hai assalammualaikum

Penanggal Mekap PIXY Tanpa Alkohol - Kalau dah namanyer perempuan semestinya la suka bermekap, tidak kira mekap secara tebal atau nipis. Perempuan akan bermekap berjam-jam untuk kelihatan cantik. Kalau boleh tidur pun nak bermekap..kihkihkih. Heyy jangan over macam tu,,korang tau tak mekap juga boleh mencacatkan muka kita apabila tidak dibasuh. Sebab apa, sebab mekap membuatkan pori-pori muka kita tersumbat dan masa tu tumbuhla jerawat. Bila dah tumbuh jerawat mulalah korang panik..hahhh ..jadi kalau tak mau lagi teruk buang mekap tu dulu ok.

Macam nad, nad penah lepas mekap nad terus basuh muka dengan pencuci muka sahaja, tapi muka tumbuh jerawat padahal dah cuci. Dalam hati dah kenapa kan, setiap kali nak buang mekap cuci..tapi still semakin menjadi jerawat ni...ohh noo.. Lagi-lagi nad semakin dewasa, jadi hormon kulit tu dah lain. Jadi nad decide nak buang mekap dulu sebelum cuci. Sebelum ni nad gune tisu basah, adoii kita mekap dah berapa kali, nak gune tisu basah yang sikit tu..memang banyak habis duit la nak beli tisu basah tu..haha..tisu basah pun bukan 100% buang mekap. Lagi satu bab basuh la yang paling malas yela dengan penatnya lagi-lagi kalau dah balik keje kan. Jadi nad pikir produk ape yang pencuci muka tak berminyak dan elok untuk muka dan kalau boleh buang je mekap tanpa basuh dan tidak merosakkan muka..akhirnya nad jumpe Penanggal Mekap PIXY Tanpa Alkohol.



Kenapa nad pilih Penanggal Mekap Pixy
1) Bebas Minyak
2) Tanpa Alkohol dengan Madu Asli
3) Tanpa Bilas 

 

Penanggal Mekap PIXY semudah satu langkah dan sesuai untuk semua jenis kulit. Ia mempunyai dua jenis pembersih, iaitu PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion dan PIXY Single Step Liquid Foam For Makeup yang kedua-duanya menggabungkan keberkesanan penanggal solekan dan pembersih muka dalam satu langkah dan mudah diguna. Siri Pembersih Mekap PIXY diformulasi khas untuk menanggalkan solekan dengan efektif dan sekali gus membersih serta melembapkan kulit tanpa meninggalkan rasa berminyak atau melekit. Nad pilih PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion selepas itu basuh dengan pembersih muka nad.

Cara Penggunaan

Memang senang sangat..
1) Amik kapas muka
2) Tuang cecair PIXY Gentle & Moist Cleansing Lotion
3) Sapu lembut di muka. (takyah kasar sangat) 



Kebaikan madu telah diketahui, jadi tidak hairanlah jika Siri Pembersih Mekap PIXY baharu ini amat lembut pada kulit, mengekalkan kelembapan dan sesuai digunakan berulang kali tanpa mengeringkan kulit.




Penanggal Mekap PIXY boleh dibawa bersama dalam beg tangan ke mana jua. Amat mudah untuk wanita ketika hendak pergi menunaikan solat ketika berada di luar. Mekap tidak menjadi masalah lagi. Boleh didapati di watson,guardian  pada harga RM7.90 untuk 50ml dan RM13.90 untuk 100ml.
 


Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

7 comments so far,Add yours

  1. Ramai sekarang guna jenama Pixy ni. Buat ena terpengaruh. Hehehehehe. Esok nak pergi beli sebotol..

    ReplyDelete
  2. kalau kerap makeup blh lam pkai hehee..tp tp rasa nk cuba lah ^_^

    ReplyDelete
  3. ciksu jarang sangat make up.
    tapi agak menarik utk.di cuba.thanks nad berkongsi.:)

    ReplyDelete
  4. kak nad cantiknya theme baru. suka siapa yg buat ni?

    ReplyDelete
  5. Nad pun pakai Pixy gak dgn Biore. But now, no make up T.T Doc suruh rehat sebentar dr make up

    ReplyDelete
  6. Memang puas hati kan nad.. muja tak berminyak pun guna ni.. makeup tanggal dengan bersih.. sejuk pulak tu muja bila makeupndh tanggal guna ni..

    ReplyDelete
  7. penanggal mekap?
    kalau mekap tebal... kakchah guna janis aloevera. tanpa bahan kimia.

    ReplyDelete