hai assalammualaikum

Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah program realiti terbitan Astro yang menggabungkan hampir kesemua pelawak veteran dan pelawak baru dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk melahirkan seorang pelawak serba boleh serta menjadikan rancangan ini sebagai platform untuk memperkembangkan jenaka mereka ke tahap yang lebih tinggi dan Dato' AC Mizal kekal sebagai pengacara. Mereka akan diadili oleh 4 orang juri tetap yang akan memberikan kritikan serta pandangan positif terhadap peserta Maharaja Lawak Mega 2013 kali ini. 

Antara juri yang di undang adalah pelakon cantik Nora Danish, penyanyi rap Singapura iaitu Sheikh Haikel, Pengarah Filem terkenal iaitu Datuk Yusof Haslam dan pelakon serta pengacara terkenal Indonesia iaitu Luna Maya. Penampilan empat orang juri ini pasti akan menghangatkan lagi Maharaja Lawak Mega 2013 di mana setiap antara mereka mempunyai peranan berbeza dari segi bidang seni, namun ia tetap aliran yang sama dan ia mampu meningkatkan lagi mutu persembahan dengan peserta dapat menerima kritikan mahupun pendapat bernas dari Juri. Kesemua juri Maharaja Lawak Mega 2013  juga mempunyai pilihan untuk memilih siapakah yang layak bergelar juara Maharaja Lawak Mega 2013 selain daripada hasil undian SMS.

 Luna Maya iaitu Pelakon dan pengacara terkenal Indonesia. Beliau yang sudah berpengalaman di dalam bidang seni ini pasti akan mencari pemenang yang layak untuk bergelar Juara Maharaja Lawak Mega 2013.  Antara banyak-banyak juri, Luna Maya merupakan juri yang paling sporting disebabkan die sentiasa membuat reaksi yang melucukan dan melayan sahaja apa yang peserta lakukan seperti sewaktu tema klasik part nabil dan banyak lagi la.

Gayanya yang menghiburkan, percakapan nyer dalam bahasa Indonesia yang kadangkala tak paham apa yang cuba disampaikan, dan bersifat terbuka tanpa segan silu untuk membuat aksi. Ape yang best tentang Luna ialah dia jujur dalam memberi pendapat dan pandangan serta bintang yang diberikan kepada peserta. Yela bila nad tengok Luna ni, kalau dia tak suka dia akan bagi sikit bintang, bila dia suka dan peserta memang betul-betul buat lawak dia bagi banyak bintang. Takdela macam juri lain, ade yang kesian bagi empat bintang, ada yang tak best tapi dikata best pastu kesian bagi empat bintang. Kalau nak jadi juri kene la jujur, supaya peserta lebih bersungguh-sungguh untuk membuat persembahan bagi menarik penonton untuk ketawa.


*** peliknyer kan, time sapa terkeluar sebenanrnyer tengok undian atau macam mana erk..contoh macam malam ni, undian wala tempat ke empat, yang akhir ialah comey, tapi kenapa malam ni wala terkeluar erk..macam mana diaorang terpilih sape terkeluar..pelik..pelik.. ***

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

4 comments so far,Add yours

  1. Rancangan tv ni motifnha keuntungan.... Biasalah kalau keputusannya kekadang pelik je....hheee

    ReplyDelete
  2. kesian sebab yang bertanding mungkin kawan rapat juri .. hehe

    ReplyDelete
  3. best eh hehee :)
    luna shida kurengg skit ^_^

    ReplyDelete