hai assalammualaikum

Rasai Keenakan Ayam Bakar Oh-semm dari The Chicken Rice Shop - Haritu jalan-jalan dengan kawan, pilihan kitaorang makan di The Chicken Rice Shop. Nampak menu Ayam Bakar Oh-Semm kembali guys!!. Apa lagi terus order Set untuk 4 pax dengan harga RM99.90. Yela makan ramai-ramai berbabaloi ambik set kan. 

The Chicken Rice Shop (TCRS), yang terkenal dengan pelbagai hidangan yang dicipta dengan keenakan perisa tempatan, sangat teruja untuk mengumumkan kembalinya Ayam Bakar Oh-Semm (ABOS) yang sangat dinanti-nantikan dan hidangan ini akan kekal dalam menu sempena sambutan ulang tahun ke-23 TCRS! Hidangan istimewa ini kini boleh dinikmati di seluruh negara sepanjang tahun!