hai assalammualaikum

Pesawat MH370 Menjadi Tanda Tanya-  ISU yang sedang hangat diperkatakan sekarang terutama di media-media sosial ialah mengenai kehilangan pesawat Malaysian Airlines MH370 yang membawa sebanyak 239 orang termasuk 12 anak kapal dan dua bayi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China malam semalam. Orang ramai teruja untuk mengetahui perkembangan terkini pesawat MH370 itu.

Nad tengok dalam Facebook pelbagai status yang dipaparkan seolah-olah maklumat yang diperoleh itu benar-benar sahih, malah secara tidak sedar ada yang menyebarkan berita palsu kononnya pesawat itu terhempas, kehabisan minyak, dirampas pengganas dan sebagainya. Kesan daripada berita yang tidak benar itu dan kekurangan maklumat yang sahih daripada pihak yang bertanggungjawab menyebabkan sebahagian rakyat semakin tertanya-tanya, apa kejadian yang sebenarnya berlaku?


Oleh itu janganlah kita membuat spekulasi atau menyebarkan berita palsu mengenai insiden ini bagi menjaga hati keluarga yang terlibat atau menimbulkan panik di kalangan rakyat. Apa yang nad dengar  Pesawat tersebut masih tidak dapat dikesan sejak dilaporkan hilang pada pukul 2.40 pagi tadi selepas dua jam berlepas di kawasan perairan Laut China Selatan sempadan antara Malaysia dan Vietnam. Pesawat itu dikendalikan Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, bersama pegawai kanan, Fariq Ab. Hamid, 27.


Zaharie mempunyai pengalaman sebanyak 18, 365 jam penerbangan dan telah berkhidmat sejak tahun 1981 manakala Fariq mula berkhidmat sejak 2007 dan memiliki jumlah jam penerbangan 2,763. Pesawat Boeing 777 yang hilang itu pula berusia 11 tahun 10 bulan. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan kali terakhir pesawat itu berkomunikasi dengan menara kawalan pada pukul 1.30 pagi dan  dikesan pada kedudukan longitud 06 darjah 55 minit 15 saat Utara dan latitud 103 darjah 34 minit 43 saat Timur.


Selain Malaysia, empat lagi negara iaitu Vietnam, China, Singapura  dan Filipina turut membantu dalam operasi mencari pesawat itu.


Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, sama-samalah kita berdoa agar pesawat tersebut dan penumpang-penumpangnya di dalamnya ditemui dalam keadaan yang selamat. Namun apa yang perlu diperbaiki ialah penyampaian maklumat yang lebih efisyen daripada pihak yang bertanggungjawab, agar orang ramai tidak terus tertanya-tanya. Semoga pesawat MH370 ditemui.
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

3 comments so far,Add yours