BLOGGER GIRLS BER ICE SKATING DI SUNWAY

in , by Nadia Johari, 02:24:00
hai assalammualaikum

Bukan senang nak jumpa rakan bloggers lain, masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing, nad pula jarang join event blogger disebabkan time event blogger tidak sama dengan time nad dengan nad yang bekerja makan gaji. Memang susahla nak ambil cuti melainkan waktu tu memang nak sangat jumpa mereka sebab dah lama tak jumpa dan hari minggu yang takda apa-apa nak buat bolehla nad join bersama rakan blogger. Hari ahad lepas nad dengan tiga rakan blogger ni dah rancang nak pergi Sunway Piramid. Rancang ajak ramai blogger lagi tapi yang on tiga orang je. Siapakah tiga orang blogger tu??

 nah inila blogger-blogger tu. Blogger Ayu, Blogger Tya Cinonet dan Blogger Aina. Diaorang datang bertiga naik ktm, nad plak biasalah dengan encik driver a.k.a jejaka mafia. Bukan nad taknak naik tranport awam ni, nak pergi ke bus stop pun kene ade orang antar, tapi takda sape nak antarkan nad. Lagi satu nad dah lama tak naik ktm. Takut ke tempat lain plak nanti..hahha..for safety ajakla sorang jejaka ni, sekurang-kurangnya boleh tolong amikkan gambar kitaorang ni.

Aktiviti apa yang akan kitaorang buat dekat Sunway selain bershoping dan menonton wayang...hahaa..mestilah semua orang tau..satu-satunya tempat untuk mereka yang ingin bermain ice skating. Setau nad dekat Sunway je ade kot, ade tempat lain ke erk..Kadang-kadang singgah sini tak pernah main sebab takut tapi bila ada member ni senangla sikit, pastikan ada member yang reti main kalau tak memang dindingla korang akan cari..hahahhatengok ramainya orang..hari ahad kot.

 Inilah budak pertama kali nak main ice skating..first time ok..perasaan tu macam-macam ada..pikir boleh ke aku jalan dekat tempat licin ni, jatuh ke tak, kuat ke aku pegang dinding tu..hohoho..tapi pada masa yang sama gak enjoy..sekurang-kurangnya dapat main gak. Ok first sekali sebelum masuk kenala pergi ke kaunter untuk membuat bayaran. Harga kat sini berlainan mengikut orang biasa dan ahli kelab. Harga juga berbeza mengikut Hari Biasa, Hari Minggu, Cuti Sekolah dan Cuti Awam. Harga masa nad pergi RM 22. Perkara wajib untuk bermain perlu ada sarung tangan dan stokin. Nad tak tau semua tu yela first time, so kene la beli. Kalau nak jimat korang belila kat luar sarung tangan dan stokin yang murah sebab kat sini penambahan RM 8 untuk sarung tangan dan stokin RM 5..tengok mahal kan. Selepas tu dia akan bagi satu tiket lekat dekat lengan. Dengan tiket tu la korang boleh masuk dalam. Kepada yang taknak bermain korang boleh masuk gak dengan bayaran RM 4. Kesian jejaka mafia tak masuk, tak tau ade pas untuk yang taknak bermain. Tapi okla dia amik gambar dari luar..hehe..Nak tau lebih lanjut boleh pergi ke http://www.sunwaypyramidice.com/publicSkating.asp


AYU JEAN
Ececeh..tengok gaya macam pro..haha..yang pro sebelah tu. yang tudung biru tu bolehla..hahahha..nak jugak..Ayu cakap dia pertama kali bermain ice sakting..hahhaa..okla nad percaya. Tapi tengok dia main ice skating macam dah selalu main. Rahsianya ialah dia pro dalam permainan roller blade. Ala yan kasut roda di darat tu..hhhaah..okla kan..walaupun kasut berbeza tapi dia mampu lakukan juga. Dia la tolong nad pimpin masa main ice skating..haaha..

ATHIRAH (TYA CINONET)
Jangan pandang badan dia kecik, cinonet dia tak boleh buat apa dia suka..Halloo..this is Tya ok..badan comel hati garang tau..hahhaha...Nad jeles dengan Tya, dia pun reti main..sungguh..syok je tengok die berjalan dengan seimbangkan badan die. Tapi kesian dia, jatuh jugak sebab ade orang tolak dia..jahat itu orang kesian adik Tya, bengkak kepalanya..Adik Tya tolong pimpin nad gak..haha..biasalah nad baru belajar, macam mak ajar anak baru bertatih jalan..hahaa..

Bila Ayu dengan Tya bawak nad ke tengah dan lepaskan nad, nad tak boleh gerak, susah nak fokus kat kasut, nak fokus untuk seimbangkan badan. Bila diaorang lepas Nad mesti mengundur..haahhhaa..korang hado0..Biasalah pada yang tak reti bermain semestinyer dinding yang akan dicari untuk pegang. Masa nak pegang dinding nad dah tak hirau orang kat luar yang tengok kitaorang main. Nad tak sedar, tapi masa tu ade orang lelaki menggatal then Ayu tarik nad dia cakap kat laki tu " hoii jangan menggatal la"..nad terkejut..pastu adik Tya sound laki tu " hoi dia tunang orang la..takyah nak menggatal "..jangan main2 dengan diaorang..diaorang la sahabat nad walaupun jarang jumpa.

AINA ROSEBERRY
 Aina si tinggi, semua orang tau kan..Diala plan nak main ice skating. Tengok gaya dia macam pro, orang paling tak sabar masuk diala..hahhaa..sekali masuk, sama gak pegang dinding macam nad..hahhaha..kene pimpin dengan Ayu dan Tya. Sekurang-kurangnyer die pegang dinding pun dia leh jalan cepat, yang nad terkedek-kedek macam itik..haha..

Dah penat main mestilah lapar. Menu Mcd menjadi pilihan..Nad tak kisah pun yang penting makan..lapor seh..habis semua satu badan lenguh main ice skating ni..boleh tahan effectnyer...haha..dah jadi macam orang tua.

MR KEREX
Terima kasih kepada jejaka mafia sebab sudi temankan tunangmu ini walaupun awak sorang je lelaki..hoho..Terima kasih sebab amik video kami tengah berice skating (waiting you video)..macam mana la nad agaknyer dalam video tu. Sadis..

Untuk lebih info berkenaan ice skating di sunway boleh layari http://www.sunwaypyramidice.com/#












SHARE 11 comments

Add your comment

  1. gelak gelak tya baca. hehe. sweet memory with my sis nadia. kakak ! rindu ! jom jumpaaa ? hahahaha

    ReplyDelete
  2. Nanti kene repeat lagi ni.....
    Ajak reramai....
    Auchhh.. Mane ade i garang uoalssss....
    Nasib ade dinding je, kalau tak ku tapakkan kasut skatingku dimukanya....
    Kihkihkihkih....

    ReplyDelete
  3. alamak,, jelezz.. haissyyy.. nasib baik ada kawan macam dorang kan,, bagus2,,, rasa selamat bila ada kawan cam ayu dan tya :)

    ReplyDelete
  4. bila la nak g main ice kating nie. dh lama teringin nak main hehehe

    ReplyDelete
  5. Bestnya...dah lama akk x ke sini

    ReplyDelete
  6. macam best je.
    tak pernah main ice skating

    ReplyDelete
  7. ohsem aktiviti... seronoknye...

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS