hai assalammualaikum

Joe Flizzow Dan Sonawan Juara AJL 29 - Pentas Akhir Anugrah Juara Lagu 29 telah melabuhkan tirainya semalam. Tapi nad tak sempat nak tengok dari awal sebab balik lewat dari kenduri kawin. Dapat tengok masa DAyang Nurfaizah nyanyi je sampailah ke keputusan AJL 29..takpelah..mintak kawan post kan semula dari awal..hehee..


Seperti yang sedia maklum, malam semalam 18 Januari 2015 telah berlangsung satu majlis berprestij iaitu Anugerah Juara Lagu ke 29 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 18 Januari 2015 .Program ini akan disiarkan secara langsung di TV3 jam 9:00 malam. Sebanyak 12 lagu akan dipertandingkan pada Anugerah Juara Lagu 29 ini yang akan bersaing merebut gelaran juara Anugerah Juara Lagu ke 29. Dihoskan AG HotFM dan Scha Alyahya, AJL29 menampilkan tema Gema Dalam Muzik tahun ini

Antara 12 finalis yang akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu 29 adalah seperti berikut. 
- Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
- Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
- Romancinta (Mojo)
- Gadis Jolobu (Datuk Hattan dan Waris)
- Lelaki (Najwa)
- Percayalah (Indah Ruhaila)
- Gila (Stacy)
- Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
- Rentak Laguku (Bunkface dan Amy Search)
- Matahari (Hafiz Suip)
- Apa Khabar (Joe Flizzow dan Sonaone) 
- Malaikat (Hazama The Penglipurlara).

Keputusan Juara Lagu AJL 29

Juara AJL 29 : Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
Membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi
 
Tempat Kedua : Shila Amzah – Masih Aku Cinta



Tempat Ketiga : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
 Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga



Persembahan Terbaik : Mojo & Caliph Buskers – Romancinta




Tahniah kepada semua pemenang
Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

8 comments so far,Add yours

  1. Tahniah kpd pemenang.. suka sgt dgn vocal caliph buskers... mantap.. lama dah tak dgr vocal live semantap tu.. salute!!.. :)

    ReplyDelete
  2. selamat malam..singgah sini jalan jalan..hehehe...
    ruang iklan + review blog/ business dibuka :D
    jom join giveaway juga :D jgn lupa singgah blog Syira Lokman..

    ReplyDelete
  3. Hebat hebat semuanya..tahniah untuk para pemenang

    ReplyDelete
  4. same lahh... tak dapat tengok jugak... tapi dapat dgr kat radio dari mula sampai habiss.. macam best jer.. lagu2 semua gempak2.. tak sangke the winner is pencinta hip hop.. terbaikkk...!!!

    ReplyDelete
  5. tahniah kepada semua. nani suka dayang tu je. heheh :D

    ReplyDelete
  6. Sesal Separuh Nyawa-lagu yang sedap didengar kerana vokal,lirik dan garapan muziknya yang begitu terkesan di hati namun lontaran vokal sedikit kurang pada malam anugerah itu.

    ReplyDelete
  7. rezeki dorang kan..nak buat macamana.tak perlu la kita nak pertikaikan lebih2 huhu.

    Tahun ni hafiz tak menang, takpe la tahun depan ada lagi :)

    ReplyDelete