hai assalammualaikum
Best Menginap Di Ipoh Bali Hotel, Unik Punya Hotel Di Ipoh Perak - Pernah sebelum ni nad dengan keluarga kecil nad menginap di Kinta RiverFront Hotel and Suites di Ipoh, waktu ni, suami ada kerja dekat sana, dia angkut sekali keluarga dia pergi sana. Tapi waktu dengan suami tak sempat jalan-jalan Ipoh sebab anak meragam. Kali ni, nad ke Ipoh dengan bestie Cici dan Sally. Saja nak me time, yang betul-betul me time..hehee. Kitaorang rancang bercuti 2 hari 1 malam sahaja. Bila fikir bercuti ni, mestilah fikir hotel dulu, tempah awal-awal dulu. Yang mencari hotel ni Cici, banyak la dia cadang hotel yang ada di Ipoh, dan akhirnya decide untuk pilih Ipoh Bali Hotel, hotel berkonsepkan bali.
Entah bila nak pergi Bali kan, kita rasa dulu, amik feel dulu vibe Bali ni dekat Ipoh Bali Hotel..hehe. Sampai je dekat hotel, terus ambik gambar dekat luar..hehee. Dari luar je dah unik dan menarik, belum lagi bahagian dalam. Ambil feeling Bali jom..hehehe. Selalu hotel kita menginap tinggi bangunan, tapi Ipoh Bali Hotel dia lain dari yang lain.