Shopping Guna Duit Bantuan SARA - Korang dapat bantuan SARA tak? Apa itu SARA? Hah, SARA ni Sumbangan Asas Rahmah yang disalurkan melalui Mykad setiap bulan. Benda ni dah lama, tapi sebelum ni hanya orang tertentu sahaja yang dapat. Nad tau, sebab kakak nad ada dapat SARA ni, sebab dia ibu tunggal. Lepastu, bulan 3 haritu, ada seorang ni post dekat threads, dia kongsi tentang SARA ni.
Dia tulis...
"Just nak share, ngan korang mana yang belum tahu, korang yang STR tu, mesti dapat bantuan SARA ni" Ada la panjang lagi dia cakap. Dia bagitau juga link untuk cek kita dapat ke tak bantuan SARA ni.
Nad apa lagi, terus tekan link tu dan cek status kelayakan. Alhamdullilah, nad dapat bantuan SARA ni. Terus cakap dengan kakak "betul ke ni?". Dia cakap betul la tu, boleh guna bulan 4. Nad dapat RM100, banyak ye dan boleh beli barang apa yang patut. Dapat kurangkan beban.
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Masuk je bulan 4, ramai dah shopping guna bantuan SARA ni. Bantuan ini disalurkan melalui MYkad dan boleh berbelanja di kedai/pasaraya terpilih sahaja. Lepastu btak semua barang boleh, hanya barang terpilih sahaja yang boleh.
Macam mana nak semak kelayakan?
Korang boleh semak di https://www.mykasih.com.my/ atau download app Mykasih.
Kemudian masukkan nombor IC dan terus keluar sama ada layak ke tidak
Paparan seperti gambarajah di bawah
Kalau download app Mykasih senang, boleh tau kedai mana boleh dan scan barang apa yang boleh guna bantuan ni.
App ni juga, korang akan tau balance duit SARA tu kalau korang tak habis guna.
Macam nad, Lotus Ampang ada bantuan SARA ni, jadi nad shopping dekat situ jela.
Ni antara barang yang boleh guna bantuan SARA. Tapi katanya setiap bulan akan bertukar barang.
Bagusnya Lotus Ampang ada tunjuk barang yang boleh diguna bantuan SARA ni. Dah siap tunjuk dalam troli ni ha. Takdela kita terkial-kial cari barang apa kan.
Dekat rak pun siap dah label tunjuk bantuan SARA ni.
Pertama kali pakai duit bantuan ni, nad beli sikit jela dulu, sebab dekat rumah masih lagi ada barang keperluan tu. Telur ni memang jimat bila dah guna bantuan SARA ni.
Dekat Lotus Ampang ni dia buka banyak kaunter untuk siapa yang hendak bayar menggunakan bantuan SARA ni, sebab tau ramai yang dapat kan.
Bagaimana nak bayar guna SARA?
Pertama kali pakai, keluarkan kad pengenalan dan bagi ke cashier.
Cashier akan buat semua sampai ke pasword dan dia akan bagitau pasword kita tu. Macam Lotus Ampang mungkin dah tetapkan pasword nombor hadapan IC. Jadi lebih senang orang nak ingat. Benda senang jangan merumitkan ye.
Nanti duit tolak dalam IC tu. Nak tau balance, boleh tengok dalam app Mykasih.
Alhamdulillah, dengan bantuan Sumbangan Asas Rahmah ni dapatla bantu sikit beli barang keperluan. Duit sendiri boleh beli keperluan yang lain. Ramai gembira bila dapat bantuan ni. Yela kikta tak tau susah mereka macam mana kan. Dapat ringan sedikit beban mereka.
Terima kasih kerajaan untuk bantuan ini.
Alhamdulillah. Dapat jugak sara. Yang bulan lepas tak guna. So bulan ni ada RM200. Dapatlah beli brng dapur dan cover susu pampers anak. Rasa ringan sikit.
ReplyDeleteCuya tak dapat pon mysara walaupun str dpt.. Entah macam mana diorg pilih penerima mysara ni
ReplyDeleteBukan rezeki Cuya