hai assalammualaikum

 Legoland Waterpark - Memandangkan tiket kami masuk sehari je, dan masuk waktu untuk Waterpark adalah dari pukul 10 pagi hingga 6 petang, kami semua bergegas melakukan aktiviti dalam satu hari. Tu sebab masa sampai korang terus pergi Theme Park, dah selesai, terus pergi water park..Memang ngam-ngam pukul 6 petang die dah tutup. Lain la kalau tiket korang untuk dua hari, bolehla korang usha Theme Park sehari suntuk lepas tu esoknya pergi Water park..tu sebab kami tak puas..hahaa..rasa nak repeat je lagi..haishh..ok dah jangan membebel..jom nak cerita pasal Legoland Waterpark ni..

Tiket masuk Water Park sama tiket nak masuk Theme Park..so korang kene simpan elok-leok la tiket tu.. Habis masuk Theme Park sampai kul 3..jadi kul 4 dah check in hotel..kami bergegas tukar baju lepas tu terus masukWater Park..


Legoland Waterpark ni telah dilancarkan pada 21 October 2013. Taman air bertemakan semuanya lego..memang best ooo..disebabkan terlalu seronokla kami semua tak dapat main semua..hahaha..Kat sini ade locker untuk simpanan barang tapi bak haii..mahal nor..jadi sesiapa yang tak mandi kene pegang la barang kami yang nak mandi ni..hehehee..



Water Park ni pun ada macam-macam tempat.. pertama Build- A-Ralf..yang ni ko relaks je dengan pelampung die jalan sendiri..best..best..


kedua Joaker Soaker..orang dewasa pun tak terkecuali main bende ni..hahhaa..

 Kat sini die ade buat tumpahan air yang banyak..hahaa..Nad penah rasa dekat gambang..tapi kat sini tak dapat..hahhaa..


Lego Wave Tool..tempat berenang, santai semua la..luas dan ade berombak..Dia ada sediakan life jacket untuk mereka yang tak sampai ketinggian..hehee..atau nak berenang ...

Kat sini ade beberapa jenis permainan gelongsor..Ada gelongsor yang naik beramai, naik berdua, naik seorang dan ada yang baring...




Nad naik yang warna merah tu..uu best..ade jugak naik yang beramai..memang syokla...Nak ke sini ke bawak kawan-kawan baru best...

khas untuk kanak-kanak..Imagination Station. Pada satu, kanak-kanak boleh membina jambatan, empangan dan bandar-bandar daripada batu bata DUPLO® dan menguji mereka terhadap aliran air. Pada yang lain, mereka mengawal aliran air dengan mewujudkan corak daripada unsur-unsur LEGO®. Di kawasan lain, yang air muzik berdiri dengan satu siri lubang di atas yang memancut air membolehkan kanak-kanak untuk menjadi konduktor simfoni air mereka sendiri kerana mereka menutup lubang mencipta nota muzik baru.

Kemudahan yang ade dekt sini..
 kedai makanan..main air bukan main lapar kan..boleh singgah sini

Ada tempat pengering baju..

Ini jela nad dapat cerita tentang legoland Water Park..Nad sarankan sampai sini korang main semua..


Entry sebelumnya boleh baca dekat sini:

1) LEGOLAN MALAYSIA : BERCUTI DI LEGOLAND MALAYSIA BERSAMA KBBA 

2)  LEGOLAND MALAYSIA : THEME PARK LEGOLAND ( MINI LAND ) PART 1 

3) LEGOLAND MALAYSIA : 5 KAWASAN THEME PARK LEGOLAND YANG LAIN PART 2

4)  LEGOLAND MALAYSIA : LEGO STAR WARS MINILAND SALAH SATU TARIKAN DI LEGOLAND


 

Share To:

Nadia Johari

Post A Comment:

5 comments so far,Add yours

  1. Bestnya..tak pernah pergi lagi. Berapa ye tiket skarang?

    ReplyDelete
  2. tempat pengering baju tu berhaba ke kak Nadia?

    ReplyDelete
  3. wahh.. bestnya. Bila la kite boleh pergi sini pulak

    ReplyDelete
  4. Aima kalau water park ni kureng sikit. Takut lemas. Hehehe, legoland insyaAllah bila baby dah besar nanti kot baru pegi.

    ReplyDelete
  5. Tengok jer mereka bersuka ria di Legoland hahahaa..

    ReplyDelete