assalammualaikum kawan-kawan..
Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita..
mari kita membuat banyak amalan di 10 malam terakhir
yang juga dinamakan Lailatul Qadar..
Mari menghidupkan malam-malam terakhir Ramadhan ini moga-moga dapat Malam Lailatul Qadar malam yang LEBIH BAIK dari 1000 bulan.
“Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh
memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan
Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”
Hadis yang diriwayatkan
daripada Aishah r.a. yang maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada
Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatul Qadar
dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab
berdoalah dengan doa yang berikut” yang maksudnya:
“Ya Allah
ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silap hamba lagi
suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silapku.”
Antara Tips :
~iaitu dengan beramal bersungguh-sungguh pada setiap malam 10 yang
akhir di bulan Ramadhan dengan memperbanyakkan Qiamulai, Berzikir,
Membaca Al Quran dan Berdoa memohon keampunan dan keredhaan ALLAH SWT.
Insyallah dengan kita beramal setiap malam 10 akhir Ramadhan pasti
salah satu malam tersebut adalah Malam Lailatul Qadar. Jangan lupa doa
kita untuk Umat dan Makhluk seluruh alam insyallah Malaikat akan
mendoakan kebaikan untuk kita kembali.
Post A Comment:
0 comments so far,add yours