Suria Park @ Suria Hill, Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam - Taman rekreasi kini menjadi antara keperluan asas dalam kehidupan, ruang di mana masyarakat dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil menjaga kesejahteraan diri. Dalam kesibukan rutin harian dan tekanan kehidupan bandar, taman seperti Suria Park menawarkan peluang untuk kembali dekat dengan alam, dan menikmati gaya hidup lebih aktif serta sihat.
  Ia bukan sekadar tempat bersantai, tetapi juga pusat komuniti yang menggalakkan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah, senaman dan interaksi sosial. Tidak hairanlah, taman rekreasi kini menjadi pilihan utama keluarga serta individu yang mengutamakan keseimbangan antara fizikal, mental dan emosi.
Suria Park @ Suria Hill, taman rekreasi yang dibangunkan oleh IJM Land sebagai simbol kesejahteraan dan keharmonian hidup moden. Dibuka secara rasmi kepada orang awam, Suria Park bukan sekadar taman biasa, tetapi sebuah ruang untuk dinikmati bersama keluarga dan menikmati keindahan alam semula jadi bersama keluarga serta rakan-rakan.
Sebagai pelopor pembangunan di Bandar Puncak Alam, IJM Land telah lama menjadi tunjang perkembangan progresif dalam transformasi kawasan ini. Dari pembinaan kediaman pertama hingga pembentukan infrastruktur dan kemudahan utama, IJM Land kekal antara pelabur terawal yang membentuk asas kukuh komuniti setempat sebelum Puncak Alam diiktiraf sebagai salah satu koridor pertumbuhan utama di Lembah Klang.
Meneruskan visi pembentukan komuniti sejahtera, IJM Land memperkenalkan Suria Park sebagai mercu tanda hijau yang melambangkan komitmen syarikat dalam membina kediaman sambil membentuk perbandaran menyeluruh berasaskan kesejahteraan, keterangkuman dan kelestarian. 
Sempena pelancaran tersebut, IJM Land turut menganjurkan Program Penanaman Pokok yang menyatukan penduduk, pemimpin komuniti serta rakan strategik untuk menanam pokok sebagai simbol pertumbuhan, perpaduan dan kelestarian bagi generasi akan datang
Santuari Berinspirasikan Mentari
Taman bernilai RM3 juta di atas tanah seluas 4.42 ekar ini menetapkan penanda aras baharu dalam membina komuniti sejahtera, lestari dan saling berhubung di Suria Hill, Puncak Alam. Bukan sekadar ruang hijau biasa, tetapi direka sebagai santuari komuniti yang memperkaya gaya hidup penduduk Suria Hill.
Direka oleh HODA Design, landskap Suria Park mengambil inspirasi daripada simbol “Suria”, lambang tenaga, kehangatan dan pembaharuan. Reka bentuk taman ini menggabungkan elemen estetik dan fungsi secara seimbang. Dari pokok renek berwarna-warni hingga pepohon tahan lasak, setiap elemen dipilih bagi mengekalkan kehijauan dan keteguhan alam sekitar.
    Spesies berakar dalam digunakan bagi menstabilkan cerun, manakala pokok berbunga menambah warna dan keindahan mengikut musim. Reka bentuk lestari turut diterapkan melalui sistem saliran semula jadi dan penggunaan bahan mesra alam bagi memastikan daya tahan taman ini untuk generasi mendatang.
Suria Park @ Suria Hill, Taman Rekreasi Untuk Semua
Suria Park direka untuk memenuhi keperluan pelbagai peringkat umur dan gaya hidup. Nak jogging, hiking, atau main sukan? Semuanya ada! Taman ini lengkap dengan trek joging sejauh 400 meter. Boleh berjoging dengan suasana kehijauan. 
Paling menarik, ada laluan mendaki  250 meter. Korang boleh mendaki ringan di Suria Trails,dan buat satu pusingan dah boleh buat badan kita cergas dan sihat. Nak menikmati keindahan alam dan bergambar dari atas ni pun lawa.
Selain itu ada dua gelanggang serba guna yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti sukan seperti bola keranjang, futsal, badminton, pickleball dan juga sepak takraw. Syok ye boleh main pickleball dekat sini.
Untuk golongan muda yang sukakan cabaran dan aktiviti lasak, Suria Park ada sesuatu yang pasti buat mereka teruja, taman papan luncur (skate park) dan dinding panjat (wall climbing) yang menambah lagi elemen keseronokan dan gaya aktif dalam suasana santai. 
Untuk anak-anak, ada taman permainan kanak-kanak yang pasti buatkan mereka seronok bermain. Mak ayah pun enjoy tengok anak bermain di taman. 
Lagi best, dekat sini ada Taman Kucing khas memberi ruang kepada pencinta haiwan membawa anak bulus mereka bermain di taman dan berinteraksi dalam suasana santai dan mesra komuniti.
Kemudahan seperti stesen kecergasan luar, dua Gazebo Suria, ruang rehat berbumbung dan kawasan letak kereta yang luas turut disediakan untuk memastikan pengalaman riadah yang selesa dan menyenangkan buat seisi keluarga.
Suria Park dibangunkan dengan prinsip aksesibiliti sejagat, memastikan semua lapisan masyarakat dapat menikmatinya tanpa halangan. Laluan tanpa penghadang, turapan taktil bagi pengunjung berpenglihatan terhad, serta peralatan mesra pengguna kerusi roda menunjukkan keprihatinan IJM Land terhadap inklusiviti. Sistem pencahayaan terang dan pandu arah yang jelas pula memberikan rasa selamat dan yakin kepada semua pengunjung. 
Lebih daripada sekadar ruang hijau, Suria Park menjadi nadi yang mencerminkan semangat kehidupan di Suria Hill. Seluruh perbandaran ini bakal menampilkan lebih 29 ekar taman dan kebun yang dirancang merentasi lima fasa pembangunan yang saling melengkapi. Setiap fasa memperkenalkan taman poket bertema, bermula Vitality Garden dan Sensory Garden hinggalah Sunrise, Joyous, serta Spice Gardens, masing-masing menambah lapisan identiti kepada komuniti setempat. Laluan joging, mendaki dan berbasikal sejauh 4.6 kilometer menghubungkan semua kawasan ini, membolehkan penduduk menikmati aktiviti sihat sambil menghirup udara segar di puncak bukit. Dengan itu, Suria Park bukan hanya satu destinasi rekreasi, tetapi sebahagian daripada rangkaian hijau yang menjadi jiwa dan identiti Suria Hill.
Datuk Chai Kian Soon, Ketua Pegawai Operasi IJM Land, berkata: “Bagi kami di IJM Land, peranan kami sentiasa untuk membentuk perbandaran yang membesar bersama keluarga dan menyokong aspirasi mereka. Suria Park mencerminkan visi tersebut, ia memperkayakan rutin harian sama ada melalui larian pagi, langkah santai pada waktu senja atau permainan meriah di gelanggang. Di sini, orang ramai boleh berkumpul, berkongsi pengalaman dan merasakan diri mereka sebahagian daripada sesuatu yang lebih besar dalam suasana yang selamat dan mesra. Beginilah kami meneruskan perjalanan bersama Puncak Alam, sebuah perbandaran yang berkembang seiring dengan semangat IJM Land sejak dahulu lagi.”
Nadi Kehidupan Komuniti
Suria Park yang kini dibuka kepada penduduk dan orang awam, menonjolkan peranannya sebagai ruang yang menghubungkan jiwa komuniti. Ia bukan sekadar taman rekreasi, tetapi pusat kehidupan yang menghidupkan semangat kebersamaan setiap hari.
Tuan Haji Mohammad Faisal Ismail, Setiausaha Politik bagi Menteri Kesihatan Malaysia (KKM) pula berkata: “Suria Park mencerminkan bagaimana ruang awam yang dirancang dengan teliti mampu memberikan nilai berkekalan kepada komuniti. Ia menjadi tempat di mana keluarga, jiran serta kanak-kanak dapat berkumpul dalam suasana selamat dan ceria, sekali gus memperkukuh hubungan sosial di Bandar Puncak Alam. Inisiatif ini turut menetapkan penanda aras baharu bagi pembangunan di Kuala Selangor, membuktikan bahawa perancangan berwawasan mampu memperindah dan memperkayakan kehidupan seharian.”
Suria Hill: Hubungan Harmoni Antara Alam Dan Perbandaran
Pelancaran Suria Park menyerlahkan impian besar Suria Hill, sebuah perbandaran di tanah tinggi yang dicipta sebagai destinasi percutian moden untuk seisi keluarga. Di atas hamparan seluas 170 ekar dan pada ketinggian 50 meter dari aras laut, Suria Hill menawarkan kediaman bernuansa resort dengan kepadatan rendah hanya 10 unit bagi setiap ekar, di mana ketenangan, privasi dan kesejahteraan menjadi nadi kehidupan setiap hari.
Pembangunan fasa pertama Suria Hill, Soren, yang dilancarkan pada Mac 2025, mencatatkan sambutan luar biasa dengan kadar tempahan sebanyakan 80 peratus. Dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM87.9 juta, Soren menampilkan 142 unit rumah teres dua tingkat di atas lot bersaiz 20’x60’, menandakan langkah penting dalam mengukuhkan kedudukan Suria Hill sebagai antara alamat kediaman paling eksklusif di Bandar Puncak Alam.
Kejayaan itu diteruskan dengan Sovana, yang bakal diperkenalkan oleh IJM Land pada Februari 2026 (pra‑pelancaran). Projek dengan anggaran GDV RM70.9 juta ini akan menambah 96 unit rumah teres dua tingkat di atas lot 20’×70’, direka untuk memenuhi keperluan keluarga pelbagai generasi dengan susun atur terbuka, kemasan dipertingkat dan titik pemutus bekalan EV (EV isolator point), menjadikannya pilihan ideal di tengah‑tengah ketenangan Suria Hill, berhampiran Suria Park.
Keterhubungan Moden dan Lengkap
Suria Hill terletak di lokasi strategik dengan akses mudah ke pelbagai lebuh raya utama seperti Persiaran Mokhtar Dahari, Lebuhraya Kuala Lumpur–Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), menjadikan perjalanan ke Petaling Jaya, Shah Alam, Subang, Damansara dan Kuala Lumpur lebih cepat dan mudah.
Kemudahan pengangkutan awam bakal diperluas dengan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang terletak hanya satu kilometer dari Suria Hill, sementara Lebuhraya Pantai Barat (WCE) akan menambah rangkaian akses utara–selatan.
Penduduk juga menikmati kemudahan gaya hidup moden dengan pusat beli-belah seperti KIP Mall, Lotus’s, Econsave dan Jaya Grocer, serta kemudahan pendidikan dan kesihatan seperti UiTM Puncak Alam dan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.
Dengan gabungan sempurna antara kediaman moden, taman hijau, kemudahan komuniti dan rangkaian infrastruktur cekap, Suria Hill menzahirkan visi IJM Land terhadap perbandaran yang menyatukan alam dan kehidupan manusia. Di sinilah keluarga berkembang, komuniti bersatu dan setiap generasi menikmati makna sebenar kehidupan yang seimbang serta lestari.
Untuk maklumat lanjut mengenai Suria Hill dan Suria Park, sila hubungi Galeri Alam Suria oleh IJM Land di 03-3393 3103 atau layari " www.suriahill.com "

















 
 
 
 
 
Add your comment