Articles by "makeup"
Showing posts with label makeup. Show all posts
hai assalammualaikum

Muka Glowing Dan Natural Look Dengan S+ Recover Gold Nano CC Cream Dari Hansaegee Nature

Rutin Penjagaan Kulit Harian, Rahsia Muka Glowing Dan Natural Look - Sebelum ni, nad pernah kongsi dengan korang pelembap paling best dari Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream. Pelembap ni serasi dengan kulit nad, dan dah dua bulan nad guna, sekarang nak masuk botol kedua dah. Bila dah serasi, nad cuba pula produk Hansaegee Nature yang lain. Dah lama tertarik dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee ni. Tengok orang pakai, nampak perbezaannya. Dulu ada pengalaman pakai cc cream, tapi muka makin berminyak dan tak elok, terus nad stop pkai cc cream, sampai la harini. Bila nampak Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni, nad pun rasa nak cuba.


Nad ni jenis, kalau nak keluar mesti nak cepat siap. Malas nak berjam-jam depan cermin semata nak pakai banyak produk. Selalunya bila nak keluar, nad akan pakai primer, foundation, bedak dan seterusnya la. Yela, muka ni nak sentiasa nampak cantik , nak tutup cela semua. Takkan keluar nak bagi nampak kusam kan. Tapi dengan pakai banyak produk, buang masa dah dekat situ kan. Jalan penyelesaiannya, sejak nad pakai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature, nad tak perlu bersiap lama dan duduk depan cermin berjam-jam lagi..yeahhh..


Hampir seminggu nad pakai Gold Nano CC Cream ni, memang ia adalah produk CC Cream yang lain daripada yang lain. CC Cream ni bermaksud Colour Control Cream, jadi ia adalah krim siang yang semuanya dalam satu, di mana ia boleh seimbangkan tona kulit kita dan merawat kulit kita. S+ Recover Gold Nano CC Cream dari Hansaegee nature ni boleh dijadikan sebagai rutin penjagaa kulit seharian. Waktu siang atau nak keluar je, waktu nak tidur tak perlulah pakai. Tengok sahaja packaging dia, nampak eksklusif kan. Setau nad, sebelum ni packaging dia lain, warna gold semua, yang ni, ia keluar dengan packaging baru berwarna putih dan gold. Penutupnya pulak jenis twister lock, jenis ketat dan bila nak gunakan, senang dipicit dengan kuantiti yang kita kehendaki.

Bagusnya CC Cream ni ia mempunyai SPF50 PA+++ di mana ia melindungi kulit kita daripada cahaya matahari. Korang mesti tau kan, SPF lagi tinggi, lagi bagus untuk kulit.



Korang boleh tengok, teksturnya yang berkrim dan berwarna putih. Korang jangan risau, walaupun ia berwarna putih, tapi bila korang blend dekat muka, ia akan mengikut skin tone kulit kita. Jangan risau muka korang putih macam pakai tepung pulak..hehee..takde..sebab ia akan berubah kepada natural.


Tengok dekat gambar ni, sebelum nad blend, berwarna putih asli, dan dalamnya sebenarnya ada kapsul berwarna coklat. Selepas blend dengan jari, boleh nampak ia bertukar ke pada warna coklat. Magic kan!!..heheee..CC cream ni sesuai untuk semua jenis kulit, tak kisah korang kulit cerah atau gelap..



Nad suka dengan CC Cream ni, sebab ia menutup cela dan bintik-bintik hitam di muka. Ia juga dapat menutup liang pori. Bila pakai memang halus je muka, bertambah glowing dan natural look tau. Lagipun ia sejenis krim yang tidak melekit dan tidak berminyak. Paling mudah, blend sahaja dengan jari, tak perlu span atau berus. Ia juga dapat seimbangkan PH kulit kita dan mencegah penuaan sekaligus beri kelembapan pada kulit.


Gold Nano CC Cream ni juga boleh dijadikan sebagai makeup primer atau makeup base. Lepas korang apply CC Cream ni, korang pun boleh pakai foundation dan makeup lain. Korang boleh tengok,nad cuba di tangan. Belah kiri, nad tidak apply cc cream, manakala belah kanan, nad apply cc cream. Boleh nampak, belah kanan yang diapply dengan CC Cream, makeup lebih terang, lebih sharp berbanding belah kiri. Makeup juga nampak cantik, lebih pigmented dan tahan lebih lama. Nampak tak perbezaan dia..fuh..

Kelainan Gold Nano CC Cream ni, ia bukan cc cream biasa-biasa sahaja tau, kelebihan produk ni, ia mempunyai tiga bahan utama, iaitu Mineral Water, Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract dan Nano Gold dimana setiap bahan mempunyai kelebihan masing-masing.
- Mineral Water : mengekalkan keseimbangan PH kulit sehingga masuk ke dalam kulit dan membuat kulit kita anjal.
- Ipomea Hederacea Cullus Culture Extract : mengelakkan daripada kerengsaan kulit, anti bakteria dan merawat masalah kulit
- Nano Gold ; mencegah penuaan kulit , memblok radiasi infrared dan mempunyai akntioksidan aktiviti yang tinggi


Hanya satu botol ni sahaja, tapi pelbagai kelebihan yang ada kan. Yang ada masalah tona kulit tidak sekata dan kemerahan, boleh pakai ni. Lagipun saiznya yang kecil, mudah dibawa kemana-mana sahaja.

Cara memakainya.
Di sini nad kongsi dengan korang dua langkah rutin penjagaan kulit harian nad yang sangat mudah, cepat dan berkesan. Dua produk nad gunakan daripada Hansaegee Nature iaitu Aqua Whitening Cream dan Gold Nano CC Cream.


Pertama sekali selepas membasuh muka, nad akan pakai Aqua Whitening Cream. Aqua ni, ia dapat melembapkan kulit muka sekaligus dapat merawat sunburn dan kemerahan. Aqua ni pun nad dah pakai selama dua bulan, memang best. Muka memang lembap je, takd akering dah. Nak tau lebih lanjut berkenaan Aqua Whitening Cream ni, korang boleh klik link Aqua Whitening Cream dan perubahan yang nad alami.



Kemudian, nad sapu pula Gold Nano CC Cream ni.


Taraa..siap..Dengan dua produk ni sahaja, muka nad nampak glowing, natural,bertambah lembap dan segar..nampak tak..hehee..

Nad rekomen sangat la, untuk mereka yang nak cepat, tak suka makeup, tak suka makeup berat, guna dua produk ni sahaja. Memang senang kerja. Nad sendiri dah pakai, memang ia memudahkan kerja, senang diblend dan beri kemasa yang cantik pada muka. Lagipun boleh digunakan dengan dua cara sama ada natural atau sebagai makeup primer kemudian pakai foundation dan makeup. Nad pakai kedua-dua produk ni, alhamdulillah, muka elok dan tak beri kesan yang negatif malah positif..tu yang nad suka..hehee..




Dua produk dari Hansaegee Nature adalah produk penjagaan kulit di yang 100% diperbuat dari Korea Selatan. Semua bahan produk ini diluluskan secara sah dan selamat digunakan. Korang pun boleh dapatkan dua produk ni tau.Kadang-kadang Hansaegee Nature ada buat promosi..jadi check out
Hansaegee Nature
Website : www.hansaegee.com/shop
IG : ww.instagram.com/hansaegeenature/
FB Page : www.facebook.com/HansaegeeNature
Twitter: https://twitter.com/hansaegee
Youtube Page : www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia
hai assalammualaikum

Nak Bibir Merah Dan Cantik, Scrub Bibir Dengan Bubble Bubble Lip Mask Rire - Siapa yang alami masalah bibir kering dan mengelupas. Nad ni kadang-kadang je bibir jadi kering dan merekah. Bila tangan tak boleh duduk diam, nad tarik kulit bibir tu sampai darah..hahha. Banyak faktor yang menyebabkan bibir kering dan mengelupas, antaranya, kurang minum air, kesan gincu dan sebagainya. Ada banyak cara nak bagi elakkan bibir kering dan mengelupas malah jadikan bibir kita merah dan cantik. Selalunya orang pakai lipbalm je, apa kata, sekali sekala, korang buat scrub bibir. Bukan muka, badan je scrub, bibir pun ada scrub dia tau. Sekarang banyak produk kecantikan yang boleh kita manfaatkan untuk cantik. Apa yang nad buat, untuk bibir merah dan cantik, dua kali seminggu nad scrub bibir nad dengan Bubble Bubble Lip Mask.


Nad dapatkan Bubble Bubble Lip Mask Rire ni dekat Althea. Harga dia RM29 sahaja. Produk ini datang dalam botol pam 12mL, yang sangat mudah digunakan. Rasanya agak murah, jujur, dan reka bentuk pembungkusan sangat simple. Botol berwarna kuning dan hanya tulisan. Tapi nad tertarik untuk beli yang ni walaupun ada banyak lagi yang ada.

Menariknya, produk ni akan mengeluarkan buih dalam beberapa saat setelah disapu. Selepas tu,ia akan kering. Hah!, lepas kering gosok bibir, macam scrub tu. Masa tu kulit yang mengelupas akan tertanggal sekali, dan ia akan membuang sel-sel kulit mati.


Korang boleh tengok video ni. Ni nad tunjuk cara memakai Bubble Bubble Lip Mask Rire ni, senang sahaja.
- Pam sedikit di tangan, kemudian, sapu di bibir kita. Biarkan je sehingga buih-buih akan keluar. Sambil tu boleh tengok tv. Memang geli bila buih keluar, rasa macam ulat merayap..hahaa.
- Kemudian buih akan hilang sedikit demi sedikit dan akan kering.
- Lepas kering boleh gosok dengan perlahan bagi tanggalkan kulit yang merekah dan sel kulit mati.
- lap dengan kain atau tisu basah.
- Bibir akan nampak merah dan cantik.
- lepas tu pakai la lipbalm atau gincu. Cantik bibir tau.


Bubble Bubble Lip Mask Rire mempunyai ekstrak lemon untuk menjaga bibir dan mengelakkan kekeringan bibir berlaku. Sangat cepat bertindak dan mudah digunakan.


Botolnya yang kecil, mudah di bawa ke mana sahaja. Nad puas hati dengan bibir nad sekarang lepas menggunakan Bubble Bubble Lip Mask Rire ni. Bibir jadi merah dan cantik. Pakai gincu pun cantik je, dah tak merekah dan kering. Kalau korang nak cuba, boleh klik link DI SINI.
hai assalammualaikum

Hilangkan Mata Panda,  Eyebag Dengan Ruby Bulgarian Rose Hydrogel Eye Patch - Kita ni kalau tak cukup rehat,  tak cukup tidur,  mulalah ada eyebag,  mata panda ni. Kalau tengok cermin,  memang tak lawa. Mana taknya,  hitam dekat bahagian bawah mata..huhu.. Selalunya, kalau nak bagi mata segar,  nak hilangkan eyebag dan mata panda ni,  guna cara tradisional,  dengan menggunakan timun. Tepek je dekat mata. Tapi rasa macam tak berkesan pulak,  sebab timun tu tak melekat betul dekat mata. Pernah juga nad guna krim, ok jugala, kurang mata panda. Lepas tu, ternampak pulak satu produk ni dekat Althea untuk bawah mata,nampak kiut je. Terus grab.


Ni la dia produk nad guna sekarang untuk hilangkan mata panda,  eyebag tu,  Ruby Bulgarian Rose Hydragel Eye Patch. Packaging dia cantik kan,  warna pink dengan ade corak rose.


Belum pernah lagi nad cuba eyepatch gel ni. Bila nad buka je,  bau dia wangi sangat,  bau rose. Bila dipegang, ia seperti ade gel di situ. Bentuknya pula melengkung,  sesuai la diletak bawah mata. Terletak elok je dekat mata. Hah! ! Macam ni la elok.

Cara pakai pun senang je. Ia ada sediakan satu sudu kecil,  untuk kita ambil eyepatch gel ni dengan senang.  Kalau ambil dengan tangan memang susah,  sebab dia akan lari, yela ade gel. Macam korang pegang belut,  terlepas je. .Sebab badannya licin. .Hahaha. .Macam tu la nad boleh cakap. .


Dah ambil tu, letak dekat jari dan lekat bawah mata. Sejuk je mata tau.

Ruby and Bulgarian Rose Eye Patches diasaskan dengan ekstrak Bulgarian rose and powder ruby ​​untuk mencerahkan kulit dan meningkatkan keanjalan semasa menghidrat dan menenangkannya. Dibuat dengan teknologi hydrogel yang dapat memegang 90% air, keajaiban kecil ini menghidratkan undereye halus dan membolehkan nutrien untuk menembusi kulit dengan berkesan.


Setakat ni nad pakai ok je. Takda gatal,  lagi mata elok adela..hehee. Mata panda pun semakin berkurangan.  Ia sesuai dengan semua jenis kulit.

Kelebihan Ruby Bulgarian Rose Eyepatch.
- Menghidrat, menenangkan dan menyejukkan
- Mengurangkan bengkak dan mencerahkan bulatan gelap
- Mematuhi dengan baik ke kulit untuk memudahkan permohonan

Bahan-bahan utama
Serbuk Ruby - Mengandungi mineral untuk memastikan kulit tetap sihat
Asid hyaluronik - Humektan yang menarik kelembapan pada kulit, menjadikan ia lembap dan lembut
Ekstrak air Rose - Menghidratkan mendalam dan menenangkan kemerahan dan menjaga kulit supaya sentiasa muda.


Bagi korang yang ada masalah mata panda tu,  bolehla cuba guna Ruby Bulgarian Rosee Eyepatch ni. Nak dapatkannya,  tekan je link DI SINI.
hai assalammualaikum


Glam Makeup Dengan Althea Makeup

Glam Makeup Dengan Althea Makeup - Hah, ingat tak sebelum ni nad unboxing eksklusif Althea Makeup. Sebagai salah seorang Althea Angels, memang kitaorang la akan rasmikan dulu dan share best atau tidak produk terbaru Althea ni dekat pembaca. Apa yang nad boleh cakap, semua barang makeup eksklusif Althea memang best sangat. Cabaran kitaorang , perlu " menconteng" muka kita dengan Eksklusif Althea Makeup ni. Maksudnya kena makeup la..ehhee..Jadi nad pun dah sahut cabaran tu. Nad memang suka makeup muka ni walaupun tak pakar..ehhee. Tapi tak salah kita mencuba kan. Dalam banyak-banyak gaya, nad pilih untuk buat Glam Look Makeup. Nad gunakan semua produk Althea makeup. Jom tengok.


Korang boleh tengok video tutorial makeup nad buat. Macam nad katakan, nad tak pro tapi nad mencuba..huhu..



Pertama sekali, nad pakai Skin Relief Spot Fil Gel. Skin Relief ni diletak di bahagian muka kita yang ada jerawat sahaja. Janganla tepek semua muka, sebab skin relief gel ni bila dipakai ia akan jadi tegang, macam gam. Guna sedikit sahaja, bagi mengeringkan jerawat dan melindungi kulit itu serta membuatkan solekan diterapkan tanpa ada kesan. Bestnya, ia juga boleh rawat jerawat kita, kerna ia mengandungi minyak pokok teh dan campuran Centella dan daun pinus mengekstrak kemerahan yang tenang, merawat jerawat. Jadi masa pakai makeup tu dia kasi tutup jerawat..hah!!..kornag boleh klik Skin Relief Spot Gel kalau nak cuba.




Selepas tu nad apply  Flawless Creamy Concealer Althea. Concealer Althea ada 4 jenis warna iaitu Vanila, Ginger, Honey dan Mocha. Nad pakai di bahagian mata yang panda, bahagian hidung, bahagian ada jerawat, dan juga buat sebagai shading di bahagian rangka tulang pipi..Nad pakai semua nak tengok macam mana hasilnya..

Hasilnya woww sangat. Althea Flawless Creamy Concealer ni memang best sangat tau. Menariknya sebab ia full coverage, yang mana semua bekas jerawat, dan jerawat tak nampak langsung. memang menakjubkan..ehehe.Kulit nampak licin dan sekata je. Formula concealer ini dibuat dengan Aquaxyl untuk melembapkan dan memperbaiki kesihatan keseluruhan kulit, sementara sifatnya yang tahan lama memastikan ia tetap di wajah anda sepanjang hari.

Korang kalau nak beli, boleh klik Flawless Creamy Concealer




Seterusnya, kita conteng bahagian mata pulak. Eyeshadow Pallete Sunrise & Moonrise. Cantik sangat warna dia tau. Pakai je mana-mana dan blend. terus jadi cantik..ehehe. Eyeshadow ni mudah diblend dan warna dia memang sangat pigment tau. Ikutla cara nak blend macam mana. Sunrise & Moonrise! merupakan kerjasama Bunga Citra Lestari. Bunga Citra Lestari adalah penyanyi Indonesia yang telah menghiasi layar di seluruh Asia Tenggara. Dia juga ikon kecantikan dan fesyen yang memancarkan gaya, kecantikan dan kewanitaan.

Macam nad, first nad ambil #1 shimmery nude, lepas tu apply #2 matte light brown, seetrusnya #5 rich brown bagi buat bahagian tepi sahaja. Lepastu ambil #8 cool puprle letak dibahagian tepi..Last sekali ambil #4 metallic gold, letak di tengah-tengah. Bagi nampak mata berkilau gitu.


Macam mana, ok tak..ehhee..Nampak glam tak. Nad belajar dari youtube..hehee. Korang dapatkan Eyeshadow Pallete Sunrise & Moonrise ni tau. Boleh klik Eyepallete Sunrise & Moonrise





Memang kalau boleh nak pakai semua, tapi nanti over pulak..hahaa.. Nad bagi tambah mata berkelip dengan memakai Spotlight Eye Glitter. Nak bagi namapk berkelip-kelip mata..hahaa. Mula nad fikir nak letak dekat garisan mata tu, tapi jadi lain pulak, terus nad sapu je dekat mata. Lepas tu letak bawah mata. Aarrghh memang pedih la, meleleh air mata..hahaa..sensitif kalau tak pernah pakai..hahaa. Tapi memang lawa. Ada dua warna Gold Light dan pink light.Boleh klik di Spotlight Eye Glitter. Murah je.



 Last sekali mestilah bahagian bibir. Pergh, Watercolor Cream Tint Althea memang semua warna dia menyerlah..kadang takut nak pakai warna menyerlah-menyerlah ni..hahaa. Tapi tak salah pun pakai, bibir nampak seksi kau..hahaa. Nak pakai sikit-sikit pun boleh. Mempunyai 4 warna yang berbeza #01 Plum Cream, #02 Strawberry Cream, #03 Peach Cream dan #04 Marron Cream. Semua rasa macam buah..hahaa. Nad suka peach..

Dapatkan OFF 10% pada Tint Set Krim Watercolor yang dilengkapi dengan kotak hadiah istimewa! Boleh bagi hadiah  untuk rakan-rakan, keluarga, atau diri sendiri! Klik Watercolor Cream Tint


Jadi macam mana tengok nad pakai, ok kan semua Althea Makeup ni. Apa tunggu lagi, dapatakn you alls..
Website : http://my.althea.kr/
Facebook : http://www.facebook.com/altheamalaysia
Instagram : http://www.instagram.com/altheakorea
Youtube : http://www.youtube.com/c/AltheaKoreaTV

hai assalammualaikum

Tips Muka Sentiasa Lembap dan Cerah, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Jawapannya

Tips Muka Sentiasa Lembap dan Cerah, Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature Jawapannya - Walaupun nad seorang surirumah, jarang keluar, nad tetap jaga muka, tetap pakai basic skincare routine supaya muka sentiasa cantik berseri. Paling penting jangan lupa pakai moisturizer muka tau, sebab moisturizer tu la buatkan muka kita jadi lembap dan tak kering. Kalau korang ingat atau nampak moisturizer yang nad guna sekarang, moisturizer Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature, nad ada post dekat facebook dan instagram, pernah juga cerita  di blog, boleh tekan link SINI, memang dah jadi peneman setia nad sekarang moisturizer ni. Aqua Whitening Cream ni la rahsia yang buat muka nad sentaisa lembap dan cerah.

Aqua Whitening Cream, berasakan water drop


Kalau sebelum ni, nad kongsi berkenaan produk tu, kali ni nad nak share perubahan yang nad alami setelah sebulan menggunakan Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni.

Kulit semakin lembap dan Cerah
Kalau sebelum ni, nad memang jarang pakai moisturizer, sebab kebanyakan moisturizer buat muka jadi melekit dan berminyak. Tapi sejak pakai Aqua Whitening Cream, muka nad jadi lembap selalu walaupun cuaca panas terik. Muka dah tak kering dan makin bertambah cerah. Aqua Whitening Cream ni jenis water drop, bila sapu je akan keluar titisan air. Titisan air tu la yang membuatkan muka lembap selalu, dan ia meresap dengan lebih cepat dan tidak melekit.

Muka makin anjal dan glowing

Bila nak keluar, nad tak lupa sapu Aqua Whitening Cream, bagi memberi pelindungan kulit muka dari cahaya matahari. Nak keluar menghadap cuaca panas terik  pun dah tak risau.

Kulit jadi glowing dan anjal
Dengan kandungan Niacinamide; penggunaan konsisten bukan saja dapat melembapkan kulit, ia juga dapat mengembalikan keanjalan kulit dengan mencegah penuaan. Memang setiap hari, nad akan sentuh kulit muka nad, perempuan biasalah, kalau kulit dah cantik nak sentuh je..hehe. Nad rasakan kulit nad bertambah lembut dan tak kasar. Bila muka dah lembap ni, memang dia buat muka makin anjal dan glowing. Kalau sebelum ni, nad buat video pun teragak-agak, tapi sekarang, nak video untuk tutorial makeup ke, atau apa-apa la tanpa pakai makeup pun confident giler..hehee.

Jerawat hilang dan tiada kesan parut
Bestnya, Aqua Whitening Cream ni,juga mampu merawat kulit muka kita. Kandungan ekstrak herba dalam bahan produk ini berupaya membaikpulih dan merawat masalah kulit kering, tona tidak sekata, kulit radang sebab sunburn atau kulit sensitif yang kemerah-merahan (redness).

jerawat, kemerahan hilang sedikit demi sedikit

Haritu, tiba-tiba je jerawat keluar, mungkin nad tertekan, yela dengan kerja, dengan anak lagi dan tak cukup rehat. Nad memang sentiasa pakai Aqua Whitening Cream ni sebab ia juga berfungsi untuk merawat. Setiap hari tak kira siang dan malam nad pakai aqua ni, dan tak sangka, jerawat yang ada ni mengecut dan hilang tanpa meninggalkan bekas pun..seronok giler..yela selalu kan kalau ada jerawat, mesti tinggalkan parut..

Aqua Whitening Cream sebagai asas makeup

Aqua Whitening Cream Sebagai Asas Makeup
Kalau sebelum ni, nad keluar, mesti pakai makeup tebal-tebal sikit, semenjak pakai Aqua Whitening Cream, setiap kali keluar, sebelum makeup, nad akan apply dahulu Aqua Whitening Cream ni jadikan dia sebagai basic makeup. Selain nak lindung kulit  kita dan bagi lembap, Aqua Whitening Cream mampu buat makeup kita tahan lebih lama. Muka pun nampak cantik je, makeup sekata je dari pagi sampai ke malam.

Krim berwarna putih yang ringan dan tidak melekit

Titisan air yang keluar akan meresap ke dalam kulit 

Kandungan utama Aqua Whitening Cream :
Camellia Japonica Seed Oil
- Non-comedogenic; tidak menghalang liang pori, merawat kekeringan dan kerosakkan kulit kerana sunburn atau redness (kemerah-merahan) dengan menyalurkan kelembapan jauh ke dalam lapisan kulit wajah
- Niacinamide (juga dikenali sebagai Vitamin B3)
Membaiki tona kulit wajah dengan mencerahkan, membersih dan menganjalkan semula kulit kau orang. Kesan ini dirumuskan dengan ekstrak herba yang memberikan penembusan jauh ke dalam kulit, so kulit kau orang tampak lebih berseri !

Bahan utama lain: Water, Cyclopentasiloxane, Cyclohexasiloxane, Glycerin, Pinus densiflora leaf extract, Sodium chloride, Angelica acutiloba root extract, Cnidium officinale root extract, Paeonia albiflora root extract, Rehmannia chinensis root extract, Prunus armeniaca (Apricot) kernel oil, Betaine, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, DMDM Hydantoin, Perfume, Gardenia florida fruit extract.

Banyak Kebaikan Aqua Whitening Cream

Fungsi dan Kebaikan Aqua Whitening Cream:
- Memberi kesan kelembapan yang tinggi ke kulit sepanjang hari
- Segarkan semula kulit - Kulit anda berasa sejuk & lembut
- Kawalan lebihan minyak / sebum
- Pemutihan kulit
- Menghidratkan kulit anda.
- Meningkatkan nada kulit yang tidak sekata
- Mencerahkan nada kulit
- Menenangkan kulit sensitif dan kulit yang kukuh
- Pembaikan kemerahan dan kulit terbakar yang rosak
- Bahan semulajadi, tumbuhan, menenangkan kulit
- Boleh digunakan pada waktu pagi sebelum memakai make up
- Digunakan waktu pagi dan malam

Untuk pengetahuan korang, produk Hansaegee Nature yang berasal dari Korea ini telah lama berada di Malaysia tau. Kebanyakan produk mereka banyak mendapat feedback positif. Nad pakai ni pun sebab nampak feedback kawan-kawan. Nad pun share la pengalaman dan perubahan nad alami ni dekat korang pulak. Setiap skincare yang kita guna mestilah dipakai sekerap mungkin dan konsisten kalau nak hasil yang memuaskan. Memnag nad syorkan moisturizer ni dekat korang.

Hansaegee Nature

Untuk Matlumat Lanjut :
Company name: Hansaegee Nature
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia





hai assalammualaikum


Pembersih Makeup Safi Micellar Natural Cleansing Water, Diperkaya dengan Formulasi 100% Bahan Aktif Semulajadi Dan Tidak Memedihkan Mata

Pembersih Makeup safi Micellar Natural Cleansing Water - Sebelum bersihkan muka dengan pembersih muka, bila pakai makeup wajibla cuci makeup tu dengan pembersih makeup tau. Baru betul-betul bersih muka kita. Kalau terus cuci muka dengan pembersih muka, takut ada makeup yang tak hilang lagi, tu sebab boleh mendatangkan jerawat..hehee. Sekarang nad memang jaga muka, taknak jadi macm dulu. Untuk pembersih makeup, tak smeua kadang ok dengan kita, jadi pilihla mana yang bersesuaian. Ni nad nak bagitau, Safi ada keluarkan pembersih makeup uii..Nad dah cuba,memang best.

Safi Micellar Natural Cleansing Water rangkaian pembersih solekan " mesra Kulit " diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi yang lembut dan membersihkan kotoran dengan sapuan. Kadang ada pembersih muka yang boleh pedihkan mata dan keringkan kulit, tapi pembersih makeup safi tak. Rangkaian pembersih makeup Safi ini telah dibuat penyelidikan oleh SERI ( Safi Excellence in Research and Innovation Centre, makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia.

Tengok botol pun menarik. Ada tiga jenis variasi Pembersih Makeup Safi


1) Safi Micellar Natural Cleansing Water - Rose
- Botol berwarna pink, sesuai untuk kulit normal dan kombinasi. Bau dia sedap, bau bunga rose. - Diformulasi dengan 100 % bahan aktif semulajadi Ros, ia membersihkan solekan kotoran denagn 1 sapuan serta mengicilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat, hasilnya kulit segar dan berseri.


2) Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem
- Botol berwarna hijau dansesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat.
- Ia membersihkan solekan dan kotoran dengan 1 sapuan mengawal jerawat, hasilnya kulit berseri tanpa cela.


3) Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber
- Botol hijau cair, warna timun, bau pun, bau timun..hehehe...Sesuai untuk semua jenis kulit
- Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Mentimun. Iamembersihkan solekan serta melembap dan juga menyihatkan kulit.Hasilnya kulit lembut dan bermaya.


Safi Micellar Natural Cleansing Water produk pembersih lembut berasaskan air yang jernih, menanggalkan solekan dan kotoran dengan efektif tanpa bilas, disamping mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit secara semulajadi.

Telah diuji secara dermatologi, bebas daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna alkohol, Paraben, Propylene Gylcol dan semestinya Halal. Kombinasi formulasi manfaat alamiah dan bebas bahan kimia produk ini tidak memberikan kesan kekeringan ketika digunakan.

Kalau korang nak, korang boleh dapatkan di semua farmasi dan pasaraya berdekatan di Malaysia. Harga untuk Safi Micellar Natural Clenasing Water ialah RM17.25.

Untuk Maklumat lanjut dan promosi dari Safi, layari laman sesawang rasmi SAFI di
website: www.safi.com.my
Facebook: www.facebook.com/SAFIMalaysia
Instagram: www.instagram.com?SAFIMalaysia