hai assalammualaikum

Kool Fever Kurangkan Demam - Dah hari kedua belas kita menyambut Syawal..sekejap je kan..aritu baru je kita sambut Ramadhan..sekarang dah seminggu lebih sambut raya..makan jangan cakap la..apa orang sediakan, kita bedal jela..Tapi raya tahun ni nampak macam kurang meriah mungkin disebabkan tragedi pesawat MH17. Tahun ni pun semua adik beradik raya dekat belah mak mertua masing-masing.. Nad pun raya dah tunggang terbalik..boleh pulak ulang alik klang ke kuala lumpur..nampak sangat " dekatnya".. Nampaknya tahun depan kene buat perancangan dengan betul.. 

Raya-raya ni cuaca tidak menentu, sekejap hujan sekejap panas.. Minum air pun sejuk-sejuk..nah amik kau kan dah demam.. Balik kuala lumpur je terus demam..siap package demam, batuk dan selsema..huaaa..tak larat..dah terlantar dekat sofa je ni..online pun dah larat.. Tadi baru je pergi klinik.. Macam biasalah kalau pergi klinik doktor mesti cakap sakit ape.. Doktor oo doktor.. Nad pun cakapla demam..dah tau dah ubat demam sama je.. Dekat rumah ni banyak ubat demam sebab sebelum-sebelum ni nad ada demam jugak..dah pesan dekat jejaka mafia tak payah pergi klinik tapi dia suruh juga..yela kot-kot ada penyakit lain?dia risau..ok kita ikutkan aje..


Satu benda bila demam nad suka pakai ialah kool fever . Nad beli untuk orang dewasa punya..Nad suka pakai sebab dia sejuk bila letak dekat dahi atau leher...dapatla kurangkan panas dalam badan ni..lepas  beli je nad letak dalam peti ais biar sekejap lepas tu pakai..hahhh..rasa lega je.. Nad penah baca dekat blog, tak bagus kool fever ni, kalau letak satu tempat je, jadi nad buat macam kain lap, sekejap letak kat dahi sekejap letak dekat leher.. Kool fever ni Dewasa menyerap dan menyebarkan haba dengan berkesan..

Cara gunakan
1) buangkan lapisan nipis diatas gel biru
2) latak dileher atau dahi
3) biarkan semalaman






Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. sama lah..Za pun suka guna kool fever bila demam..sejuk ja..semoga cepat sembuh dari demam ya sis..

    ReplyDelete
  2. pakai cool fever ni sejuk semacam jadi. tak tahan aku. brrr~~

    ReplyDelete
  3. Bole juga cuba Performance Drink dan Nutriferon untuk high imune system badan :)

    ReplyDelete
  4. Lar.. demam pulak. Tak pernah lagi guna cool fever ni. Memang berkesan ke?

    ReplyDelete