Milik Rumah Smart Home Di Laman Sendayan 2 : Selesa, Moden & Strategik - Ramai orang ingin miliki rumah impian sendiri. Lagi bila dah berkeluarga, perkara paling penting yang kita cari ialah rumah yang selesa, selamat, praktikal dan tenang, sesuai untuk kehidupan jangka panjang. Rumah yang bukan sekadar cantik, tapi tempat untuk berkumpul dan berehat bersama.

Laman Sendayan 2 di Bandar Sri Sendayan kawasan ni terkenal dengan persekitaran yang terancang, kemudahan lengkap dan akses yang sangat mudah. Ditambah pula dengan infrastruktur moden yang menyokong gaya hidup selesa dan praktikal, memang sesuai untuk keluarga moden hari ini.

Milik Rumah Smart Home Di Laman Sendayan



Kali ni  nak kongsi lebih dekat tentang Laman Sendayan 2A (Meria & Elaria) — rumah smart home yang bukan saja luas, tapi direka dengan sangat bijak untuk kegunaan seisi keluarga.



Laman Sendayan 2A (Meria & Elaria) merupakan rumah teres dua tingkat berkonsep smart home yang direka khas untuk memenuhi keperluan keluarga moden.

Spesifikasi utama:

- Built-up: 20’ x 70’ – 75’
- Harga bermula dari RM5xx,xxx
- 4 bilik tidur
- 3 bilik air

Apa yang buatkan rumah ni menarik adalah susun atur ruang yang sangat family-friendly dan praktikal untuk jangka panjang.

Melangkah Masuk: Ruang Tamu Yang Cerah & Luas



Bila buka pintu utama, perkara pertama yang terasa ialah suasana terang dan ruang yang luas di bahagian ruang tamu. Ruang tamu ni memang luas dan cerah, sesuai untuk terima tetamu tanpa rasa sempit atau sesak.

Cahaya semula jadi buatkan ruang ni nampak lebih lapang dan tenang. Bayangkan waktu raya, majlis kecil-kecilan atau sekadar lepak hujung minggu dengan keluarga, ruang ni memang selesa untuk semua.



Susun atur perabot pun fleksibel, tak perlu pening kepala nak atur sofa besar atau kabinet TV. Semuanya muat dengan cantik.

Ruang Makan: Tempat Kumpul Keluarga



Dari ruang tamu, kita terus ke dining area yang bersambung secara terbuka. Ruang makan cukup luas untuk family makan bersama, dan juga gathering kecil dengan saudara-mara. 

Dapur: Ruang Memasak Yang Praktikal



Seterusnya kita ke dapur, ruang yang paling penting untuk para ibu. Dapur di rumah ni direka dengan susun atur yang praktikal, memudahkan pergerakan ketika memasak.



Ada ruang yang cukup untuk kabinet, dapur memasak, peti ais dan persediaan makanan. Ruang ini sesuai untuk kegunaan harian atau masakan istimewa ketika kenduri kecil.Susun atur dapur yang kemas menjadikan aktiviti memasak lebih menyeronokkan dan teratur.

Bilik Tetamu di Bahagian Bawah 





Di bahagian bawah, ada satu bilik. Bilik ni sangat sesuai dijadikan bilik tetamu, bilik ibu bapa yang berusia atau bilik serbaguna.



Lebih praktikal lagi, di bahagian bawah ini juga terdapat satu bilik air bersambung dengan dapur, jadi tetamu tak perlu naik ke atas. Privasi terjaga, dan tuan rumah pun lebih selesa.

Naik Ke Atas: Ruang Santai Keluarga




Di tingkat atas, kita disambut dengan ruang santai yang boleh dijadikan pelbagai fungsi. Sama ada:
-Ruang membaca
-Ruang rehat keluarga
-Ruang anak-anak bermain atau belajar

Ruang ni bagi “breathing space” tambahan dalam rumah. Tak semua aktiviti perlu dibuat di bawah, jadi rumah rasa lebih teratur dan tenang.

Bilik Master: Luas & Privasi Terjaga





Masuk ke bilik master, memang terasa luas dan selesa. Saiz bilik ni sesuai untuk katil besar, almari pakaian dan ruang tambahan tanpa rasa sesak. Ruang ini sesuai untuk berehat selepas seharian bekerja dan menjadi tempat melepaskan penat.

Yang paling penting, bilik master ini mempunyai bilik air sendiri (attached bathroom). Privasi terjaga, dan lebih selesa untuk ibu ayah berehat selepas seharian bekerja.

2 Bilik Tidur Untuk Anak-Anak





Selain bilik master, terdapat dua bilik tidur lagi di tingkat atas, sesuai dijadikan untuk anak lelaki dan anak perempuan.

Saiz bilik pun sesuai untuk katil, meja belajar dan almari, jadi anak-anak ada ruang sendiri untuk belajar dan berehat.

Masing-masing ada bilik air sendiri.

Rumah Smart Home Untuk Gaya Hidup Moden



Laman Sendayan 2A juga merupakan rumah smart home, selari dengan gaya hidup moden masa kini. 
Ia bukan sahaja meningkatkan keselesaan, malah memberi ketenangan dari segi keselamatan dan kemudahan harian.

Rumah yang bukan sekadar tempat tinggal, tapi tempat membina kehidupan.

Lokasi Strategik & Mudah Akses


Dari segi lokasi, Bandar Sri Sendayan memang terkenal sebagai kawasan yang strategik. Akses jalan yang mudah menjadikan urusan harian lebih lancar. 

Tinggal di Laman Sendayan 2 dikelilingi oleh kemudahan bertaraf dunia yang mempertingkatkan kehidupan seharian anda.

 • d’Tempat Country Club  – Rumah kelab terbesar di negeri ini, yang menampilkan kemudahan sukan & riadah. 

• Matrix Global Schools – Sistem sekolah antarabangsa dan swasta utama (Keahlian rumah kelab percuma) 

• X-Park Sendayan – Salah satu taman sukan ekstrem paling menarik di Malaysia (Go-kart, Futsal, Paintball, Flying Fox, dll.). 

•Sendayan Merchant Square  – Hab komersial yang meriah dengan kemudahan tempat makan, runcit dan perniagaan. 

• Jenama Besar yang Berpindah Masuk – McDonald’s, Watsons, Coffee Bean, Family Mart, A&W, Zus Coffee & banyak lagi! 

Korang bukan sahaja membeli rumah tapi, melabur dalam gaya hidup di mana semuanya mudah dicapai.

Untuk yang bekerja, commuting is effortless. Untuk keluarga pula, kawasan ni lengkap dengan kemudahan sekitar, menjadikan kehidupan seharian lebih teratur dan selesa.

Jom Datang Event Matrix One Fest Celebration!



Kalau korang nak tengok sendiri show unit dan rasa suasana sebenar Laman Sendayan 2A, jangan lepaskan peluang datang ke Matrix One Fest Celebration 
Lokasi : Showroom Laman Sendayan 2
Tarikh : 10 & 11 Januari 2026
Hari : Sabtu dan Ahad
Waktu ; 10 pagi -3 petang

Antara aktiviti menarik: 

1) Purrwalk Fashion Show: See the stars... or bring your own furry model!

2) Kids Colouring Contest: Keseronokan kreatif untuk kanak-kanak dan keluarga.


3) Whisker Craft Workshops: Seni dan kraf bertemakan kucing yang kreatif untuk kanak-kanak


4) Cat Café Zone:Bersantai di Zon Kafe Kucing kami yang selesa sambil menikmati kopi yang baru dibancuh dan snek ringan.Bersantai di ruang yang mesra sambil anda berinteraksi dengan kucing yang mesra


5) Cat Adoption Lounge: Visit our warm and cozy Cat Adoption Lounge, where you can meet rescue cats in a relaxed environment.


6) Merchandise Stalls: pelbagai barangan bertemakan kucing, termasuk hadiah unik, aksesori yang comel dan barangan gaya hidup yang disediakan khas untuk pencinta kucing dan keluarga



7) Animal Magic Show: agum dengan Pertunjukan Silap Mata Haiwan yang meriah yang menampilkan helah yang menyeronokkan dan hiburan interaktif 


Ada hadiah lain juga tau seperti Petron E-Fuel Card, Grab Rewards, Lexis Hibiscus 3D2N Stay dan Marshall Stanmore Ill Bluetooth Speaker


Sesuai bawa anak-anak sekali, sambil tengok rumah, sambil enjoy aktiviti keluarga.

Daftar Sekarang!!


Untuk ketahui lebih lanjut berkenaan event, atau ingin mendaftar boleh layari https://matrixtogo.com

Laman Sendayan 2A (Meria & Elaria) adalah pilihan tepat untuk keluarga yang mencari rumah selesa, moden dan strategik. Dengan susun atur ruang yang praktikal, konsep smart home dan lokasi yang mudah diakses, rumah ini sangat sesuai untuk kehidupan jangka panjang.

Kalau korang sedang mencari rumah idaman untuk keluarga, Laman Sendayan 2A memang berbaloi untuk dipertimbangkan.
SHARE 1 comment

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2