hai assalammualaikum

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar Perak - Lepas je kenduri belah lelaki dah selesai, nad sekeluarga dan saudara bergerak nak pulang. Sebelum balik sebenarnya nak jugak tau apa tempat menarik di Perak ni, tapi malangnya tak sempat. Jadi saudara nad cadang pergi ke Kuala Kangsar untuk singgah di satu masjid ni untuk menunaikan solat. Pertama kali nad datang masjid ni, sangat cantik dan besar. Nama masjid ni ialah Masjid Ubudiah.




Masjid Ubudiah merupakan antara masjid tercantik di Malaysia dan senibinanya amat mengkagumkan. Ia antara mercu tanda Kuala Kangsar, bandar diraja Perak.

Masjid ini dikatakan telah dibina sejak zaman Sultan Idris Murshidul Adzam Shah 1 lagi, iaitu pada tahun 1910. Namun, pembinaannya tertangguh apabila dua ekor gajah kepunyaan Sultan Idris Shah dan Raja Chulan bergaduh dan menyebabkan semua jubin marmaryang diimport dari Itali itu pecah.


 Sehinggalah pada Tahun 1917 barulah masjid  ubudiah dengan rasminya dibuka oleh Sultan Abdul Jalil Nasaruddin Shah iaitu Sultan Perak yang menggantikan Sultan Idris yang mangkat pada Tahun 1916.  Perbelanjaan pembinaan masjid Ubudiah ketika itu di anggarkan berjumlah RM220,000.00




Terdapat sejarah mengenai Masjid Ubudiah ni. Semuanya ada diceritakan diatas batu ni.







Masuk je ke dalam masjid, Masyallah, cantik dan luas dengan cahaya lampu yang menyinari setiap ruang.Tambahan pula,Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil  yang berwarna keemasan itu memang cukup menarik. Ruang solat ini juga turut dilengkapi dengan penghawa dingin bagi menambahkan keselesaan para muslimin dan muslimah yang berkunjung untuk beribadah disini.




Masa mula-mula masuk, nad tak perasan ada kolam ni, bila habis solat je dan keluar baru nad perasan. Cepat-cepat nad suruh anak buah amik gambar. Kolam ini dilengkapi air pancut yang memberikan kedamaian kepada pengunjung.



Di sebelah masjid terdapat makam-makam diraja dan kerabatnya. 
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

9 comments so far,Add yours

  1. Walau kelahiran Perak, namun baru sekali berpeluang solat di dalam masjid ni. Ada org jual cendol x depan tu?

    Thnks komen entri an pcl jwb sini :
    @Nadia, disebalik rasa sedih tu ada lucunya pada saya..bagi pcl sesuatu yang melucukan itu ialah sebuah kenangan yang boleh menggeletek hati sendiri bila mengigatkannya kembali. Senyum mengenangkan kelucuan kerja main main tu ..tp mungkin tidak bg org lain.

    ReplyDelete
  2. belum pernah lagi ke perak.. lawa masjidnya..itu sapa tu..nad ke tu..hehehehe

    ReplyDelete
  3. belum pernah lagi ke perak.. lawa masjidnya..itu sapa tu..nad ke tu..hehehehe

    ReplyDelete
  4. pcl..OOO..hehee..betul2 kalau diingat balik pasti gelak sorang-sorang

    Zaza..nad la tu..hahaa..ade orang lain ke..hehe

    ReplyDelete
  5. Satu hari nanti saya mesti ke sini..

    ReplyDelete
  6. wah... mmg cantiklah masjid ni Nad. Thanks info bermanfaat ni ya ^__^

    ReplyDelete
  7. cantiknya masjid nii... tapi cam takde orang jeeee

    ReplyDelete
  8. HARI BAIK KANAK-KANAK MY MALISIA

    TESTIMONI PADA BAGAIMANA saya MENYAMBUNGKAN PINJAMAN UNTUK MEMBELI RUMAH DARIPADA SYARIKAT PINJAMAN YANG TERSEBUT DAN BANYAK YANG DISEBABKAN JOSE LUIS LOAN SYARIKAT. Saya SANGAT MENJALANKAN HARI INI DAN ALLAH ALLAH.
    ,
    Nama saya Ali Sawwa Saya berasal dari bandar sabah
    Di malysia Saya telah berkahwin, saya telah mencari syarikat pinjaman tulen selama 5 bulan yang lalu, untuk membeli sebuah rumah
    Semua yang saya dapat adalah sekumpulan penipuan yang membuat saya mempercayai mereka dan pada akhirnya
    Pada hari itu, mereka mengambil wang saya tanpa memberi apa-apa balasan, semuanya
    Harapan saya hilang, saya keliru dan kecewa, saya tidak pernah mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat pinjaman di internet, jadi saya pergi untuk meminjam wang dari
    Kawan, saya beritahu dia semua yang berlaku dan dia berkata dia boleh membantu saya, itu
    Dia tahu syarikat pinjaman yang boleh membantu saya dengan apa-apa jumlah pinjaman
    Diperlukan oleh saya dengan kadar bunga yang sangat rendah sebesar 2%, dia baru saja mendapat
    Pinjaman daripada mereka, dia mengarahkan saya bagaimana untuk memohon pinjaman, saya lakukan
    Sama seperti dia memberitahu saya, saya memohon dengan mereka di Email: (joseluisloans@gmail.com) saya tidak pernah percaya tetapi saya cuba dan saya
    Kejutan besar saya mendapat pinjaman dalam masa 24 jam, saya tidak percaya,
    Saya gembira dan kaya lagi dan saya berterima kasih kepada Tuhan bahawa pinjaman itu
    Syarikat-syarikat seperti ini masih wujud semasa penipuan ini di seluruh tempat,
    Sila saya nasihatkan semua orang di luar sana yang memerlukan pinjaman untuk pergi
    (Joseluisloans@gmail.com) mereka tidak akan gagal, dan
    Hidup anda akan berubah seperti yang dilakukan oleh saya.Beliau hubungi syarikat pinjaman JOSE LUIS hari ini dan dapatkan pinjaman anda daripada mereka, Tuhan memberkati syarikat pinjaman JOSE LUIS untuk tawaran pinjaman tulen mereka.
    Pastikan anda menghubungi JOSE LUIS Pinjaman untuk pinjaman anda kerana saya mendapat pinjaman saya berjaya dari syarikat ini tanpa tekanan.
    [[[

    ReplyDelete