hai assalammualaikum..

memang ayu bile melihat wanita berhijab kan..lagipun ia merupakan perkara wajib dalam Islam..alhamdulillah..kini ramai artis telah berubah dan mula berhijab..semoga mereka kekal berhijab dan bukan hanya disebabkan fesyen atau trend tetapi untuk mendekatkan diri kepada Allah..nad baru baca dari murai.com..bahawa penyanyi terkenal kita DATO' SITI NURHALIZA berhijab semasa menyambut hari lahirnyer yang ke 34 dan semasa pergi majlis resepsi apek dan leuniey..mari baca..nad nak kongsi..

Teks & foto oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter: @stailista
Instagram: Stailista


Petaling Jaya, 13 Januari 2013: Penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza telah membuat penampilan sulung dengan imej berhijabnya pada majlis resepsi pemain bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex bersama pasangannya Leuniey Natasha.

Jaafar di Hotel Royale Bintang Damansara, di sini sebentar tadi.Dato Siti telah mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude colour rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini dan telah disepadankan dengan tudung litup dari rona serupa.
Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut menyepadankan penampilan mempersonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna yang sama.

Bercakap kepada portal murai.com.my sebentar tadi, Dato' Siti berkata dia cukup selesa dan bersyukur dengan penampilan bertudung litup barunya itu."Alhamdulillah nampaknya hati saya telah terbuka untuk berhijab pada ulang tahun hari lahir saya yang ke-34 baru-baru ini."Syukur, saya sangat gembira dengan perubahan ini," katanya yang ditemui sejurus sahaja memasuki pintu masuk utama hotel.

Kemunculan istimewanya itu turut diserikan dengan alunan sebuah lagu romantik, Kenangan Terindah dendangan Samson sebagai hadiah buat pasangan mempelai.


semoga siti trus kekal seperti ini..sangat comel dan anggun..seperti DIAF ANGGUN..hehe..
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Ternyata lebih manis Dato' Siti bertudung :)

    ReplyDelete
  2. she looks prettier macam ni kannnn!

    ReplyDelete
  3. Cantik sangat. By the way, saya baru buka blogshop. Harap sudi tengok tengok ya. Thanks dear ^_^

    http://dazzlingkawaiishop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah laa,kalau dah berubah pakai tudung mcm tu dgn smpurna:)

    ReplyDelete
  5. terpesona tgk siti sekarang.... bertambah2 comel.....

    ReplyDelete
  6. Cantik dato ct.. Nampak muda..

    BY: djdanchef
    == ♥ == ♥ == ♥ == ♥ ==

    ReplyDelete
  7. irwan..mmg semua permpuan nampk manis kalo bertudung..=)

    si pencita..mcm syala..hehe..

    nana..yup..gorgeous..

    fatin..mmg cntik

    sya cot..alhamdulillah..

    remy..tp dh jd bini org la..hehe

    ash..die mmg selalu muda..hehe

    ReplyDelete