Philips Airfryer 5000 Series Steamfry - Kalau ikutkan sekarang ni, airfryer bukan lagi benda pelik dalam dapur orang Malaysia. Rasanya hampir setiap rumah mesti ada sekurang-kurangnya satu. Saya sendiri pun antara yang tak boleh hidup tanpa airfryer sebab senang, cepat dan jimat masa. Tapi bila saya hadir ke pelancaran Philips Airfryer 5000 Series, terus rasa macam… eh airfryer ni level lain sikit ya.
Philips Domestic Appliances secara rasmi memperkenalkan Philips Airfryer 5000 Series. Pelancaran ini bukan sekadar launch produk biasa, tapi lebih kepada memperkenalkan cara baru untuk kita masak di rumah. Philips siap guna istilah “fry-volution” dan lepas tengok sendiri demo masakan, saya faham kenapa mereka yakin dengan ayat tu.
Philips Airfryer 5000 Series Steamfry
Apa yang buat Philips Airfryer 5000 Series ni berbeza ialah ia menggabungkan tiga fungsi dalam satu peranti – Steam, Airfry dan SteamFry. Selama ni kita biasa dengar airfryer untuk goreng tanpa minyak, tapi kali ni Philips bawa fungsi stim masuk sekali.
Semua fungsi ini dikuasakan oleh RapidAir™ Technology, teknologi signature Philips yang bantu masakan jadi lebih sekata. Tak ada lagi masalah ayam masak sebelah, sebelah lagi masih mentah atau bahagian tertentu jadi kering.
Menurut Sue-Ann, Commercial Director Philips Domestic Appliances Malaysia, airfryer ini direka untuk hasilkan masakan yang rangup di luar, juicy di dalam dan kekal lembap dengan bantuan fungsi stim. Jujur saya cakap, ayat tu bukan sekadar marketing. Bila tengok dan rasa sendiri, memang boleh bezakan hasilnya.
Kapasiti besar, memang mesra keluarga
Satu benda yang saya rasa penting bila pilih airfryer ialah kapasiti. Airfryer kecil sesuai untuk bujang atau couple, tapi bila ada keluarga, memang rasa leceh nak masak banyak kali.
Philips Airfryer 5000 Series hadir dengan kapasiti 7.2 liter, dan ini memang besar. Nak masak ayam seekor, lauk untuk satu keluarga, atau sekali jalan buat complete meal pun boleh. Untuk working parents yang selalu kejar masa, fungsi ni memang sangat membantu.
Tak perlu masak berperingkat, tak perlu tukar-tukar peralatan dapur. Masuk bahan, set fungsi, siap.
SteamFry – rahsia makanan juicy dan rangup
Highlight utama mestilah fungsi SteamFry. Ini fungsi yang betul-betul buat airfryer ni lain daripada yang lain. SteamFry menggabungkan stim dan airfry dalam satu proses masakan.
Hasilnya?
– Ayam tak kering
– Ikan tak keras
– Sayur kekal rangup tapi masak sempurna
– Makanan lebih juicy dan sedap
Steam membantu kekalkan kelembapan dan nutrien makanan, manakala airfry bagi tekstur rangup di luar. Gabungan ni buat masakan rasa lebih “mahal” walaupun dimasak di rumah.
Demo masakan
Demo masakan oleh Shafique Cute, influencer content creator yang tunjuk bagaimana fungsi SteamFry boleh jaga kualiti makanan, dari segi tekstur, rasa dan nutrien. Lepas tu, acara diteruskan dengan SteamFry Showdown bersama Chef Sarah Huang Benjamin.
Dalam sesi ni, beberapa kumpulan tetamu diberi peluang untuk uji sendiri airfryer ini. Dari menu ringkas sampailah menu yang nampak “fancy”, hasilnya konsisten dan nampak macam makanan restoran. Paling penting, prosesnya mudah dan tak stress.
Mudah dibersihkan
Sejujurnya, memasak tu satu hal, membersihkan dapur tu satu hal lain. Ramai orang suka guna airfryer sebab kurang minyak, tapi tetap ada sisa gris dan bau lepas masak.
Philips Airfryer 5000 Series ada Steam Wash self-cleansing function. Fungsi ini guna stim untuk longgarkan gris dan sisa makanan, jadi proses cuci jadi jauh lebih senang. Untuk orang yang selalu masak lepas balik kerja, fungsi ni memang sangat dihargai.
Kurang masa di sinki, lebih masa untuk rehat atau dengan keluarga.
Direka untuk gaya hidup moden
Jelas Philips sasarkan airfryer ini untuk keluarga Malaysia moden, terutamanya ibu bapa yang bekerja. Dengan satu peranti, kita boleh buat macam-macam:
– Airfry
– Steam
– SteamFry
– Steam Clean
Kurang peralatan dapur, jimat ruang, jimat masa dan hasilkan makanan yang lebih sihat. Semua ini dalam satu airfryer sahaja.
Harga & ketersediaan di Malaysia
Untuk yang dah mula buat wishlist, berita baiknya ialah Philips Airfryer 5000 Series kini boleh didapati di semua cawangan Harvey Norman.
Harga pengenalan adalah bermula dari RM799 untuk masa terhad, termasuk baucar diskaun eksklusif khas untuk tetamu pelancaran. Pada saya, dengan fungsi, teknologi dan kapasiti yang ditawarkan, harga ni memang munasabah.
Philips Airfryer 5000 Series bukan sekadar airfryer biasa. Ia lebih kepada satu evolusi cara kita masak di rumah. Dengan gabungan Steam, Airfry dan SteamFry, airfryer ini membantu kita sediakan hidangan yang lebih sihat, sedap dan berkualiti tanpa perlu habiskan banyak masa di dapur.
Untuk keluarga yang sibuk, working parents atau sesiapa yang nak masak dengan lebih mudah tapi hasil tetap padu, airfryer ini memang patut dipertimbangkan.
Kadang-kadang, benda kecil macam peralatan dapur yang betul boleh ubah keseluruhan rutin harian kita. Dan untuk saya, Philips Airfryer 5000 Series memang salah satu contoh peralatan dapur yang buat hidup jadi lebih senang.
Kalau korang tengah cari airfryer yang bukan sekadar “goreng angin”, tapi boleh bantu masak lebih sihat, jimat masa dan hasilkan makanan berkualiti restoran — Philips Airfryer 5000 Series dengan SteamFry memang patut masuk wishlist.






Add your comment