NESCAFÉ Espresso Concentrate: Inovasi Kopi Sejuk Baharu Yang Suka Customize Minuman Sendiri - Kalau dulu nak minum kopi ala kafe kena keluar rumah atau beratur panjang dekat coffee shop, sekarang semuanya jadi lebih mudah. Trend kopi sejuk semakin popular dalam kalangan anak muda, terutamanya Gen Z yang memang suka mencuba minuman unik dan customize ikut cita rasa sendiri. Disebabkan perubahan trend ni, NESCAFÉ tampil dengan inovasi terbaru mereka iaitu NESCAFÉ Espresso Concentrate.

Menariknya, produk ni bukan sekadar kopi biasa, tetapi kopi cecair premium yang direka khas untuk memudahkan penyediaan kopi ala kafe di rumah dengan cara yang cepat dan praktikal.