hai assalammualaikum

Ephyra Treasure Hunt Menguji Mental Dan Fizikal - Sebelum ni nad ada buat entry berkenaan Treasure Hunt oleh Ephyra dimana 28 orang blogger dikehendaki untuk menyertai treasure hunt ini. Treasure Hunt ini telah diadakan pada 24 Mei 2014 di Putrajaya pada hari Sabtu semasa Festival Belia dan Karnival Jom Heboh diadakan. 

Dah lama tak sertai permainan seperti ini, kalau dulu time study ada la kan. Treasure Hunt adalah salah satu permainan dimana pemain dalam setiap pasukan mempunyai satu atau lebih orang yang diberikan tugasan untuk mendapatkan benda yang tersembunyi, lokasi atau tempat dengan menggunakn petunjuk yang diberikan sehingga ke penamat. Permainan dibuat di dalam atau di luar kawasan. Permainan Treasure Hunt ni menguji ketahanan mental dan fizikal kita kerana kita perlu berfikir dan mencari jawapan..dia game ini menguji nad sendiri dalam bab line telefon..nak tau..meh baca lagi..hahaha..


Treasure Hunt ini telah dianjurkan oleh pihak Ephyra dan Team Denaihati. Game ini khas untuk para blogger dan Nad join event ni sebab nak berkenalan dengan blogger lain dan berjumpa dengan team denaihati serta pengasaa Ephyra sendiri. Selain itu untuk membakar lemak-lemak yang ada dalam badan setelah sebulan duduk dekat rumah..haha. Alang-alang my husband ada buka booth dekat Putrajaya, nad pun mintak izin dia la nak join..yeahh dia bagi..Kami semua diminta untuk berkumpul di Puspanita Puri Presint 10. Masa nad sampai dah ada blogger lain sampai..uish malu deh..wa tak kenai sapa-sapa ni..haha..tapi ni la blogger selepas berjumpa pasti havoc..




BLOGGER FIZA FANTAGIRO
BLOGGER LADFE

Selepas semua peserta ada, kami semua perlu daftarkan diri dan diberi makanan, minuman dan pakain Ephyra. Uishh baju limited edition je tu..tak sia-sia masuk Treasure Hunt ni..hehehhe..Bro Kid telah memberi taklimat dan pembahagian kumpulan telah dilakukan. Nad dimasukkan ke group EphyraTeam1 bersama bang Ladfe, Bang Man dan Fiza Fantaghiro..Bang Ladfe pendiam..pemalu kot orangnya..wakaka..nad lagila malu..Sebelum bertolak pengasas ephyra Puan Amiza telah memberi taklimat yang membakar semangat kitaorang..wah gitu..hehe..dan dia telah berikan nama kumpulan kami mengikut bahan-bahan yang terkandung dalam Ephyra..nak tau kitaorang dapat ape..bahan yang paling payah disebut Antaxanthin..kau sebut betul-betul..belit-belit lidah ni..wakaka..




Masa ni gak kitaorang dapat task individu dimana perlu minum air Ephyra dan buat instavideo. Pertama nad buat tak jadi sebab last tergelak dan terlalu panjang nak masuk intagram. Nad baru dapat tau yang daripada instagram boleh buat video pendek dan cut ditunjuk oleh Fiza. Kali kedua menjadi dan buat video terus daripada instagram tapi yang menguji mental nad sebab tak boleh upload..sudah masa tu nad tak tau nak buat ape..nak kata line ok..memang ok..penuh..nak kata penuh ..dah padam mana tak berkenaan..kat situ dah menjadi masalah pulak..nad cuba banyak kali..tak lepas-lepas jugak..takpe nad sabar dulu terus ke task seterusnya..( jangan tanya kenapa video aku terbalik)




Task seterusnya bila kami semua diminta untuk ke Taman Botani Putrajaya. Selepas berjumpa dengan Bro Kid, kami diminta untuk menjawab soalan yand disediakan..tugasan ini adalah mengenalpasti nama spesis pokok dan nama panggilan tempatan pokok tersebut mengikut nombor yang telah diberi. Ada satu soalan tu menggunakan kod kotak..dengan kecekapan bang man..akhirnya dapat meneka..tetapi sebenarnya bukan jawapannya suruh letak nombor, dia suruh cari poko yang bernombor 516 tu..wakaka..masa ni nad dok pikir lagi dengan instavideo Ephyra tu..tak lepas-lepas jugak..







Task seterusnya ialah perlu berselfie di Billboard Ephyra berhampiran Exit Bangi. Sepatutnya Exit Bangi di tepi highway ni selepas tol kajang menghala selatan tetapi kami telah tersasar sampai la ke tol Sungai Ramal..wakaka..jauh nor kitaorang berjalan. DEngan keadaan tenang walaupun nad tak tenang sebab instavideo tak lepas-lepas tapi buat muka tenang jugak..kami semua berpatah balik mengikut jalan yang betul. Kami terpikir sebab task seterusnya ke KLIA, jadi kami mengikut laluan ke KLIA dan akhirnya jumpala bilboard Ephyra..alhamdulillah..perempuan bila bab selfie memang pakar..kau suruhla dia wat macam-macam..takda makna perkataan segan silu..haha..






Sampai je di KLIA2, jakun sekejap...hahhaa..kalau lepasni orang cakap, "dah sampai KLIA2"..aku mestilah cakap "Dah"..hahaa..Task di KLIA2 kene cari Starbuck untuk bertemu dengan Team Denaihati..kami rasa kami pasukan yang terlewat tapi ada lagi yang lewat..huhuhu..task dekat sini pulak..mak aihh task macam-macam ok..yang pertama kene cari nama kedai yang berada di level 2 dan 3 di KLIA2 ni..pegila berlari sakan..



selepas itu kene patah balik ke Starbuck dan diberi tugasan lain..kali ini perlu bergambar dengan pelancong asing..mujurla nad ternampak pelancong omputih lalu..tanpa segan silu lagi nad mengajak dia mengambil gambar..nasib ko hensem..wakakaka..masa ni masih berfikir lagi dengan instavideo nad..hahaha..selepas itu kami kene berselfie pula dengan landmark KLIA 2.. kau suruhla kami bergambar memang keje blogger suka bergambar..haha..


Selepas itu, task kami yang paling mencabar perlu mencari lelaki berbaju biru dan menerangkan tentang Ephyra dengan menggunakan instagvideo. Memang menguji mental betul bila line tak berapa nak ok..nad punyer pulak problem dengan gambar tak lepas-lepas dekat instagram ditambah dengan video Ephyra tu..adeh..kami hanya dapat buat tugasan ini sahaja..tidak sempat untuk membuat tugasan lain disebabkan internet tak menyelebahi kami..tapi kami tetap tenang..hehe..


Selesai tugasan apa lagi amik gambar kenangan dekat KLIA2 la bersama dengan peserta yang lain..masa tu nad cuba upload gambar alhamdulillah lepas.dan nad terpaksa mengambil video Ephyra yang tak jadi untuk task pertama..Alhamdulillah lepas..kalau tak leps mood dah kelaut agaknya..Masa ni kami diberi tugasan untuk menjawab soalan dalam Bahasa English..wah gitu..menguji minda betul..fizikal apatah lagi..


Selepas.itu kami semua berhenti di Mcdonald untuk berehat sebentar sebelum meneruskan tugasan. Menu tengahari ialah Nasi Ayam..berhenti dekat Mcdonald tapi makan nasi ayam..haha..ok..kenyang perut suka hati..hehehe..Task soalan itu pun telah diberikan..




Lokasi terakhir adalah di booth Ephyra di Karnival Jom Heboh. Arahan yang diberikan perlu pergi ke Park and Ride di PICC dan menaiki bas shuttle untuk ke booth Ephyra, tetapi mempunyai masalah teknikal dimana tiada parking disitu dan kami telah dibenarkan untuk ke booth terus..ni lagi satu menguji mental betul bila tak dapat parking dan jem..almaklumla time tu ade Festival Belia dan Jom Heboh, maunya tak jem. Kami semua tetap tenang dan bergurau lagi sambil mengingat semula cheer kami..hahaha..Nak tau mcam mana kami dapat parking,?..haha..Fiza pergi mengangkat penghalang jalan tu dan kami masuk tempat parking tu..hahhaa..Fiza memang power..nasib baik penbahagi jalan tu tak berat..kihkihkih..kami semua pun berlari ke booth Ephyra dan kami la yang paling terakhir sekali..hahaa...tu la team EphyraTeam1, Team Antaxanthin sentiasa lewat tetapi muka tenang..wakakka..










Sampai di booth ephyra Norman Hakim, Memey suhaiza dan Puan Amiza dan menunggu..sampai dekat sana ada pulak task lain..task BLIND SOCCER. Kumpulan kami berpeluang untuk menentang dengan kumpulan Norman Hakim disebabkan kami yang paling last..haha..syok ler..permainan ni dua orang dalam pasukan perlu menutup mata dan menendang bola masuk ke dalam gol dengan mendengar arahan daripada pasukan lain. Masa ni Fiza tukang memberikan arahan dan nad tukang amik gambar..haha..Pasukan kami menang dengan 2-0..

Saat-saat yang ditunggu iaitu pengumuman pemenang..Ya Allah punyerla terkejut kami dapat tempat ke empat..walaupun banyak dugaan yang kami lalui..dan paling last..hehe..lagi satu je nak tempat ketiga..tapi takpe..nad enjoy ok..

 

balik pun bukan dengan tangan kosong..ade goodies yang sangat-sangat awesome..aumm..aumm..


Pemenang-pemenang Ephyra Treasure Hunt 2014

Pemenang tempat pertama

Tempat kedua


Tempat ketiga



Kereta yang banyak berjasa semasa Treasure Hunt..huhuhu.. 




Inila dia Pengasas ephyra Puan Amiza Amiruddin. Alhamdulillah kini beliau berhijab..sungguh ayu dan cantik..nak tau apa rahsianya..mestilah minum minuman berkhasiat iaitu ephyra..Nad sendiri telah mencuba Ephyra dan kesannya memang baik..kalau nak baca tekan bawah ni




Duta Ephyra..Norman Hakim dan Memey suhaiza




Apa itu ephyra?
EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum.Digabung dengan 9 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit anda,Lindungi kulit anda dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda!

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan set Ephyra, bolehlah mendapatkannya dengan harga promosi RM180/1 premium pack (30 sachets)...atau boleh beli dengan saya..hehe
Untuk maklumat lanjut, anda boleh dapatkan di :
Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : @ephyra2u
Alamat :
Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur 
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com




Ephyra Treasure Hunt memang bestttttttttttttttttt..




 
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

13 comments so far,Add yours

  1. Wahh.. Selamba jer angkat penghalang jalan.. Haha..

    ReplyDelete
  2. Tahniah juga kepada group akk.. Ambil pengalaman sudah memadai kannnn... Lepas ni boleh join lagi.. kasi havoc!

    ReplyDelete
  3. yeayyy..... ada jugak gambar masa blind soccer tu...nanti nak cilok buat gambar profile....tapi memang happy sebab rezeki group kita dapat nombor 4....hik3x

    ReplyDelete
  4. slam kenal nadia,seronok kenal korang,happening kan..hehehe penat tapi seronok

    ReplyDelete
  5. Happy gilerr ngan team nih!, best kenal nad , abg hazman n abg ladfi :) Kak Fiza teringat kete blkg kete kita, muka marah sbb lepas abg ladfi masuk, kak fiza terus letak balik penghadang tu..kehkehkeh , marah kete blh xleh masuk.ahakkss!

    ReplyDelete
  6. Uncle orang tua tak boleh join ni... nanti patah pinggang...! huhuhu

    ReplyDelete
  7. Tak sia2 kan kita semua join. Pengalaman tu, bukan senang nak dapat. Btw salam kenal Nad :)

    ReplyDelete
  8. amacam kehidupan selepas kahwin? heeeeeee

    ReplyDelete
  9. tak sempat kenal kali ni tak apa
    kita boleh jumpa lagi ^^
    MY-Emily

    ReplyDelete
  10. wah ! happening . tahniah kpd pemenang ...

    ReplyDelete
  11. kalau la dekat,, rasa gak nak join,, huuuu

    ReplyDelete
  12. Hi all!
    Berminat nak mencuba Ephyra?

    Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

    Yours truly,
    Izza (Pengedar Sah Ephyra)
    0192198619
    izza_grrl@hotmail.com

    ReplyDelete