PERTUKARAN KE SKIM UJRAH PTPTN

in , , by Nadia Johari, 03:34:00
hai assalammualaikum

Pertukaran Ke skim Ujrah PTPTN - Ujrah?? Apa tu erk?? hah..korang yang pengguna PTPTN mesti pernah dengar Ujrah kan. Nad dah lama tau berkenaan ujrah ni tapi baru tahun ni nak buat..gedik kan..hahaa..yela sekarang barulah ada masa nak buat..sebelum ni sibuk memajang..ececehh yola ko nad..

UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan. Siapakah yang layak untuk pembiayaan ujrah?
1. Semua pelajar yang memohon pembiayaan pendidikan PTPTN.
2. Semua peminjam yang masih meneruskan pengajian.
3. Semua peminjam yang telah tamat pengajian atau pembiayaan telah dikeluarkan sepenuhnya kepada peminjam.




Kawan UUM nad kebanyakannya dah buat ujrah. Diaorang cakap bila buat Ujrah kadar faedah 3& tu berkurangan jadi 1%..so makin berkuranganla kita akan bayar kan..kann...jadi nad pun nak jugak buat ujrah ni. Nad buat dekat UTC pudu.

 Sampai sana, nad tanya pakguard merangkap kaunter pertanyaan jugak..hehee..nasib pakguard tu sempoi dan mampu layan ornag yang keluar masuk PTPTN tu..Pastu tanyala dekat pakcik tu, cakap "pakcik,saya nak mohon ujrah dengan buat pembayaran"..pakcik tu pun ade bagi satu borang simple sahaja untuk mohon Ujrah..Simple je borang tu..pastu tunggu la giliran.

Dah sampai giliran, bagi borang tu dekat staff PTPTN dan die uruskan semua..Lepas tu die cakap beli stem hasil RM10..beli dua keping..dan die cakap proceed dalam 1 jam sampai satu setengah jam. Jadi nad pun pergila pos offics. UTC kan ade macam-macam..so senang..dekat situ gak pergi pos office dan beli stem hasil..lepas tu patah balik dekat PTPTN.

Tunggu punya tunggu..tengok nama tak dipanggil..sampaila pukul 5..ce bayangkan dari pukul 2 sampailah pukul 5..gila tak lama..lepas tu..nad terus ke kaunter cakap "saya punya dah siap ke"..staff PTPTn tu boleh cakap "la asal tak datang tadi"..aik tak cakap pun suruh pergi ke kaunter..ingatkan orang panggil nama kita sebab tengok orang tu panggil-panggil nama orang..buang masa di situ ok..ermmm..


Selesai je surat agreement Ujrah tu, nad pun diminta sig..ade dua copy, satu untuk nad satu untuk orang PTPTN. Sampai pakcik guard tu tolong nad..hahaa..yela die dah uruskan ramai orang, jadi dia nak memeudahkan kerja orang dengan membantu..bagus-bagus..

Selesai je, nad akhirnya dapat surat agreement tu..bila nad tengok jumlah hutang tu memang berkurangan..dan 1% adalah untuk kos perkhidmatan. Tapi nad baca ada yang cakap Ujrah 1% ni tak bagus..sebab makin banyak kita bayar..ermmm takpe..nanti nad tengok..sebab nad baru je start buat..bayar kene konsisten ok..hutang tetap perlu dibayar..anyonyo..
SHARE 11 comments

Add your comment

  1. haha cuci mata menunggu ... liz punya tk perlu g kaunter sbb buat online je. kebetulan waktu liz tu tahun pertama tukar ke ujrah tu 1%

    ReplyDelete
  2. Akak tak amik PTPTN utk study. Akak mohon Baitulmal n guna duit KWSP je kalo Baitulmal tak lulus. Setakat ni lbih 10 kali dh korek KWSP. huhu... BTW thanks Nad inform mklumat Ujrah ni

    ReplyDelete
  3. sha pun bru start byr ptptn..bukan gov dah kurangkan byran x nad? emm..

    ReplyDelete
  4. Yui mmg tiap bulan byr.. ujrh pun dh tp tgk mcm sama ja byr n amaunnya. Haha

    ReplyDelete
  5. tertiba baru ingat... dah lama xbyr PTPTN

    ReplyDelete
  6. pas abis blajar kena buat ni

    ReplyDelete
  7. sama kak . kita pt jugak . boleh la berujrah gak pasni . hehee

    ReplyDelete
  8. Shad baru habis setadi, xmula bayar lagi.. :D
    nak belajar pinjam ptptn, nak keje sbb nak baya hutang ptptn.. hailorhh. hehe

    ReplyDelete

© Ceritera Si Gadis Biru · THEME BY WATDESIGNEXPRESS