Superman di AEON : Jom Saksikan Pelbagai Aktiviti Superman Di AEON - Baru-baru ni AEON telah mencipta rekod Malaysia dengan Himpunan SUPERMAN Terbesar Tahniah AEON Mall!! Seramai 1,007 orang berhimpun  dengan berpakaian lengkap Superman di AEON Mall Bukit Indah dan telah berjaya mencatat rekod Malaysian Book Of Records (MBOR) sebagai "Largest Gathering in Superman Attire" pada 12 July.




Pergh gempak la yang datang tu. Memang hebat korang, Superman Power!! Dengan warna baju biru dan merah, memenuhi setiap ruang mall, moment paling hebat sekali. Bagi yang tak dapat join, boleh datang lagi ke AEON terpilih untuk saksikan pelbagai aktiviti Superman yang ada.

Superman Terbang ke AEON Terpilih



Buat julung kalinya, peminat Superman menyertai pengalaman istimewa yang menggabungkan dunia adiwira dan aktiviti riang seisi keluarga — hanya di AEON Mall terpilih!

Sepanjang bulan Julai dan Ogos 2025, AEON Mall membawakan pelbagai aktiviti bertemakan Superman sempena “Superman Pop-Up Store Roadshow” — satu acara wajib dikunjungi oleh para peminat, dari kanak-kanak hinggalah dewasa. Lengkap dengan barangan eksklusif, perarakan istimewa, dan ganjaran menarik, inilah masanya untuk anda dan keluarga menyertai dunia Superman yang penuh inspirasi!

Pop-Up Store Superman Pertama Di Malaysia!




Bermula 1 Julai, pengunjung AEON Mall boleh menjelajahi dunia Superman menerusi pop-up store eksklusif yang membawakan pelbagai barangan dan koleksi istimewa Superman. Pelbagai koleksi Superman, pasti mencetuskan rasa teruja kepada penggemar setia Superman.

Lokasi dan Tarikh:

  • 1–13 Julai: AEON Mall Bukit Indah (Johor) & Cheras Selatan (Selangor)
  • 15–27 Julai: AEON Mall Nilai (N. Sembilan) & Kulaijaya (Johor)
  • 29 Julai – 10 Ogos: AEON Mall Bukit Mertajam (Pulau Pinang)
  • 29 Julai – 17 Ogos: AEON Mall Taman Maluri (Kuala Lumpur) & Tebrau City (Johor)
Superman Parade – “Heroes on the Move!”



Satu lagi tarikan utama ialah Superman Parade, di mana pengunjung boleh berarak bergaya seperti Superman bersama keluarga dan komuniti. Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan flash mob dan muzik secara langsung — menjadikannya pengalaman luar biasa buat si kecil dan juga peminat cosplay!

Jadual Parade:
  • 12 Julai: AEON Mall Bukit Indah
  • 19 Julai: AEON Mall Kulaijaya
  • 27 Julai: AEON Mall Cheras Selatan
  • 2 Ogos: AEON Mall Tebrau City
  • 17 Ogos: AEON Mall Taman Maluri

Belanja & Tebus Barangan Eksklusif Superman

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki barangan koleksi Superman yang eksklusif melalui kempen Shop & Redeem! Hanya dengan berbelanja minimum tertentu dan menggabungkan tiga resit dalam satu hari, anda boleh menebus:

Superman Blind Box Flask
Belanja RM800* (Bukan Ahli) atau RM400* (Ahli AEON) dalam 3 resit pada hari yang sama untuk menebus.
(Tidak termasuk AEON Mall Permas Jaya, Taman Universiti, Taman Equine, Bandar Dato Onn, Ipoh Klebang & Melaka Shopping Center)

Superman Pet Cape
Belanja RM600* (Bukan Ahli) atau RM400* (Ahli AEON) dalam 3 resit pada hari yang sama.

Sertai Cabaran – “Kira & Menang”



Tunjukkan kepekaan mata anda dalam The Superman Challenge! Kira jumlah logo Superman yang terdapat di sekitar AEON Mall dan anda berpeluang membawa pulang:
Barangan eksklusif Superman edisi terhad
Hadiah keseluruhan bernilai RM5,000
Terbuka kepada 10 pemenang utama sahaja

Aktiviti Tambahan Menarik
Sepanjang roadshow ini, pelbagai aktiviti tambahan turut disediakan untuk memeriahkan suasana:
Zon Foto Superman: Bergambar dengan latar belakang ikonik Superman
Ruang Aktiviti Kanak-Kanak: Aktiviti interaktif untuk si kecil
Peraduan Sosial Media bersama Samsung:
Beli TV Samsung di AEON Mall, muat naik gambar gaya Superman anda di media sosial dengan hashtag #AEONMALLSupermanLookup dan rebut peluang memenangi Samsung Music Frames bernilai RM1,999 (untuk 6 pemenang bertuah!)



Korang pencita tegar Superman, atau nak beriadah bersama keluarga , jom datang ke AEON X SUPERMAN

Untuk Maklumat Lanjut boleh layari :
Instagram: @aeonmallmalaysia
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2