AEON Mall Cerita Raya 2026 - Setiap kali Ramadan hampir ke penghujungnya, pasti ramai yang sudah mula terasa debaran untuk menyambut Hari Raya. Dari mencari baju raya, menghias rumah, sehinggalah membeli kuih raya dan persiapan untuk keluarga.Tahun ini, suasana Raya terasa lebih istimewa apabila AEON MALL mempersembahkan kempen perayaan yang penuh warna-warni dan makna menerusi Cerita Raya 2026.
Kempen Cerita Raya kali ini bukan sekadar dekorasi atau jualan perayaan semata-mata. Ia merupakan satu pengalaman yang menggabungkan keindahan budaya Malaysia, seni tradisional dan inspirasi flora tropika tempatan. Lebih menarik, kempen ini turut dijayakan dengan kerjasama Tourism Malaysia, menjadikannya satu sambutan Raya yang benar-benar mencerminkan identiti dan keunikan Malaysia.
AEON Mall Cerita Raya 2026
Sepanjang tempoh kempen ini, pengunjung yang datang ke AEON MALL di seluruh negara akan disambut dengan dekorasi perayaan yang memukau. Setiap sudut dihiasi dengan elemen seni tradisional Melayu, motif bunga tropika dan sentuhan estetik Raya yang cukup mempesona. Bila berjalan masuk sahaja ke dalam pusat membeli-belah, terus terasa aura Raya yang meriah – seolah-olah kita sedang melangkah masuk ke dalam sebuah cerita Raya yang hidup.
Bagi saya sendiri, suasana macam inilah yang buatkan pengalaman shopping Raya jadi lebih bermakna. Bukan sekadar membeli barang, tapi kita juga dapat menikmati dekorasi cantik, ambil gambar kenangan dengan keluarga dan rasai semangat perayaan bersama orang ramai.
Bertemu Maskot Comel Wira & Manja.
Salah satu tarikan yang pasti menggembirakan pengunjung, terutamanya kanak-kanak, adalah kemunculan maskot rasmi AEON MALL iaitu Wira dan Manja.
Maskot comel ini akan membuat penampilan khas sepanjang kempen Cerita Raya berlangsung.
Bayangkan kegembiraan anak-anak apabila dapat berjumpa secara dekat dengan Wira dan Manja, bergambar bersama dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan.
Koleksi Eksklusif Cerita Raya Yang Wajib Dimiliki
Selain menikmati dekorasi dan aktiviti menarik, AEON MALL turut memperkenalkan Cerita Raya Special Edition Premium Redemptions, yang pastinya menjadi buruan para pengunjung.
Menariknya, koleksi eksklusif ini merupakan hasil kolaborasi bersama jenama usahawan tempatan Bayu Somerset. Kolaborasi ini memberi sentuhan moden tetapi masih mengekalkan elemen budaya tempatan yang cukup unik.
Antara item yang boleh ditebus termasuk:
Cerita Raya Pouch Bag (Limited Edition)
Pembeli boleh menebus beg edisi terhad ini dengan perbelanjaan minimum:-RM800 untuk AEON Member / UOB Membercard
- RM1000 untuk bukan ahli
Rekaan beg ini sangat elegan dan sesuai digunakan sepanjang musim Raya, sama ada untuk keluar berjalan, beraya atau sekadar melengkapkan gaya harian.
Selain itu, terdapat juga beberapa koleksi eksklusif lain yang tidak kurang menariknya.
Cerita Raya Floral Charms
Charms cantik bertemakan bunga ini boleh ditebus dengan pembelian minimum:- RM600 (AEON Member / UOB Membercard)
- RM800 (Non-Member)
Cerita Raya Money Packets
Sampul duit raya eksklusif yang penuh dengan elemen budaya Malaysia ini boleh ditebus dengan:- RM150 (AEON Member / UOB Membercard)
- RM250 (Non-Member)
Muzik Raya Dengan Sentuhan Moden
Satu lagi elemen menarik dalam kempen Cerita Raya tahun ini ialah kolaborasi AEON MALL bersama Sony Music Entertainment.
Kolaborasi ini menampilkan sebuah video muzik khas Cerita Raya yang dibawakan oleh artis Malaysia, Bunga. Penyanyi dan rapper muda ini sememangnya terkenal dengan gaya muzik yang segar dan moden, sesuai dengan konsep Cerita Raya yang menggabungkan tradisi dan elemen kontemporari.
Lebih menarik lagi, akan ada promo tour khas di beberapa AEON MALL terpilih. Pengunjung berpeluang merasai sendiri suasana persembahan muzik, bertemu peminat dan menikmati hiburan Raya yang meriah.
Gabungan muzik moden dengan suasana tradisional inilah yang menjadikan kempen Cerita Raya terasa lebih hidup dan relevan dengan generasi masa kini.
Riuh Raya: Aktiviti Budaya Yang Menghidupkan Tradisi
Sepanjang tempoh 22 Februari hingga 29 Mac 2026, AEON MALL turut menganjurkan pelbagai aktiviti menarik di bawah program Riuh Raya.
Pelbagai persembahan kebudayaan akan dipersembahkan bagi meraikan kekayaan tradisi Malaysia.
Antaranya termasuk:
-Gamelan
- Kuda Kepang
-Gamelan
- Kuda Kepang
Persembahan tradisional seperti ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali budaya warisan negara.
Selain itu, pengunjung juga boleh menyaksikan Mochi Parade, satu perarakan yang pasti mencuit hati dengan karakter-karakter comel dan penuh warna-warni. Aktiviti seperti ini memang sesuai untuk keluarga yang datang bersama anak-anak.
Cerita Raya Midnight Sale Yang Dinanti-Nantikan
Bagi kaki shopping, berita paling menggembirakan tentunya Cerita Raya Midnight Sale yang berlangsung pada 14 Mac 2026.
Midnight Sale ini akan diadakan di beberapa AEON MALL terpilih iaitu:
- AEON MALL Kota Bharu
- AEON MALL Kuching Central
- AEON MALL Seri Manjung
- AEON MALL Nilai
- AEON MALL Shah Alam
= AEON MALL Tebrau City
Dengan waktu membeli-belah yang dilanjutkan sehingga lewat malam, pengunjung mempunyai lebih banyak masa untuk mencari barangan keperluan Raya, menikmati promosi hebat dan merasai sendiri suasana membeli-belah tengah malam yang penuh kemeriahan.
Kadang-kadang, shopping lewat malam ni ada vibe yang berbeza. Kurang rushing, lebih santai dan seronok sebab suasana lebih meriah dengan dekorasi Raya dan promosi yang menarik.
Jadi kalau anda sedang merancang untuk mencari keperluan Raya atau sekadar ingin merasai suasana perayaan yang meriah, jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke AEON MALL sepanjang kempen Cerita Raya berlangsung.
Raikan kisah, tradisi dan keindahan Raya bersama keluarga di AEON MALL Cerita Raya 2026, di mana budaya, shopping dan kegembiraan perayaan bergabung menjadi satu pengalaman Raya yang tidak akan dilupakan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi AEON MALL Malaysia di
Website : www.aeonmallmy.com
Facebook : https://facebook.com/aeonmall.my/
Instagram @aeonmallmalaysia.
#AEONMALL
#AEONMALLCeritaRaya









Add your comment