Program Kampung Budaya Orang Silat 2023 - Nad memang minat silat sejak zaman sekolah lagi, tapi waktu tu, takda tempat nak belajar dengan lebih lagi tentang ilmu persilatan. Minat dalam silat sebab pernah tengok ayah bersilat depan pengantin, gerakan ayah buat buat nad kagum. Malangnya bakat ayah tu dia tak turunkan dekat anak-anak, jadi terpendam la sampai sekarang. Hah, minat kepada silat ni tak berhenti tau, sekarang, minat silat tu turun dekat anak nombor dua. Setiap kali ada pertunjukan silat, memang dia fokus tengok, tak berganjak pun. Memang nad dengan suami cadang nak masukkan dia dalam persilatan nanti. Sebelum tu, nad tunjukkan dekat dia dengan lebih dekat lagi tentang silat di Program Kampung Budaya Orang Silat 2023 yang di buat di Surau As Sahabah Seksyen 7 Kota Damansara.

Program Kampung Budaya Orang Silat 2023 anjuran Pertubuhan Silat Seni Jati Warisan Selangor dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (Selangor). Walaupun dilakukan di kawasan surau yang tidak terlalu besar, tapi sambutan amat menggalakan daripada pelbagai peringkat umur.