hai assalammualaikum

Rasai Keenakan Ayam Bakar Oh-semm dari The Chicken Rice Shop - Haritu jalan-jalan dengan kawan, pilihan kitaorang makan di The Chicken Rice Shop. Nampak menu Ayam Bakar Oh-Semm kembali guys!!. Apa lagi terus order Set untuk 4 pax dengan harga RM99.90. Yela makan ramai-ramai berbabaloi ambik set kan. 

The Chicken Rice Shop (TCRS), yang terkenal dengan pelbagai hidangan yang dicipta dengan keenakan perisa tempatan, sangat teruja untuk mengumumkan kembalinya Ayam Bakar Oh-Semm (ABOS) yang sangat dinanti-nantikan dan hidangan ini akan kekal dalam menu sempena sambutan ulang tahun ke-23 TCRS! Hidangan istimewa ini kini boleh dinikmati di seluruh negara sepanjang tahun! 


AYAM BAKAR OH-SEMM

Rasai Keenakan Ayam Bakar Oh-semm dari The Chicken Rice Shop


Nampak tak Ayam Bakar Oh-Semm tu, walaupun rupanya gelap, tapi rasanya sedap oo. 

AYAM BAKAR OH-SEMM

Ayam Bakar Oh-Semm diadun dengan rempah ratus dan dipanggang sempurna untuk menghasilkan aroma yang menggiurkan dan kelazatan yang tak terhingga. Lagi sedap, menu ini digabungkan dengan ‘Ayam Bakar Oh-Semm Sauce’ yang lain daripada yang lain dan cukup pedas. Cicah je Ayam Bakar Oh-Semm dengan sauce tu memang terbaik!! 

AYAM BAKAR OH-SEMM

Hidangan ikonik ini menjanjikan pengalaman santapan yang tidak dapat dilupakan yang pasti membuat anda inginkan lagi.

Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa tahun ini sangat istimewa kerana restoran tempatan tersebut kini meraikan ulang tahun yang ke-23 dalam industri F&B. Untuk menambahkan kemeriahan, TCRS mengambil peluang ini untuk memenuhi permintaan para pelanggan dengan mengembalikan hidangan yang sangat digemari ramai. 

“Di TCRS, kami menghargai maklum balas pelanggan dan kami komited untuk menyediakan pengalaman santapan yang terbaik bagi mereka. Permintaan yang memberangsangkan untuk Ayam Bakar Oh-Semm telah mendorong kami untuk menjadikannya sebagai item tetap dalam menu TCRS dan kami sangat teruja untuk mengembalikan hidangan ikonik ini supaya pelanggan kami dapat ‘eat like a boss’ with ABOS,” kata Kah Yong.

Hidangan Dalam Tiga Set Berbeza


Ayam Bakar Oh-Semm kini tersedia dalam tiga set berbeza yang sesuai untuk dinikmati secara berkumpulan atau individu. Sama ada anda makan bersama-sama para sahabat dan ahli keluarga atau pun bersendirian, pilihan menu yang tersedia pasti memuaskan citarasa semua

1) Set Meal A untuk 1 pax dengan harga RM24.90
2) Set Meal B untuk 2 pax dengan harga RM52.90
3) Set Meal C untuk 4 orang dengan harga RM99.90

AYAM BAKAR OH-SEMM

Macam nad datang dengan kawan-kawan, orderla Set Meal C dan tambah air istimewa yang unik dari The Chicken Rice Shop, creamy soya dengan zesty marmalade. Boleh order sekali set atau ala-carte.

Kitaorang enjoy makan Ayam Bakar Oh-Semm tu. Bagi nad ayam ni lembut dan cukup rempah. Cicah pulak dengan Ayam Bakar Oh-Semm sauce, memang sedap.

Peraduan Ayam Bakar Oh-Semm 

Sempena sambutan ulang tahun ke-23, The Chicken Rice Shop menjemput para pelanggan untuk mengunjungi cawangan TCRS terdekat untuk menikmati kelazatan Ayam Bakar Oh-Semm. Dengan perbelanjaan minimum RM30 dalam satu resit, anda berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM50,000 dalam peraduan Ayam Bakar Oh-Semm. Peraduan ini berlangsung dari 12 Jun hingga 6 Ogos 2023!

AYAM BAKAR OH-SEMM

Cara menyertai peraduan Ayam Bakar Oh-Semm.
1) Belanja minimum RM30 dalam satu resit di mana-mana cawangan TCRS
2) Imbas kod QR yang ada di menu Ayam Bakar Oh-Semm di TCRS dan isi google form dan muat naik foto resit & profil sedapZ anda.
3) Lengkapkan slogan “Saya suka Ayam Bakar Oh-semm & TCRS kerana ___” dan hantar penyertaan anda.

Terma dan syarat boleh rujuk di sini -> https://bit.ly/3MX5fOs 

Jom kita sama-sama menikmati warisan masakan tempatan yang pasti menambat hati dan menjamu selera macam bos dengan ABOS!

Untuk maklumat lanjut mengenai menu dan peraduan Ayam Bakar Oh-Semm, boleh layari 
SHARE 3 comments

Add your comment

  1. not bad nampak..kena pergi try makan juga ni

    ReplyDelete
  2. lama x mkn kt chicken rice shop.. sdp pulak tgk...

    ReplyDelete
  3. Tak pernah makan lg ni nmpk mcm sedap je

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2