F&N Meraikan 140 Tahun : Komited Tumpu Aspek Kelestarian : Fraser & Neave Holdings Bhd ('F&NHB' atau 'Kumpulan'), nama yang sinonim dengan tradisi dan kecemerlangan, dengan bangganya menyambut ulang tahun ke-140 jenamanya dengan menampilkan tema tulus ikhlas yang bergema secara mendalam di kalangan komuniti Malaysia – “Kisah Kita… Selamanya.”

F&NHB komited dalam menyampaikan "Nikmat Sebenar, Kebaikan Sejati" dengan rangkaian pelbagai jenamanya telah membangkitkan kenangan warna-warni yang berkekalan bersama.