AS Beg Catat Sejarah: Jenama Beg Tempatan Pertama Tawarkan Kereta Perodua Bezza Kepada Pembeli Bertuah - Kalau korang perasan, jenama tempatan sekarang memang makin berani keluar dengan idea luar kotak. Tapi kali ni, terus terang saya cakap — AS Beg memang lain level. Bukan setakat keluarkan koleksi cantik dengan harga mampu milik, tapi kali ini mereka mencipta sejarah sebagai jenama beg tempatan pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah sebuah kereta kepada pembeli bertuah. Ya, sebuah kereta Perodua Bezza!

Selepas kejayaan mencatat rekod Jualan Beg Tangan RM1 Juta Terpantas menerusi platform penstriman langsung yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records, serta kolaborasi terdahulu bersama Sally Whoo, jenama AS sekali lagi mencuri perhatian ramai. Kali ini, AS tampil dengan kolaborasi eksklusif bersama pelakon dan ikon fesyen tanah air, Izara Aishah.