ORDER MAKANAN DENGAN MUDAH DI FOODPANDA

in , by Nadia Johari, 02:39:00
hai assalammualaikum

Order Makanan Dengan Mudah di FoodPanda  - Ada sesiapa suka makan, tapi malas nak keluar? Dah jemu dengan makanan yang sama? Hah masa ni lah korang boleh melantak apa sahaja makanan korang suka, dari tradisional, ke makanan barat. Sangat mudah dan senang, hanya di hujung jari sahaja. Tiada lagi masalah kesesakan lalu lintas dan memikirkan parking. Semuanya di hujung jari. Hanya order melalui online dan makanan akan dihantar terus depan ke rumah..senang kannn. Jom order makanan dengan Foodpanda.


Foodpanda adalah perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian yang memudahkan pelanggan untuk memesan makanan dari restoran-restoran terbaik di Malaysia dan akan dihantar terus ke rumah. Dengan lebih daripada 500 restoran dipilih, foodpanda membuat penghantaran makanan di Malaysia lebih cepat dan lebih mudah. Pelanggan boleh memesan makanan dari rantaian antarabangsa popular seperti Tony Roma, Kenny Rogers Roasters, Sushi King dan banyak lagi atau pelbagai jenis hidangan seperti sushi, makanan India, Melayu, Timur Tengah Makanan atau makanan barat. Ia akan dihantar dalam masa yang singkat.

 
Dengan Foodpanda, makanan boleh ditempah tanpa terhad dengan makanan dari restoran terbaik yang terdapat di semua bandar-bandar utama di Malaysia termasuk Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Subang Jaya, Cyberjaya, Shah Alam, Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru dan Johor Tebrau.

Cara nak Order


Pergi ke laman web Foodpanda.my. Lepastu korang masukkan la tempat kawasan korang.
Dah pilih restaurant mana korang nak, korang pilih menu pula. Oh kalau korang ade sebarang masalah, chat tu boleh membantu korang, bagitau la masalah apa korang hadapi, dengan pantas dia jawab..hehehe

Lepas dah selesai order korang kene isi details korang untuk tujuan pemasaran dan bayaran. Kalu rasa taknak menu tu, korang boleh change dekat YOUR ORDER tu.


Cara penghantaran dan bayaran..


hah bawah Cash delivery tu ade kotak tempat voucher..kalau korang ade voucher code masukkan dekat situ nanti dia siap-siap tolak harga..taula nanti korang kene bayar berapa lepas tolak voucher.
Korang  boleh membayar tunai pada penghantaran atau membayar dalam talian melalui kad kredit

Senang kan..mula-mula memang terkial-kial..pastu dah tau mesti korang nak pesan lagi..haahah 


Foodpanda App boleh dimuat turun dengan mudah di telefon dan tablet dengan percuma. Dalam beberapa langkah mudah, dah boleh mengakses perkhidmatan foodpanda dari mana-mana sahaja. Tambahan pula, melalui apps, pelanggan baru boleh membaca komen yang ditinggalkan oleh pelanggan sebelumnya mengenai pesanan mereka dan pengalaman keseluruhan. 



Inilah makanan nad yang nad order, yup nasi untuk makanan tengahari..Penghantaran satu jam dari nad order. Kalau makanan lain mayb lagi cepat..mungkin makanan ni tak nampak menyelerakan, takpe nanti nad order lagi..hehehe

Maklumat lanjut mengenai foodpanda


Page FB : Foodpanda

 We are there for you every day from 11am to 11pm.
Contact 1-300-800-262

SHARE 9 comments

Add your comment

  1. senangnya ada foodpanda nih :)

    ReplyDelete
  2. wah hebat!..semua tempat ke ada. :)

    www.empayarmarlisha.com

    ReplyDelete
  3. "mungkin makanan ni tak nampak menyelerakan, takpe nanti nad order lagi..hehehe"

    jujur ayat di atas..hahaha

    ReplyDelete
  4. waduh..klau servce tok kampung ada tak

    ReplyDelete
  5. Senang ja..klik klik oda saja

    ReplyDelete
  6. Waahhh..bole try ni..mmg tgh lapar...tp mls nk kluar..hehe

    ReplyDelete
  7. Kat melaka xde ke foodpanda nie

    ReplyDelete
  8. I have read all the comments and suggestions posted by the visitors for this article are very fine,We will wait for your next article so only.Thanks! Foodpanda customer care

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS
#toc 2