diabetes. Ini semua adalah untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan baik.

Memperkasakan Pengurusan Diabetes yang Lebih Baik

Dr. Lim Lee Ling, Profesor Madya Perubatan dan Ketua Unit Penjagaan Diabetes, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pula berkata, "Terdapat keperluan mendesak untuk mengulamakan pengurusan kendiri diabetes yang berstruktur bagi mengurangkan beban kewangan, fizikal dan psikologi penghidap diabetes serta kesannya terhadap sistem penjagaan kesihatan negara


Bagi mereka yang menghidap diabetes jangan risau dan tak perlu rasa mengalah, mesti sentiasa positif. Masalah diabetes ni memerlukan keseimbangan yang baik antaranya
- Perlu jaga kesihatan
- Ubah tabiat gaya hidup dengan meningkatkan senaman fizikal, mengamalkan diet dan tabiat makan

Dengan pendekatan Pengurusan Diabetes Peribadi Bersepadu (iPDM), dapat menggalakkan penghidap diabetes untuk mematuhi pengurusan diabetes :
- pemantauan glukosa darah di rumah
- rawatan susulan berjadual
- maklumbalas daripada doktor serta jururawat pendidik diabetes

Dengan cara ini, akan dapat membantu menambah baik kesejahteraan individu menghidap diabetes dan mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan.

'Maka, sudah tiba masanya kita meneroka cara terbaik bagi membantu penghidap diabetes mengurangkan cabaran dalam menguruskan keadaan mereka di rumah setiap hari selain memperkasakan mereka untuk menjaga kesihatan masing- masing', kata Dr. Lim Lee Ling.

Pentingnya Peranan Penjaga Penghidap Diabetes



Mengulas tentang kerjasama antara anggota penjagaan kesihatan dan
pesakit, Jururawat Yong Lai Mee, Presiden Persatuan Pendidik Diabetes Malaysia (MDES), Jururawat Kanan Pendidik Diabetes dan Pengurus Perkhidmatan Penjagaan Diabetes, di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), berkata, "Pada asasnya, pendekatan iPDM membantu membina rangkaian penjagaan dan sokongan yang kukuh untuk komuniti diabetes iaitu antara pesakit, penjaga, dan anggota penjagaan kesihatan

Dekat sini kita tau, penghidap diabetes memerlukan sokongan dari semua terutama penjaga diabetes. Penjaga mempunyai peranan dalam membimbing pesakit meniti perjalanan pengurusan diabetes mereka. Bukan mudah mengharungi laluan yang dipenuhi cabaran fizikal dan psikologi. Oleh kerana perjalanan setiap orang itu berbeza, maka kita perlu menyesuaikan terapi rawatan mengikut keperluan mereka. Dalam pengurusan diabetes, tiada istilah "satu solusi untuk semua".

"Sebagai jururawat pendidik diabetes, kami bertuah dapat mendampingi penghidap diabetes dan penjaga mereka untuk mendidik, member galakan, dan memotivasikan mereka supaya memahami regim pengurusan diabetes dan mematuhinya.

Pentingnya peranan penjaga penghidap diabetes kerana mereka adalah orang yang paling rapat dan boleh mempengaruhi penghidap diabetes dalam membuat pilihan gaya hidup yang lebih sihat. Mereka memainkan peranan utama dalam menghubungkan anggota penjagaan kesihatan dengan maklumat yang boleh dikumpulkan dan dianalisis untuk penyesuaian terapi serta penjagaan penghidap daibetes yang lebih baik.

Perjalanan pengurusan diabetes seseorang itu pastinya akan menjadi lebih baik dan sihat apabila kita semua bersatu untuk menguruskan masalah kesihatan mereka. la akan mengurangkan beban pengurusan diabetes sama ada pada penghidap diabetes  itu sendiri mahukan sistem penjagaan kesihatan.

Kisah Salah Seorang Individu Penghidap Diabetes



Video yang ditunjukkan ini adalah seorang individu yang mengidap diabetes type 2 bernama Jeffri Bin Mohd Imran. Beliau disahkan mempunyai masalah kesihatan diabetes selepas sebulan berada di hospital disebabkan telah dirempuh sebuah
 
kereta dan patah tangan kiri. Selepas sebulan duduk di hospital, tahap gula dalam darah sangat tinggi dan telah dimonitor tapi masih lagi tinggi.
Pada masa itu Jeffri berasa sangat sedih dan berfikir bagaimana dengan keluarganya. Tapi, semuanya berubah, apabila Jeffri dapat sokongan daripada keluarga, dan diabetes bukanlah satu pengakhiran. Setiap hari, kakak Jeffri akan telefon dan menasihatinya untuk memantau glukosa darah dan cara pemakanan.

Itu telah memberi semangat pada Jeffri untuk hidup lebih baik.

Pertama sekali, beliau kurangkan gula dalam makanan dan kurangkan karbohidrat kepada separuh. Selepas itu, keluarganya turut amalkan makanan sihat.

Kunci kepada pengurusan diabetes adalah untuk memantau tahap glukosa darah melalui pendekatan berstruktur menggunakan meter glukosa darah. Data yang dikumpulkan membantu Jeffri mempelajari cara menguruskan diabetesnya dengan lebih baik. 

Diabetes boleh dikawal dengan menjaga gula dalam darah, dan hidup seperti biasa.

Pengurusan Diabetes Peribadi Bersepadu (iPDM) 


Bagus sangat apa yang dilakukan oleh Roche ni. Sangat membantu penghidap diabetes dan penjaga dalam meningkatkan kualiti hidup yang sempurna.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2