Kunci Kejayaan UPKK: Bimbingan Intensif di Fly High Education - Anak Nad sekarang baru sahajaTahun 4, dan tapi Nad selalu ingtkan dia untuk mula membuat persediaan menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun hadapan. Walaupun masih setahun lebih sebelum peperiksaan sebenar, langkah awal ini penting supaya pelajar tidak terkejar-kejar di saat akhir.

UPKK bukan sekadar peperiksaan biasa, sebaliknya ia menjadi kayu ukur tahap pemahaman pelajar dalam ilmu agama, serta dokumen sokongan penting bagi kemasukan ke sekolah menengah agama, SBP agama, MRSM agama, atau sekolah integrasi tertentu.

Kunci Kejayaan UPKK: Bimbingan Intensif di Fly High Education



Sebagai ibu bapa, pastinya kita mahu anak-anak bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga kukuh asas agama mereka. Justeru, persediaan awal adalah kunci untuk memastikan mereka lebih yakin, tenang, dan mampu mencapai Straight A UPKK dengan bimbingan yang tepat.

Pengenalan UPKK


UPKK sinonim dengan murid Sekolah KAFA dan lazimnya diduduki oleh pelajar Tahun 5. Ramai ibu bapa mula mencari info, buku rujukan dan kelas tambahan seawal Tahun 4 supaya anak-anak dapat membiasakan diri dengan format peperiksaan.

Peperiksaan ini amat penting kerana ia bukan sahaja mengukur tahap pemahaman dalam ilmu agama, malah menjadi salah satu tiket untuk menempatkan diri ke sekolah menengah agama pilihan.

Apa Itu UPKK?


UPKK ialah singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas KAFA, yang merangkumi beberapa bidang utama dalam pendidikan Islam:
1) Al-Quran
2) Fiqh
3) Sirah
4) Akidah
5) Jawi & Khat
6) Adab

Format peperiksaan pula gabungan antara penilaian bertulis, lisan dan amali. Pelajar bukan hanya diuji pada teori semata-mata, tetapi juga pada kemahiran praktikal yang membentuk asas amalan seharian.

Kepentingan Keputusan Cemerlang UPKK


Keputusan cemerlang, terutamanya Straight A UPKK, memberikan peluang lebih luas untuk pelajar menempatkan diri di sekolah menengah agama berprestij. Selain itu, asas agama yang kukuh akan membimbing pelajar menjadi individu yang seimbang dari segi akademik dan akhlak.

Inilah sebabnya ibu bapa perlu memastikan anak-anak bersedia lebih awal dengan bimbingan guru berpengalaman.

Tips Persediaan Awal Untuk Anak Darjah 4 & 5 Hadapi UPKK


Ramai ibu bapa tertanya-tanya, bilakah masa terbaik untuk mula serius membuat persediaan UPKK?Jawapannya: seawal Tahun 4 sudah sesuai. 

Berikut beberapa tips berguna:

1) Biasakan dengan Hafazan Harian

– Subjek Al-Quran, Hafazan dan Tajwid adalah antara komponen penting dalam UPKK. Mulakan dengan jadual hafazan 10–15 minit sehari supaya anak terbiasa dengan pengulangan ayat.

2) Sediakan Buku Rujukan Tambahan

– Selain buku teks KAFA, gunakan modul khas UPKK yang disusun mengikut format peperiksaan. Latih anak menjawab soalan tahun-tahun lepas.

3) Amalkan Teknik Peta Minda & Nota Ringkas

– Bagi subjek seperti Sirah, Fiqh dan Akidah, teknik nota berwarna dan peta minda dapat membantu anak mudah mengingat isi penting.

4) Galakkan Amali Dalam Kehidupan Seharian

– Contoh: Latih anak untuk solat berjemaah, berwuduk dengan betul, atau menulis Jawi dalam aktiviti harian. Ini penting kerana komponen amali juga dinilai.

5) Daftar Awal Seminar & Tuisyen UPKK

– Jangan tunggu saat akhir. Dengan menyertai Seminar Tuisyen UPKK di Fly High Education, anak-anak dapat pendedahan awal, teknik menjawab, serta keyakinan menghadapi peperiksaan.

6) Sokongan Emosi Ibu Bapa

– Elakkan terlalu menekan. Sebaliknya, beri motivasi dan pujian atas usaha mereka. Semangat positif ini mampu meningkatkan prestasi pembelajaran.

Dengan persediaan berperingkat, pelajar bukan sahaja lebih tenang menghadapi peperiksaan, malah dapat membina disiplin belajar yang konsisten.

Seminar & Bengkel UPKK di Fly High Education


Untuk membantu pelajar mencapai kecemerlangan, Fly High Education menganjurkan pelbagai Seminar Tuisyen UPKK yang terbukti berkesan. Program ini memberi pendedahan awal, teknik ulangkaji berfokus, serta keyakinan tambahan kepada pelajar.

Antara program yang ditawarkan termasuk:

1. Kelas Online Gempur UPKK



Ulangkaji silibus Tahun 3 – 5, teknik mudah ingat dan latih tubi soalan sebenar.

Tarikh: 11 & 25 Okt 2025 (Sabtu)
Masa: 5.00 – 7.00 pm
Yuran: RM50 (2 sesi)

2. Kelas Meroket UPKK



Latih tubi intensif bersama Ustaz Azhari, disertakan nota & rakaman.

Tarikh: 10, 11, 12, 24, 25 & 26 Okt 2025 (Jumaat – Ahad)
Platform: Zoom
Yuran: RM120 (10 sesi)


3. Kelas VIP UPKK



Bimbingan eksklusif dengan teknik KBAT, interaktif, serta penilaian prestasi bulanan.

Tarikh: 12 & 26 Okt 2025
Masa: 9.00 am – 5.00 pm
Lokasi: Fly High Education Centre, Shah Alam
Yuran: RM150


Tuisyen & Kelas Online Mingguan


Selain seminar intensif, Fly High Education turut menawarkan kelas mingguan untuk bimbingan berterusan:

1) Kelas Online Bahasa Arab UPKK

Fokus penguasaan bahasa Arab & teknik menjawab soalan.

Tarikh: 6, 13, 20 & 27 Okt 2025 (Isnin)
Masa: 8.00 – 9.30 pm
Yuran: RM70 (4 sesi)


2) Kelas Mengaji Online

Penekanan bacaan Al-Quran bersama Ustaz Joharie.

Tarikh: 4, 11, 18, 25 Okt 2025 (Sabtu) ATAU 5, 12, 19, 26 Okt 2025 (Ahad)
Masa: 9.30 – 11.00 am
Yuran: RM70 (4 sesi)

Cara Pendaftaran


Ibu bapa yang berminat boleh mendaftar dengan mudah melalui pautan WhatsApp berikut:

👉 Wasap 2
👉 Wasap 3

Dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman seperti Ustaz Azhari bin Sulaiman dan Ustaz Joharie, pelajar akan lebih bersedia menghadapi peperiksaan UPKK dengan yakin.

UPKK bukan sekadar peperiksaan, tetapi sebuah platform penting dalam membina asas agama yang kukuh. Dengan persediaan awal, sokongan berterusan, dan bimbingan daripada guru berpengalaman, pelajar lebih berpeluang meraih Straight A UPKK sekiranya join  Fly High Education.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2