hai assalammualaikum

Yeo's Pilihanku Sejak Kecil - Yeo's merupakan produk makanan dan minuman yang sudah dikenali ramai. Bukan sahaja di dalam Malaysia, malah Yeo's telah dikenali di serata dunia seperti Australia, Amerika dan banyak lagi. Kita tidak pernah tau pun asal usul bermulanya Yeo's ni. Apa yang kita tau minum dan makan..hehe. Sebenarnya Yeo's telah dutubuhkan pada 1900 oleh Mr Yeo Keng Lian di Zhangzhou , Fujian China dikenali sebagai Yeop Hiap Seng. Semasa penubuhannya, Yeo Hiap Seng bermula dengan membuat sos soya. Pada 1968, Yeo Hiap Seng telah disenaraikan dan menukar nama kepada Yeo's seperti sekarang.


Apa yang kita tahu, jenama Yeo's hanya dikenali dalam bentuk minuman sahaja, namun sejak mendapat sambutan hangat daripada pengguna, Yeo's telah membuat pelbagai produk seperti makanan dalam tin demi memuaskan hati pengguna. Buat pertama kalinya, pada tahun 1950, Yeo's telah membuat ayam kari yang dimasukkan di dalam tin demi meudahkan pengguna untuk masak dalam beberapa minit sahaja. Kepelbagaian yang dibuat telah menjadikan jenama Yeo's ni menjadi satu benda wajib yang perlu ada di dalam rumah.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Yeo's, anda boleh lawati
    yeos-minicontest-300x250
Kelebihan Yeo's
Kenapa nad pilih Yeo's, kenapa tak jenama lain? Nad suka Yeo's sebab nad sukala, nad yang minum..haha..takdala. Bagi nad minuman Yeo's merupakan minuman yang paling sedap, menyegarkan dan yang paling penting halal. Selain itu nad pilih Yeo's sebab minuman ini banyak kebaikannya iaitu bebas daripada bahan pengawet, pewarna dan kurang kolesterol. Bukan ke bagus untuk kesihatan kita dan mengekalkan bentuk badan yang ideal dengan minum minuman yang berkhasiat..hehe. Jenama Yeo's juga mudah di dapati dimana-mana sahaja tidak kira di pasaraya, stesen minyak, shopping complex mahupun kedai runcit pasti akan ada jenama Yeo's di kedai tersebut.


Lebih BerInovasi
Dalam sesuatu perniagaan, seseorang bukan sahaja berfikiran kreatif dalam membuat sesuatu produk, malah perlu lebih berinovasi untuk memperkembangkan lagi produk hingga ke serata dunia. Yeo's merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan minuman Asia dalam bekas Tetra Brik aseptik menggunakan proses UHT. Proses itu merupakan kaedah pembotolan produk yang telah dinyahkuman dalam suhu bilik terkawal. Ia dilakukan untuk mengekalkan nutrien minuman yang menggunakan bahan-bahan semula jadi. Antara perisa minuman yang dikeluarkan Yeo’s menggunakan teknologi itu adalah teh kundur, susu soya hitam, susu soya, laici dan teh bunga kekwa yang juga merupakan antara minuman kegemaran rakyat di negara ini sejak 100 tahun lalu.

Yeo's Pilihanku Sejak Kecile

 
Nad ingat lagi sewaktu iklan berbuka puasa di televisyen minuman soya campur cincau. Pasti kita nak cuba buat jugak kan. Abang nad pun pergilah beli air soya dengan cincau jenama Yeo's dan sebelum berbuka puasa kitaorang pun buat. Bila azan berkumandang je, baca doa buka puasa terus minum air dulu.., pergh memang sedap, tekak yang kering menjadi basah setelah minum air Yeo's soya dan cincau. Memang marbelous. Yang bestnyer, minuman Yeo's ni boleh dibuat pelbagai cara, kalau nak tengok resipi nak buat air ape, bolehla tengok dekat SINI.

Teh Chrysanthemum atau teh bunga jenama Yeo's adalah minuman yang Nad suka sejak Kecil. Kenapa nad pilih teh  Chrysanthemum ni sebab teh bunga ni menghilangkan dahaga dan menyejukkan tekak di waktu cuaca panas.Diselitkan dengan aroma wangi Chrysanthemum berbunga dan mempunyai kemanisan halus bunga itu.

Perkara yang tidak boleh dilupakan masa nad temankan kawan nad ni pergi beli air minuman Yeo's di Giant. Kejadian berlaku semasa sebelum hari raya cina. Tau-taula kan kalau musim raya cina pasti ada promosi. Masa ni giant ada buat promosi minuman Yeo's iaitu beli 3 kotak dapat harga murah. Kawan nad ni pulak nak kawin bulan 2 ni, jadi dia pun borong 6 kotak minuman Yeo's. Sebab ada tulis 3 kotak per person. Jadi dia ambil 3 kotak nad ambil 3 kotak. Lepas tu masa dekat kaunter tengok orang lain boleh ambil lebih daripada 3 kotak. Kitaorang apa lagi, patah balik ambil lebih daripada 3 kotak..hahaa..borong habis sebab masa tu murah..ehehe..Yeo's juga jadi pilihan sebab harganyer murah.
............................................................................................................
Seperti yang kita tahu,Tuan Denaihati telah membuat event Sepetang Bersama Blogger 2014 dengan kerjasama Yeo's pada 8 Mac 2014 bertempat di Saloma Bistro pada pukul 10 pagi hingga 5.30 petang. Jangan lepaskan peluang kerana masa inilah korang dapat bertemu dengan para blogger. Masa ni la peluang untuk korang menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan blog dengan bertemu otai-otai blogger.

Mari bersama-sama memeriahkan majlis gilang-gemilang Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014, sila klik gambar di bawah untuk mendaftar sekarang.

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo's 2014

kalau boleh share dekat facebook atau google +..hehee
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

15 comments so far,Add yours

  1. mempelbagaikan produk dan mengikut keperluan dan kehendak pengguna jadikan Yeo's terus maju dan mantap.

    billion terima kasih yer kerana sudi sertai Contest Yeo’s Malaysia Sepetang Bersama Blogger dan semoga sukses.

    ReplyDelete
  2. mantap.. :) semoga berjaya juga nad.. :)

    ReplyDelete
  3. terbaik dari Yeo's untuk Nadia Johari...

    ReplyDelete
  4. dr satu produk ke satu produk baru..

    ReplyDelete
  5. Yeo's memang jenama minuman paling saya suka setakat ini :D

    Oh ya, saya ada anjurkan sebuah contest mudah buat blogger semua, hadiahnya merupakan wang tunai bernilai RM2000. Jemput awak untuk join sekali ya, boleh baca details lebih lanjut di ->>> Contest Kembara Kemboja :)

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  6. oh my yeo's..ittew suka soya!mmg best :D

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum...nad,

    moga berjaya dalam contest yeo's nie k... moga sukses selalu.

    mselim3

    ReplyDelete
  8. dalam banyak-banyak perisa yeo's memang teh krisantemum nie jadi pilihan nombor 1 - gplus untuk post entry nie

    ReplyDelete
  9. tanpa kita sedari memang banyak kebaikannya produk2 yeo's...

    PM sudah SHARE G+ ya...=)

    ReplyDelete
  10. dkna pon suka minum air tea nie haa

    ReplyDelete
  11. Pozing tu tak tertahan. hihi

    Saya sudah tekan G+ untuk sis. Selamat Maju Jaya ya :)

    ReplyDelete
  12. heh heh.. yeo's memang terbaik..


    udeh klik apa2 yang patut..hehehe :)

    ReplyDelete
  13. terbaik...Saya datang dari senarai penyertaan #SBBYeos2014 dan dah tekan G+...Good Luck ye.

    ReplyDelete