Persiapan Kelengkapan Sekolah 2026 Bersama Pusat Pakaian Hari-Hari - Saya ni sejenis mak yang kalau boleh, tak nak buat benda last minute. Setiap kali hujung tahun je, otak dah mula ligat fikir pasal sekolah anak. Baju sekolah cukup ke? Seluar masih muat ke? Stokin masih elok atau dah tinggal sebelah? Memandangkan kakak Fariza pun dah meninggi, baju dia semua dah tak muat, kain dah senteng, jadi kenala beli baru. Untuk si Kak Ngah, kena tambah lagi baju sekolah baru. Tapi tiap kali masuk sekolah tahun baru, mestilah semua nak baru kan..hehee.

Sebab tu tahun ni, Nad memang nekad nak siapkan persiapan kelengkapan sekolah anak lebih awal. Bila buat awal, kita boleh pilih dengan tenang, tak sesak, dan paling penting, tak stress. Dan seperti tahun-tahun sebelum ni, pilihan saya tetap sama iaitu Pusat Pakaian Hari-Hari. Bukan sebab ikut orang, tapi sebab memang dah terbukti memudahkan urusan mak macam saya.