Nafesa tampil Dengan Tudung The Alhambra Monogram - Pelancaran rasmi jenama Nafesa hari ini bukan sekadar acara fesyen, tetapi satu perjalanan emosi dan penghargaan terhadap kasih seorang ibu yang menjadi inspirasi utama di sebalik nama dan pembentukan jenama ini. Masa nad sampai, terpukau bila nampak showcase tudung Nafesa, memang cantik sangat!

Memang terpukau melihat tudung jenama Nafesa yang dipamerkan. Dari jauh sudah nampak kilauan satin premium dan corak monogram yang tersusun cantik seperti karya seni. Sebagai perempuan, tudung dan kita memang tak dapat dipisahkan dan ia bukan sekadar pelengkap gaya, tetapi cerminan keyakinan dan identiti

Nafesa tampil Dengan Tudung The Alhambra Monogram



Dinamakan sempena nama ibu pengasas, Naveesof, Nafesa membawa simbol kelembutan, ketabahan dan kekuatan seorang wanita. Ia adalah jenama yang wujud daripada doa, harapan, dan kenangan paling bermakna.



Segalanya bermula di Arafah - ketika doa, rintihan jiwa dan ingatan terhadap kasih ibu membawa kepada satu ilham suci. Inspirasi itu terus dilakar di atas kanvas, ingatan terhadap seorang ibu yang telah memberi segalanya mencetuskan ilham suci. Dari situlah idea Nafesa mula dilakar, akhirnya menjadi sebuah identiti yang hari ini diraikan di Saudagaar Asia.



Koleksi pertama Nafesa, The Alhambra Monogram, adalah terjemahan seni warisan Islam yang kekal megah hingga kini. Seni bina Istana Alhambra di Granada dijadikan inspirasi utama koleksi ini — corak geometri Islamik, lengkungan, dan ukiran yang terkenal dengan kehalusan serta ketelitian yang tiada tandingan.

Setiap helaian tudung dalam koleksi ini hadir dengan mesej:

“Wanita yang anggun, yakin, dan mampu mencipta rezeki melalui kecantikan.”

Motif-motif yang dipilih dirangka untuk menonjolkan kelembutan seorang wanita, namun pada masa sama menunjukkan kekukuhan karakter dan personaliti.

Fabrik satin premium yang digunakan pula sangat lembut, ringan dan sejuk dipakai, sesuai dengan iklim Malaysia. Ia mudah dibentuk, tidak jarang dan memberikan efek jatuhan yang kemas — satu ciri penting bagi wanita yang mahu gaya cepat tetapi tetap elegan.

Nafesa membawakan identiti yang sangat dekat dengan wanita moden. Ia bukan sekadar tudung cantik, tetapi persona — wanita yang tahu apa yang dia mahu, menghargai nilai diri, dan berani mencipta peluang.



Pemilihan ikon legenda Noor Kumalasari sebagai Nafesa Première Showcase Muse adalah keputusan paling tepat. Aura elegan, kematangan dan keanggunannya menyerlahkan nilai jenama ini.

Beliau bukan sekadar wajah, tetapi gambaran wanita yang membawa warisan, mempunyai gaya yang timeless dan tetap relevan merentasi generasi.

Keistimewaan Produk Nafesa


Bukan sekadar rekaan cantik, koleksi Nafesa juga menawarkan beberapa ciri penting yang menjadikannya pilihan ideal wanita masa kini:

1. Material Premium & Tidak Panas



Fabrik satin yang dipilih bukan sekadar lembut tetapi juga sesuai untuk pemakaian harian. Tidak panas, tidak mudah berkedut, dan tahan lama.

2. Cetakan Halus & Tahan Lama



Corak monogram yang diprint menggunakan teknologi premium memastikan warna kekal menyerlah walaupun kerap dipakai atau dicuci.

3. Warna Sesuai Wanita Asia



Tone warna dipilih teliti — tidak terlalu terang, tidak terlalu pudar. Cukup lembut, cukup elegan, cukup versatile.

4. Packaging Eksklusif



Kotak dan pembungkusan direka dengan sentuhan mewah, sesuai untuk dijadikan hadiah bagi ibu, rakan atau seseorang yang kita hargai.

5. Rekaan Timeless



Nafesa tidak mengejar trend cepat. Fokusnya adalah rekaan yang kekal relevan bertahun-tahun. Inilah yang membezakan jenama premium

Lebih daripada sekadar jenama tudung, Nafesa adalah peluang — untuk wanita hari ini yang bukan sekadar pengguna, tetapi trendsetter, tulang belakang keluarga dan inspirasi komuniti.

 "Nafesa dihadirkan untuk menginspirasikan setiap wanita agar berasa cantik, lengkap, yakin dan bernilai." — Fadz Subari, Brand Specialist



Pelancaran Nafesa dan Koleksi The Alhambra Monogram adalah penanda aras baharu dalam industri fesyen Muslimah. Ia bukan sekadar acara, tetapi simbol perjalanan seorang anak yang menghargai ibunya, dan satu jenama yang ingin menyebarkan inspirasi kepada wanita lain.

Dengan 5 design eksklusif, rekaan bercorak warisan, penggunaan fabrik premium dan packaging mewah, Nafesa membuktikan bahawa kecantikan dan nilai sejarah boleh digabungkan dengan gaya moden.

Dan bagi saya, pengalaman berada di showcase tadi membuatkan saya lebih faham kenapa Nafesa dicipta. Ia bukan sekadar tudung. Ia adalah cerita. Ia adalah kasih. Ia adalah warisan.

Apa lagi jangan lupa dapatkan tudung Nafesa ni.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2