SALAM AIDILFITRI

in , , by Nadia Johari, 03:00:00
hai assalammualaikum

 Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia. Bagi yang beragama Islam ia menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam.

 di sini nad ingin memohon maaf dari hujung rambut samapi hujung kaki kepada pembaca blog nad..maaf kalau nad ada tak tegur..ada terkasar..ada yang buat tersinggung..ada yang terkecik hati...nad bukan manusia yang sempurna..ok..kira zero zero la erk...

nad nak pesan kalau main mercun tu jangan main ikut sedap hati je..kang jadi benda lain kan susah..hari raya jangan makan berlebihan kang ada gak badan yang jadi bulat kang..hehe..taula makanan di hari raya sedap-sedap tapi kene cover gak ok..kepada yang dekat sila la datang rumah nad ok...hehe..sila google search pekan meru...hehhee..ooppss lupe..nak duit raya boleh..hahhaa

oh tetibe nak cerita apa yang dilakukan masa hari raya

1)  Amalan berziarah. Pada pagi Hari Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan seseorang yang dikasihi akan mengunjungi pusara mereka. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau.

2) Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit yang. Untungla budak-budak kan..kali ni nad kene bagi anak-anak buah nad..sebab nad dah keje..huaaaa...nak jadi budak lagi..hohoho

3) Rumah terbuka..mereka akan memanggil sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga untuk datang ke rumah berhari raya dan menjamu selera. Majlis ini akan dibuat secara besar-besaran.

ok tu saja kot amalam yang dilakukan..ada yanag lain ke..salam aidilfitri kepada semua..

SHARE 11 comments

Add your comment

  1. assalamualaikum...nad :)

    salam 1 syawal :)

    ada satu lagi amalan semasa hari raya nad iaitu berziarah ke tanah perkuburan.

    slmt hari raya aidil fitri. maaf zahir & batin...weeeee :)

    ReplyDelete
  2. salam nad
    Salam lebaran
    Maaf zahir batin dari tirana aduka sekeluarga

    ReplyDelete
  3. Slamat hari raya nad... Semoga raya tahun ni membawa keceriaan buat nad.. Beraya sambil beramallll...

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya ya... nadia..

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya aidilfitri...moga ceria selalu

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya untuk awak jugak

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum kak . selamat hari raya :D

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum nad. selamat hari raya. maaf zahir dan batin. hehee. nak duit rayaaaaaaaaaaaa ;p

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya jugak.. maaf zahir dan batin .. =)

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2