Pemanis Mulut Sucree Amor Kini Di AEON - Hah nak bagitau ni, sekarang dekat bahagian Delicatessen AEON ada produk baru, pemanis mulut Sucree Amor. Nama pun sedap, apatah lagi pencuci mulut yang disediakan memang sedap dan harga yang sangat berpatutan. 

Nad sendiri hadir ke majlis pelancaran Sucree Amor ni dan merasai pelbagai jenis pemanis mulut dari Sucree Amor ni. 

Pemanis Mulut Sucree Amor Kini di AEON


Syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka, AEON Co (M) Bhd. baru-baru ini memperkenalkan Sucrée Amor, iaitu rangkaian produk baharu yang menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut lazat.

Apa itu Sucree Amor


Kalau korang nak tau, Sucree Amor adalah perkataan Perancis yang membawa maksud  ‘kelazatan manisan yang memikat’. Sucrée Amor terletak pada teknik yang digunakan dan penggunaan bahan berkualiti tinggi, menghasilkan penampilan menakjubkan dengan gabungan rasa dan tekstur sempurna.

Jenis-jenis Pencuci Mulut Sucree Amor







Dengan gabungan rasa dan tekstur yang tepat, Sucree Amor pastinya menjadi pilihan untuk kita dapatkan pelbagai jenis pemanis mulut dan pastri seperti
- Macaron
- Puding
- Kek 
- Pancake
- Mochi
- Brownies
- Japanese dessert
- Waffle

Nad dah cuba sendiri, nad suka dengan kek, mochi dan waffle. Tekstur sangat lembut dan tidak terlalu manis.

Dapatkan Pencuci Mulut Di AEON


Korang boleh dapatkan pencuci mulut Sucree Amor di bahagian Delicatessen.

Delicatessen AEON menampilkan empat jenama: Coco Café, sebuah kafe yang selesa dengan suasana yang hangat; La Boheme, menawarkan pelbagai roti bakar segar, pastri, dan puding; La Boheme Coffee, terkenal dengan campuran unik biji kopi dari Brazil Cerrado, Colombia Huila, dan Indonesia Sumatra; dan yang baru diperkenalkan, Sucrée Amor. 

Lawati mana-mana stor AEON untuk menikmati pencuci mulut Sucree Amir yang lazat ini dan memuaskan selera manis anda.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2