SAMBUTAN HARI RAYA PKPB 2020

in , , by Nadia Johari, 22:48:00
hai assalammualaikum

Sambutan Hari Raya PKPB 2020 - Hah, dah masuk hari raya ke 6 dah rupanya ya. Tahun ni raya tak semeriah seperti sebelum-sebelum ni disebabkan covid 19. Macam tak sangka kan semua ni akan berlaku. Memang menjadi peringatan dan kenangan kepada kita semua untuk hadapi norma baharu. Tahun ni kita sambut hari raya secara sederhana sahaja. Walaupun macam tu, masih bersyukur dapat meraikan hari raya walaupun dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ( PKPB ).

Tahun ni, nad tetap buat persiapan raya bagi meraikan kemenangan setelah berpuasa selama sebulan. Buat persiapan pun untuk anak-anak merasa gembira. Tetap beli biskut raya, baju raya untuk anak-anak dan sediakan duit raya untuk mak ayah, anak-anak dan anak buah.



Raya pertama seperti biasa, bangun awal pagi sediakan makanan semua.Makanan, mestilah rendang , nasi impit, sambal. Kemudian mintak maaf dan bergambar. Tema raya tahun ni berkain batik, sebab raya duduk rumah sahaja kan..hehehe..Nad dan mr mafia berbaju putih manakala anak-anak, berbaju kebaya warna kuning dan berkain batik.

Nad berterima kasih dekat kerajaan sebab beri kelonggaran pada hari raya pertama untuk menziarahi keluarga atau jiran tetangga. Tapi dengan syarat ikut SOP dan hanya 20 orang sahaja di dalam rumah. Untuk Hari Raya ni pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan, tapi rentas daerah dibenarkan iaitu kawasan Sleangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Hari Raya pertama ni la nad ambil kesempatan sekejap untuk balik ke kampung, sebab nad rentas daerah sahaja. Nad duduk di Kuala Lumpur, kampung di Meru Klang, jadi masih daerah. Dah beberapa bulan tak jumpa mak ayah, masa hari raya tu memang diaornag suruh balik sebab boleh rentas daerah kan, tapi kita ni yang was-was, pada masa yang sama, nak jaga sesama kita. Tapi, balik juga la sebab mak ayah dah tanya. Cekalkan hati dalam perjalanan tu.Alhamdulillah, sampai kampung dengan selamat.


Dapat jumpa mak ayah, rindunya tak terungkap. Dapat juga makan lauk mak buat, dapat makan yang biasa kita makan. Memang makan puas-puas, borak dengan adik beradik, mak dan ayah puas-puas. Sebab dibernarkan sehari je boleh. Mak ayah suruh tidur rumah, tapi kitaorang taknak, sebab takut. Takpela, bersyukur sangat dapat  beraya bersama dengan keluarga walaupun sehari. Memang sedih masa nak balik malam tu, sebab tak tau bila lagi dapat jumpa. Doa banyak-banyak supaya semuanya kembali pulih.

Kadang fikir, bagusnya raya covid ni kita raya secara sederhana. Tak perlu nak beli macam-macam, jimat berbelanja. Beli yang perlu je. Yela, orang tak datang rumah, masing-masing tak sakit hati dengan soalan yang menikam jiwa tu..hehee..

Baikla, dikesempatan ni, wlauapun dah raya ke 6, hehee..nad nak mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, maaf zahir dan batin, maaf kalau ada terslaah tulis dalam blog ke, tersalah cakap, ada yang terguris hati, terkasar bahasa, mintak maaf ya. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca blog nad.

Semoga semuanya kembali pulih.


SHARE 2 comments

Add your comment

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS