Blueberry Wonder Workshop Oregon Washington Blueberries - Siapa tak suka dengan buah bluberry? Saiznya yang kecil berwarna biru keunguan dan mempunyai banyak khasiat serta rasanya yang manis, memang disukai semua orang. Haritu, nad menyertai Blueberry Wonder Workshop yang dianjurkan oleh Oregon Washinton Blueberries yang berlangsung di KL Wesness City Bukit Jalil untuk mengetahui lebih berkenaan Oregon Washington Blueberry.

Pelbagai aktiviti disediakan pada haritu, dari merasa blueberry, maklumat tentang blueberry, demonstrasi masakan menggunakan blueberry dan aktiviti menyediakan hidangan dengan blueberry. Teruja nad bila dapat aktiviti ni, sekurangnya kita tau banyak berkenaan blueberry.