Madam Kwan's : Makanan Sedap, Suasana Selesa dan Halal - Bila ada masa terluang, Nad dengan suami suka luangkan masa berdua. Bila masing-masing sibuk dengan kerja dan rutin harian, kita orang akan curi masa untuk keluar berdua supaya kasih sayang tu sentiasa ada macam zaman bercinta. Kalau nak keluar berdua, tak perlu tunggu ada sambutan istimewa atau tarikh tertentu, cukup sekadar keluar makan bersama.

Tempat makan pula tak semestinya perlu terlalu fancy atau mahal. Saya dan husband lebih suka tempat yang selesa, makanan yang sedap dan paling penting, memberikan ruang untuk kami menikmati masa berkualiti bersama orang tersayang. Lagi satu, menu pun kena banyak pilihan sebab masing-masing mesti ada makanan kegemaran sendiri. Sebab itu, antara tempat yang kami suka pergi makan untuk luangkan masa berdua ialah Madam Kwan’s.

Madam Kwan's Kini Disahkan Halal Jakim




Kalau korang nak tau, Madam Kwan's dah dapat pensijilan Halal tau. Jadi nak makan dekat sini tak risau dan tak was-was. Dalam majlis yang Nad hadiri baru-baru ini Madam Kwan's " Two Celebration, One Milestone" di Madam Kwan's @ The Exchange TRX, bukan sahaja tentang pensijilan halal tapi ada satu lagi pencapaian besar Madam Kwan’s yang diraikan.


Semua 17 cawangan Madam Kwan’s di Semenanjung Malaysia kini telah menerima Pensijilan Halal JAKIM, manakala satu lagi cawangan baharu di AEON Terbaru, Johor sedang dalam proses pensijilan.

Bagi Nad, ini adalah satu perkara yang memberikan keyakinan kepada pelanggan terutama pelanggan Muslim untuk menikmati hidangan di sini dengan lebih tenang.

Ia juga menunjukkan komitmen Madam Kwan’s menyediakan bahan-bahan halal, memastikan kualiti makanan, kebersihan dan proses penyediaan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Nasi Bojari Menerima Pengiktirafan Malaysia Book of Records





Selain itu, hidangan ikonik mereka iaitu Nasi Bojari turut mencipta sejarah apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai “Nasi Bojari Yang Paling Banyak Terjual Dalam Setahun” yang mencatatkan jaulan sebanyak 245,362 hidangan di seluruh negara. Ini membuktikan bahawa hidangan ikonik Madam Kwan's masih menjadi pilihan rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan umur.


Hidangan ini mengetengahkan nasi tiga warna yang harum, berserta lauk-pauk iaitu paha ayam goreng, udang assam, rendang daging lembut dan telur rebus.

Nad sendiri dah mencuba makanan ni, dan baru tau kenapa Nasi Bojari menjadi pilihan rakyat Malaysia. Bagi Nad nasinya sedap, ayam lembut dan dimasak elok, rendang tak terlalu manis, rasa rempah yang cukup dan daging lembut, tambah dengan udang besar rasa manis, masam, pedas dan dah disiap kopek kulit dah, tinggal makan je, tambah dengan ada telur, timun dan tomato. Memang lengkap satu pinggan semua. 

Bila melihat pencapaian ini, tidak hairanlah Nasi Bojari menjadi antara hidangan yang wajib dicuba apabila berkunjung ke Madam Kwan’s.

Majlis ini bukan sekadar meraikan kejayaan sebuah restoran, tetapi turut mengangkat legasi jenama tempatan yang sudah menjadi sebahagian daripada memori rakyat Malaysia sejak tahun 1999.





Turut hadir pada majlis tersebut ialah Puan Kwan Swee Lian yang kini berusia 92 tahun. Melihat beliau berada di majlis itu benar-benar menyentuh hati kerana daripada resipi air tangannya, lahirlah sebuah jenama yang kini dikenali di seluruh negara.

Suasana Madam Kwan’s TRX Yang Buat Rasa Selesa


Ada restoran yang mungkin cantik, tetapi terlalu bising sehingga susah untuk berbual. Ada pula tempat yang terlalu formal sehingga rasa kurang santai.





Tetapi di Madam Kwan’s di TRX, suasana best sangat. Masuk je ke dalam Madam Kwan’s, suasananya terus memberikan rasa yang nyaman. Dengan konsep restoran yang moden, kemas dan ruang makan yang selesa dan suasana yang lebih eksklusif, ia menjadi tempat yang sesuai untuk duduk lama sambil menikmati makanan dan berbual bersama.

Kadang-kadang bila sudah lama bersama pasangan, kita tidak perlukan aktiviti yang terlalu besar untuk meluangkan masa bersama, makan malam yang sederhana pun boleh menjadi sesuatu yang bermakna apabila dilakukan dalam suasana yang betul.

Lagi satu masalah  bila keluar makan dengan pasangan, mesti cakap “nak makan apa?”, masing-masing mesti berfikir. Yela kadang isteri nak simple je, suami pulak nak makan berlauk. Di Madam Kwan’s, pilihan menu yang pelbagai memudahkan pasangan menikmati makanan kegemaran masing-masing.

Kalau seorang suka nasi dan seorang lagi suka mee, tak perlu risau kerana semuanya ada dalam satu tempat.






Antara menu yang menjadi pilihan ramai termasuklah Nasi Lemak, Nasi Bojari, Curry Laksa, Beef Rendang dan Satay. 



Kalau datang bersama pasangan atau keluarga, boleh juga mencuba pelbagai hidangan "From The Wok" seperti Char Kway Teow, Curry Fish Head, Kangkung Belacan dan pelbagai lagi makanan kegemaran rakyat Malaysia.

Malah mereka juga menyediakan menu kanak-kanak, jadi memang sesuai untuk keluarga yang membawa anak-anak makan bersama.




Nak makan lebih puas? Boleh tambah pembuka selera ataupun pencuci mulut untuk melengkapkan hidangan.

Jadi tidak kira datang bersama pasangan, keluarga, rakan sekerja atau sahabat baik, semuanya pasti dapat menikmati pilihan menu yang menepati selera masing-masing.

Selepas makan, boleh sambung berjalan-jalan, window shopping atau sekadar menikmati suasana mall bersama pasangan. Bagi Nad, dating selepas berkahwin adalah salah satu cara untuk menjaga hubungan supaya sentiasa erat. Tidak perlu sesuatu yang besar. Kadang-kadang hanya makan bersama, berbual panjang dan menikmati hidangan yang sedap sudah cukup membuatkan hati rasa bahagia.


Dapatkan Produk Madam Kwan's di Shopee






Menariknya lagi, Madam Kwan's juga ada menjual produk mereka yang lebih mudah dan praktikal secara online. Antaranya pes masakan istimewa, snek dan minuman segera 3-dalam-1 yang boleh dinikmati di rumah. Produk-produk ini juga boleh didapati menerusi kedai rasmi Madam Kwan's di Shopee. 

Mana tau teringat menu kari dekat Madam Kwan’s, boleh beli Curry paste tu, buat dekat rumah. Bagus kan, sebab bukan saja boleh datang ke restoran untuk dating atau makan bersama keluarga dan kawan-kawan, tetapi rasa kegemaran daripada Madam Kwan's juga boleh dibawa balik dan dikongsi bersama keluarga di rumah.

Tahniah kepada Madam Kwan’s atas dua pencapaian hebat ini. Semoga terus menjadi restoran pilihan ramai dalam memperkenalkan keunikan makanan Malaysia kepada masyarakat tempatan dan juga pelancong untuk menikmati makanan tempatan dalam suasana yang selesa dan menyenangkan.

Peluang Memenangi Hadiah

Bagi meraikan dua pencapaian penting ini, Madam Kwan's turut melancarkan promosi makan di restoran yang memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM20,000. Selama tiga bulan bermula pada September ini, orang ramai boleh mengunjungi mana-mana cawangan Madam Kwan's di Semenanjung Malaysia untuk menyertai promosi ini sambil menikmati hidangan kegemaran istimewa rakyat Malaysia di restoran ini.



Jadi kalau memang bercadang untuk menikmati hidangan bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan, inilah masa yang sesuai untuk singgah ke mana-mana cawangan Madam Kwan's di Semenanjung Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari;
Facebook​:​ madamkwans 
Instagram​:​ madamkwans 
Tiktok​​: madamkwansmy 
Youtube​:​ mymadamkwans 
XiaoHongShu (RedNote) : 关夫人 Madam Kwans
Kedai Rasmi Shopee: madamkwans
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2