NESCAFÉ Espresso Concentrate: Inovasi Kopi Sejuk Baharu Yang Suka Customize Minuman Sendiri - Kalau dulu nak minum kopi ala kafe kena keluar rumah atau beratur panjang dekat coffee shop, sekarang semuanya jadi lebih mudah. Trend kopi sejuk semakin popular dalam kalangan anak muda, terutamanya Gen Z yang memang suka mencuba minuman unik dan customize ikut cita rasa sendiri. Disebabkan perubahan trend ni, NESCAFÉ tampil dengan inovasi terbaru mereka iaitu NESCAFÉ Espresso Concentrate.

Menariknya, produk ni bukan sekadar kopi biasa, tetapi kopi cecair premium yang direka khas untuk memudahkan penyediaan kopi ala kafe di rumah dengan cara yang cepat dan praktikal.

NESCAFÉ Espresso Concentrate: Inovasi Kopi Sejuk Baharu



Sekarang ni kopi sejuk bukan lagi sekadar minuman untuk hilangkan mengantuk. Ia dah jadi sebahagian daripada lifestyle harian. Ramai suka cuba pelbagai resipi baru seperti iced latte, caramel coffee, kopi lemonade malah campuran buah-buahan pun makin trending.

Menurut perkongsian daripada NESCAFÉ, sebanyak 32% pengambilan kopi di luar rumah kini terdiri daripada kopi sejuk dan trend ini meningkat sekitar 15% dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini. Jelas menunjukkan ramai pengguna terutama generasi muda lebih memilih minuman kopi yang lebih fleksibel dan kreatif.

Disebabkan itu, NESCAFÉ Espresso Concentrate diperkenalkan bagi memenuhi kehendak pengguna moden yang mahukan kopi berkualiti tetapi tetap mudah disediakan.

Apa Yang Menarik Tentang NESCAFÉ Espresso Concentrate?


Produk ini dihasilkan daripada gabungan biji kopi Arabica dan Robusta yang dipilih dengan teliti untuk menghasilkan rasa kopi yang lebih kaya, smooth dan tetap kuat aromanya.



Apa yang best, ia hadir dalam bentuk concentrate liquid coffee. Jadi pengguna hanya perlu tuang, campur, tambah ais atau susu dan terus siap!

Tak perlu mesin kopi mahal atau teknik rumit macam dekat kafe.



Antara minuman yang boleh dihasilkan menggunakan NESCAFÉ Espresso Concentrate termasuk Iced Americano, Iced Latte, Vanilla Latte, Mocha, Strawberry Latte, Coffee Lemonade dan Kopi soda.

Sangat sesuai untuk mereka yang suka bereksperimen dengan minuman sendiri dekat rumah.

Satu Botol Boleh Dapat Banyak Hidangan



Selain mudah digunakan, setiap botol juga boleh menghasilkan sekitar 10 hingga 16 hidangan bergantung kepada cara bancuhan masing-masing.

Jadi memang nampak lebih jimat untuk penggunaan harian, terutama bagi coffee lover yang minum kopi hampir setiap hari.

Dihasilkan Di Malaysia & Disahkan Halal


Satu lagi perkara menarik tentang produk ini ialah ia dihasilkan di kilang Nestlé Malaysia di Sri Muda, Shah Alam yang turut diperakui Halal.

Malah, Malaysia juga menjadi lokasi pertama pengeluaran coffee concentrate Nestlé di Asia. Secara tak langsung, ia menunjukkan Malaysia memainkan peranan penting dalam inovasi dan pengeluaran produk kopi untuk rantau Asia.

Hadir Dengan 3 Varian Menarik


1) NESCAFÉ Espresso Concentrate Black

Sesuai untuk mereka yang sukakan rasa kopi lebih bold dan pekat.

2) NESCAFÉ Espresso Concentrate Sweet Vanilla

Pilihan lebih creamy dan manis dengan aroma vanilla yang lembut.

3) NESCAFÉ Espresso Concentrate Velvet Mocha

Gabungan rasa kopi dan coklat yang lebih smooth dan indulgent.

Menariknya, setiap varian ni memberi peluang kepada pengguna untuk pilih rasa mengikut mood dan personaliti masing-masing.

Bagi memperkenalkan produk ini, NESCAFÉ turut mengadakan majlis pelancaran yang agak unik dan lain daripada biasa.

Acara tersebut berlangsung di panggung wayang premium lengkap dengan tayangan eksklusif filem The Devil Wears Prada 2. Konsep ini jelas menggambarkan bagaimana kopi kini bukan sekadar minuman, tetapi juga sebahagian daripada hiburan, kreativiti dan self-expression.

Tetamu yang hadir juga dapat menikmati pelbagai minuman khas menggunakan NESCAFÉ Espresso Concentrate sepanjang tayangan berlangsung.

Sesuai Untuk Gen Z Yang Suka Explore



Kalau tengok trend sekarang, memang ramai suka hasilkan minuman aesthetic dan share dekat media sosial. Jadi produk macam ni memang kena dengan gaya hidup generasi muda yang sukakan sesuatu yang cepat, kreatif dan boleh diubah ikut selera sendiri.

Paling penting, tak perlu jadi barista profesional pun untuk hasilkan kopi yang nampak premium.

Secara keseluruhannya, NESCAFÉ berjaya membawa satu lagi inovasi menarik dalam dunia kopi moden melalui NESCAFÉ Espresso Concentrate.

Dengan konsep mudah bancuh, pilihan perisa menarik dan kebebasan untuk customize minuman sendiri, produk ini memang nampak sesuai dengan gaya hidup masa kini yang pantas dan kreatif.

Bagi penggemar kopi sejuk, especially yang suka cuba resipi baru dekat rumah, ini mungkin antara produk yang menarik untuk dicuba.
SHARE 0 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2